Bab 18

100 9 0
                                    

Banyak darah yang keluar dari mulut Kit. Kit cuba bertahan dengan menarik pedang Iq keluar dari perutnya.

"Kau dapat tikam aku. Tapi tak bermakna aku mati..." kata Kit. Kit berubah rupa menjadi ayah kepada Iq dan Zul. Luka pada badannya hilang begitu juga kesan tikaman.

Iq dan Zul menggigil. Mereka tidak sanggup berlawan dengan orang yang mempunyai rupa seperti ayah mereka.

"Mari anak-anakku. Berlawanlah dengan ayah. Bunuhlah ayah." kata Kit.

Mereka tidak mampu melangkah kehadapan walau dengan 1 langkah. Kit berubah rupa lagi dan kali ni rupa ibu mereka.

"Zul, datang kat ibu. Dan bunuhlah ibu." kata Kit.

Air mata Zul mengalir. Dia menjatuhkan panahnya ke tanah dan berjalan menuju ke arah Kit.

Iq segera menarik bahu Zul dan berkata, "Zul!! Tu bukan ibu. Tu musuh kita. Jangan terpengaruh."

Zul yang terlalu mengikut perasaan rindu, menolak Iq jatuh ke tanah dan berkata, "Aku rindu ibu... Bagi aku peluk dia..."

Zul sudah semakin hampir dengan Kit. Kit senyum dan mengambil sebuah batu untuk diketukkan ke atas kepala Zul.

Kit mahu mengetuknya semasa Zul betul-betul hampir dengannya. Tiba-tiba sebuah lembing tersusuk di belakang badannya menembusi perut.

"Jangan kau berani bunuh anak aku." kata Mahaguru Gyuuki yang memegang lembing itu.

"HAHAHAHA!!! Hoi budak!! Sedih sebab ibu kau sudah mati!!?? HAHAHA!!" gelak Kit kepada Zul yang sedang terkaku melihat kejadian itu.

Kit berubah menjadi rupanya yang asal tetapi lukanya tetap ada. Dia cuba menukar dirinya menjadi orang lain namun masih gagal.

"APA KAU DAH BUAT KAT AKU!!??" tanya Kit kepada Mahaguru Gyuuki.

"Lembing ni boleh mengahalang sihir yang ada berdekatannya. Kau dah tak boleh buat sihir kau lagi. Sekarang aku akan bawak kau menuju kematian kau." kata Mahaguru Gyuuki.

"Tunggu... JANGAN!!" kata Kit. Kit berubah menjadi ibu Iq dan Zul. "Zul... Tolong ibu Zul..."

Zul menoleh ke arah lain sambil berkata, "Kau bukan ibu aku. Kau cuma orang yang akan mati dalam keadaan yang ngeri."

Mahaguru Gyuuki mengangkat lembing yang tercucuk pada Kim itu ke arah sungai beracun. Dia merendam Kit ke dalam sungai itu.

"Kau pasti akan menyesal jika Daniel tahu!!! TUNGGU JE LA!!" kata-kata terakhir Kit sebelum mati dan berubah menjadi tulang-tulang yang reput.

Mahaguru Gyuuki pergi ke arah Zul dan Iq dan membawa mereka masuk ke dalam gua untuk berehat.

Zul hanya duduk seorang diri mengenang kisah lampaunya.

Iq pergi ke arahnya. Iq pegang bahu Zul sambil berkata, " Kau dah tak de ayah dan ibu. Tapi kau masih ada aku. Aku akan jaga kau macam yang ayah amanahkan ke aku."

Zul peluk abangnya itu. Dia sudah tidak tahu mahu berkata apa kepada abangnya. Tapi mulutnya tetap berkata...

"Aku pun akan jaga kau, abang..."

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now