Mys pergi ke arah Samara untuk menyerangnya dengan tumbukan biasa. Samara elak dan terus elak sehingga dia ditahan oleh Ain dari belakang. Ain segera mengambil tali lalu mengikat Samara. Dia mengikat perempuan itu di sebuah tiang yang berdekatan.
"Aku tak nak bunuh siapa-siapa. Jadi baik aku ikat kau dekat sini." kata Ain.
"Eleh. Tadi belagak sangat nak lawan sorang la." kata Mys kepada Ain.
"Diamlah!!"
"Mys dan Ain? Korang berdua Mystogan dan Nurul Ain?" tanya Samara.
Mereka berdua menganggukkan kepala. "Kenapa dengan kami berdua?" tanya Ain.
"Sebenarnya aku tak nak lawan korang berdua sebab aku mungkin kalah. Jadi aku akan bagitau korang 1 benda. Korang masuk ke dalam istana dan pergilah ke sebuah perpustakaan di sana selepas menyelamatkan kawan korang."
"Ada apa kat sana?" tanya Ain lagi.
"Ada benda yang korang cari-cari selama ni." kata Samara.
Badan Samara semakin lama semakin lenyap. Sebelum dia hilang dia sempat berkata, "Aku tak sangka korang berdua akan bertemu antara satu sama lain..."
Mys dan Ain segera berlari ke arah istana untuk mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Samara itu.
Semasa mereka berada di dalam istana, mereka cuba mencari penjara dulu. Tetapi mereka menjumpai perpustakaan. Alang-alang mereka terus mencari jawapan bagi persoalan mereka.
Mys menjumpai sebuah kotak kecil di celah sebuah buku yang besar. Mys memanggil Ain untuk melihatnya bersama. Mys membuka kotak itu dan terdapat sekeping gambar.
"Ibu?" mereka berdua menyebutnya serentak.
"Kenapa awak panggil itu dia ibu? Itu ibu saya la." kata Ain.
"Dia ibu saya la." balas Mys.
"Sebenarnya dia ialah ibu kepada kamu berdua." kata Daniel yang sedang duduk di atas sebuah kerusi.
"Daniel? Macam mana awak boleh berada di situ?" tanya Ain.
"Sudah lama. Tak sangka awak akan tolak perkahwinan kita macam tu je." kata Daniel.
"Di mana Iq dan Zul? Mereka sepatutnya dah sampai sini." bisik Mys kepada Ain.
"Aku rasa kawan korang tengah seronok baring atas tanah yang luas. Menikmati saat-saat akhir mereka." kata Daniel.
"MANA MEREKA!!??" tanya Mys dengan marah.
Daniel menunjukkan 2 jarinya ke arah Mys dan Ain. Semua buku-buku di situ berkata-kata, "Mystogan, Nurul Ain". Buku-buku itu terbang menyerang mereka.
"Kita kena keluar dari sini!!" kata Mys kepada Ain.
Tetapi usaha mereka sia-sia apabila semua pintu dan tingkap ditutup oleh buku-buku itu.
"Korang nak lari ke mana lagi? PULANGKAN AIN AKU!!" kata Daniel.
"Ambil je la dia. Dia bukan milik aku pun." balas Mys.
Ain memandang Mys semasa Mys berkata begitu.
"Tapi jangan ingat kau dah tutup jalan aku." balas Mys lagi.
Tiba-tiba tingkap pecah dan buku-buku itu hancur. Muncul 2 golem gergasi. 1 berwarna hitam dan 1 berwarna putih.
Golem putih menyerang Daniel manakala goleh hitam menyerang buku-buku itu.
Semua buku-buku itu jatuh dan tidak menyerang mereka lagi. Daniel hilang dari pandangan semua. Mys pergi mengejar Daniel manakala Ain dan golem selamatkan Fikh.
"Jangan lari lagi Daniel!!" jerit Mys yang sedang mengejar Daniel.
Tiba-tiba Mahaguru Gyuuki muncul di hadapan Daniel dan menyerangnya.
"2 lawan 1? Rasa macam tak adil tapi aku boleh bunuh korang berdua."
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)