Semasa mereka makan malam semua makan malam, Mys perasan yang Fikh tiada bersama mereka.
"Mana Fikh, Mahaguru?" tanya Mys.
"Dia tak selalu makan dengan saya. Waktu macam ni dia pergi berlatih di luar sana." balas Mahaguru Gyuuki.
Mys yang mendengar jawapan mahagurunya tunduk dan sambung makan.
"Puteri Nurul Ain, kamu tahu yang ayahnda kamu seorang pahlawan pada suatu masa dulu?" tanya Mahaguru Gyuuki kepada Ain.
"Yang itu saya tahu. Tapi macam mana Mahaguru boleh tahu?" balas Ain.
"Sebab dia pernah selamatkan saya semasa perang yang berlaku di kampung saya. Pada masa tu semua pengganas menyerang saya. Bilangan mereka terlalu ramai sehingga saya tidak mampu melawan mereka. Tetapi mujur ayahnda kamu datang selamatkan saya. Dia seorang pahlawan pedang yang hebat dan berani. Dan kami telah menjadi sahabat selepas peristiwa itu." cerita Mahaguru Gyuuki.
Selepas mendengar cerita itu Ain cuba menahan air matanya yang hampir keluar.
"Dan saya ingat lagi macam mana ayahnda kamu berkenalan dengan Permaisuri Akasha. Pertemuan yang agak cantik. Tapi saya rasa baik kamu tahu cerita tu kemudian. Saya nak tidur sekarang." kata Mahaguru Gyuuki sambil bergerak ke arah tempat dia tidur.
Ain bangun dari tempat duduknya lalu pergi ke kawasan rehatnya. Mys mengekorinya secara senyap.
"Kemas meja ni. Kau orang terakhir yang siap makan." kata Iq kepada Zul.
"APA!?" kata Zul dengan nada marah sambil meratah tulang kambing bakarnya.
Ain baring sambil membasahi pipinya dengan tangisan di atas kain alas yang telah disediakan.
Mys datang ke arahnya dengan membawa selimut sambil berkata, "Awak tidur lah dulu. Esok pagi awak akan alami hari yang susah beserta hari-hari seterusnya.
Mys mengambil selimut itu lalu menyelimutkan Ain.
"Terima Kasih..."
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)