Bab 9

134 9 0
                                    

Sebuah tangan yang berkulit gelap menahan pisau itu. "Rasanya ayah tak mintak supaya kamu berlawan
dengan Mystogan." kata mahaguru mereka.

Mahaguru itu mengambil pisau itu,  mematahkannya menjadi kecil lalu memakannya. Luka dan lubang pada tangannya hilang begitu sahaja.

Mys, Iq, dan Zul tunduk tanda hormat kepada mahaguru mereka. "Kami dah kembali, Mahaguru Gyuuki." kata mereka bertiga.

Mahaguru Gyuuki memandang ke arah Ain yang tidak tunduk di hadapannya.

"Puteri Nurul Ain. Anak kepada Raja Razzil dan Permaisuri Akasha. Seorang pemanah yang agak handal semasa berusia muda. Adakah benar bahawa ayahnda kamu sudah tiada?" tanya Mahaguru Gyuuki.

Ain mengangguk tanda membalas ya.

"Ayah kamu sangat baik dengan saya. Dia telah banyak menolong saya semasa dia seusia dengan awak. Kita akan bercakap semasa makan malam nanti. Kamu bertiga pergilah berehat dulu." kata Mahaguru Gyuuki.

Fikh yang bosan melihat mereka telah beredar dari situ manakala Mahaguru Gyuuki pergi ke ruang makan untuk menyediakan makanan.

Mys, Ain, Iq, dan Zul pergi ke kawasan rehat mereka untuk tenangkan fikiran.

Semasa mereka sedang bersiap, Ain ternampak Mys membuka kain yang menutup hidung dan mulutnya. Ain terkejut kerana muka Mys ada tatu merah di bahagian pipinya.

"Kau tentu tak tahu macam mana tatu tu boleh ada di bahagian pipinya betul tak?" Iq berbisik tanya Ain.

"Yang tu satu. Tapi sebenarnya saya terkejut sebab rupa dia kacak jugak tanpa topengnya." balas Ain.

Iq yang malas melayan kerenah Ain itu beredar ke meja makan.

"Ini lah perempuan. Tengok rupa je. Kalau kacak tu lah kacak. Huh." kata Zul sambil mengekori Iq.

Ain yang geram dengan peragai Zul mengambil batu yang agak besar lalu cuba membalingnya ke arah Zul.

Mys menahan tangan Ain dan berkata, "Jangan baling sekarang sebab dia mampu mengelaknya. Cuba semasa dia tidur nanti."

Ain yang terkejut dengan kehadiran Mys menarik tangannya kembali lalu beredar ke meja makan. Mys pun mengekorinya.

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now