Kini mereka berlima berkumpul di satu semak supaya tiada orang yang perasan kehadiran mereka.
"Zul dan Iq pergi serang ke arah timur. Mys dan Ain pergi ke arah barat. Saya akan menyerang bahagian utara. Sedia?" tanya Mahaguru Gyuuki.
Yang lain menganggukkan kepala tanda setuju lalu mereka bergerak mengikut arahan Mahaguru Gyuuki.
Iq dan Zul menghancurkan pagar di sebelah timur. Semua askar Dire terkejut dengan kedatangan mereka.
Iq menyerang seorang demi seorang dan dibantu oleh Zul. Setelah selesai belasah askar-askar itu, mereka meneruskan perjalanan.
"Kenapa kau tak guna keistimewaan kau tu? Dengar cerita 2 batu kuasa tu boleh pergi. Bukan ke senang tugas kita?" tanya Zul.
"Kuasa aku tu cuma untuk memeningkan pihak musuh dan tidak mengakibatkan kehilangan nyawa. Aku akan gunakan bila perlu je." balas Iq.
Semasa berlari ke arah istana, Iq dan Zul diserang oleh dua orang yang agak kuat. Orang pertama menyerangnya hanya menggunakan pisau. Orang kedua menyerangnya menggunakan pedang sambil menunggang kuda.
"WOW!! Aku dengar cerita korang 2 bunuh Kit. Seronok?" tanya Luff, salah seorang dari mereka.
"Aku rasa kuda aku ni tak sabar nak tengok mayat korang. Sebab kuda ni sayang kat Kit." kata Nikko.
"Aku rasa korang berdua yang akan jadi macam kawan korang tu." kata Zul.
Iq tanpa berkata apa-apa terus menyerang Luff. Semua serangan Iq ditempis oleh pisau Luff. Luff menunjuk pisaunya ke arah Iq. Iq tidak mampu bergerak.
"Kenapa aku tak boleh bergerak!?"
Luff tunjukkan sesuatu di pisaunya kepada Iq. Ia berbentuk bintang.
"Lambang ni yang buat kau tak boleh bergerak. Sekarang aku boleh bunuh kau secara perlahan-lahan." kata Luff.
Zul mahu membantu Iq tetapi dikacau oleh Nikko.
"Kau mesti berhadapan dengan aku dulu sebelum kau selamatkan saudara kau." kata Nikko.
Zul dengan muka yang malas layan mensasarkan panahnya ke arah mata kuda itu dan menyebabkan kuda itu terjatuh.
Nikko turut terjatuh dan berkata, "Aduh! Kau main tipu ye. Tak pe. Unholy Knight!!"
Kuda yang terjatuh tadi kembali pulih. Tetapi keadaannya lebih seram. Kuda itu bertukar menjadi kuda hantu dan memiliki api hitam di sekelilingnya.
"Dengan kekuatan baru kuda ni, tiada yang mampu membunuhnya." kata Nikko.
Zul sekali lagi malas layan semua itu. Dia mengambil 4 anak panah istimewanya dan mensasarkan setiap kaki kuda itu. Kuda itu sudah tidak boleh bergerak.
"Kalau aku tak boleh menggunakan kuda aku tak pe. Aku sendiri akan lawan kau." Nikko pergi ke arah Zul dan menyerangnya.
Zul mengelak serangan itu dan terus menumbuk perut Nikko.
"Betul ke kau antara orang yang terkuat, lembik??" tanya Zul.
Nikko tidak dapat menahan kemarahannya. Dia bertukar dirinya menjadi seekor naga yang besar.
"Sekarang kita tengok siapa yang lembik!!" kata Nikko.
"Ini baru la seronok." balas Zul.
Luff berjalan ke arah Iq. Iq cuba melepaskan diri sambil berkata, "Jangan!!"
Apabila Luff sudah semakin hampir, Iq tersenyum sambil membuka matanya. Dia menghayunkan pedangnya dan memusnahkan sebahagian daripada badan Luff.
"Macam mana kau boleh dapat mata tu?" tanya Luff.
"Jangan cakap banyak!! Aku nak rampas pisau kau tu. Ia sesuai dengan aku."
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)