Bab 13

110 9 3
                                    

Selepas 2 hari, Iq masih mengikut Fikh sehinggalah mereka tiba di destinasinya, Empayar Dire.

Fikh menyerang empayar itu seorang diri menggunakan magiknya. Semua askar yang menyerangnya tewas olehnya.

"Wah wah wah. Kuat jugak kau ni Fikh, anak kepada Gyuuki. Atau aku patut panggil anak kepada seorang yang pengecut." Kata seorang lelaki yang menuju ke arah Fikh sambil menepuk tangan.

"Sekali lagi kau cakap macam tu aku akan bunuh kau!" balas Fikh.

"Kau lemah. Anak kepada pengec...." belum sempat lelaki menghabiskan ayatnya, kepalanya terputus akibat terkena serangan kilat Fikh.

"Aku dah cakap jangan habiskan ayat tu." kata Fikh sambil berjalan beredar.

"Macam yang aku cakap, kau memang lemah." kata lelaki itu.

Fikh terkejut lalu menoleh ke belakang. Kepala lelaki itu bercantum semula dengan badannya.

"Terkejut? Masih terlalu awal untuk terkejut. Kau nak lawan Raja Daniel? KAU TAK LAYAK!" kata lelaki itu.

Lelaki itu menggunakan pedangnya yang halus tetapi amat tajam. Dia memotong tongkat sakti Fikh dengan hanya 1 hayunan.

Fikh berasa amat takut lalu cuba melarikan dirinya dengan menggunakan kilatnya. Tetapi magiknya dibatalkan oleh seorang perempuan yang memakai jubah.

"Cuba lari? Huh. Lelaki memang lemah." kata perempuan itu.

Fikh dipukul oleh askar-askar Dire sehingga pengsan. Fikh dibawa pergi oleh mereka ke arah penjara.

Iq yang saksikan kejadian itu tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada lari untuk melaporkan kepada Mahaguru Gyuuki.

Belum sempat dia melarikan diri terdapat 7 orang askar Dire yang menjumpainya dan kepung kelilingnya.

"Siapa kau!? Apa yang kau buat dekat sini!? tanya salah seorang askar itu.

"Inilah yang aku malas kalau ikut budak ni..." 

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now