Mys pergi ke kawasan Mahaguru Gyuuki untuk bercakap dengannya.
"Mahaguru. Kenapa Mahaguru tidak cerita tentang ibunda Ain kepadanya?" tanya Mys.
"Sejarah tentang raja dan permaisuri Radiant memang indah. Tapi kesudahan pertemuan mereka disudahi dengan kesedihan." balas Mahaguru Gyuuki.
"Kesedihan? Apa yang berlaku pada hubungan mereka?
"Mungkin kamu patut dengar cerita tu dengan Puteri Nurul Ain sendiri pada hari esok. Dan kamu pasti berminat apabila mengetahui cerita yang sebenar."
Mys terdiam. Beberapa minit selepas itu dia tanya kepada Mahagurunya, "Kenapa Mahaguru panggil saya ke mari?"
"Aku mahu ajar kamu sihir baru. Aku dengar kamu mahu berlawan dengan Daniel, betul? balas Mahaguru Gyuuki. Mys menganggukkan kepalanya.
"Daniel tu kuat orangnya. Lebih kuat daripada Fikh. Tetapi jika kamu mahir menggunakan sihir baru ini mungkin kamu mampu tewaskannya. Aku akan ajar kamu esok. Sekarang bagi aku masa untuk tidur. SHUUHH..."
Mys pergi dari situ. Fikh yang menyorok di sekitar kawasan itu berasa sangat marah kerana ayahnya berkata anaknya lebih lemah daripada orang lain. Fikh beredar dari situ dan pergi ke arah Empayar Dire seorang diri.
Mys tertanya-tanya mengapa Mahaguru Gyuuki tidak menceritakan apa yang berlaku terhadap keluarga Ain kepada Mys.
"Hoi Mys! Awal tidur. Jom la berborak dulu." kata Zul kepada Mys.
"Malas la. Aku kena bangun awal esok. Apa-apa pun mana Iq?" tanya Mys.
"Entah. Biar je la dia tu. Nanti muncul la. Dia tu kan jenis yang... berlagak je lebih." balas Zul.
"Ok..."
Dalam masa yang sama, keadaan Iq...
"Mana dia nak pergi ni. Mesti ada yang tak kena." bisik hati Iq sambil mengekori Fikh dari belakang secara senyap.
"Harap Mys dengan Zul boleh tunggu aku..."
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)