Ain terjaga daripada tidurnya. Tetapi kali ini dia nampak lebih tenang. Suasana di hutan yang tenang itu telah membuat dia tertanya-tanya di manakah dia?
Ain mencari pemuda itu dan menjumpainya di sebatang sungai. Pemuda itu sedang menangkap ikan untuk diberi makan kepada Ain.
"Siapakah kamu? Kenapa kamu selamatkan saya?" tanya Ain kepada pemuda itu.
"Mystogan. Tapi awak boleh panggil saya Mys" jawab pemuda itu.
"Hmm... bunyinya lebih kepada Mays atau Miys?" balas Ain.
"M.I.Y.S!!" balas pemuda itu dengan nada marah.
"Oh. Ok ok. Jangan marah. Saya tanya je." kata Ain.
"Awak puteri Nurul Ain betul? Saya selamatkan awak sebab raja Radiant yang arahkan. Baginda tintahkan untuk membunuh putera Daniel untuk elakkan dia bunuh awak."
Selepas mendengar kata-kata Mys, Ain berasa seram sejuk. Muka Ain menjadi pucat.
"Jadi... awak akan lindungi saya kan?" tanya Ain dengan nada agak manja.
"Saya malas sebenarnya. Tapi sebab amanah yang diberikan oleh raja Radiant jadi saya harus malaksanakannya." jawab Mys.
Ain dengan muka marah pun beredar dari situ tanpa memikirkan apa yang akan terjadi.
Ketika Ain sedang berlari, tiba-tiba dia terjatuh akibat terlanggar akar pokok.
Ain perasan yang terdapat mata-mata yang memerhatikannya. Dia cuba melarikan dirinya tatapi gagal kerana kakinya sakit.
Kelihatan beberapa orang yang menggelarkan diri mereka 'bandits' menuju ke arah Ain.
"Hehehe." gelak jahat mereka yang membuatkan Ain berasa takut.
Seorang dari mereka mengambil pisau. Tiba-tiba...
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AventurăCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)