Salah seorang askar itu mencampakkan pisau ke arah Iq. Iq mengelaknya dengan hanya berundur 1 langkah. Salah seorang lagi memulakan langkah dengan menyerang Iq menggunakan pedang. Iq hanya mengelak serangan itu.
Iq tidak mahu mengeluarkan pedangnya yang hebat itu lagi. Dia hanya menggu sehingga semua askar itu menyerangnya. Seorang demi seorang menyerangnya dengan jarak dekat sehinggalah orang yang terakhir mengeluarkan panah.
Pemanah itu menyasarkan sasarannya tepat ke arah kepala Iq semasa Iq sedang mengelak serangan yang lain.
Iq terus mengeluarkan pedangnya apabila pemanah itu melepaskan anak panah itu..Iq menghayunkan tepat ke arah mata anak panah itu lalu anak panah itu terbelah dua dengan sempurna.
Iq menyerang semua penyerang jarak dekat dengan sasarannya dalam masa 45 saat. Seorang demi seorang terbunuh akibat ditikam oleh pedang yang berbisa itu.
Setelah 6 orang sudah mati Iq menuju ke arah pemanah itu. Pemanah itu cuba melarikan diri ke dalam semak. Iq tidak mahu pemanah itu berjaya lalu menghayunkan pedangnya bahagian atas kepala pemanah itu. Pokok di hadapannya telah tumbang dan menghalang laluan pemanah itu.
"Kalau kau bergerak walaupun satu langkah aku akan potong kaki kau." kata Iq.
"Apa yang kau nak dari aku? Kau nak aku panggil semua orang serang kau? NAK!?" tanya pemanah itu.
"Aku cuma nak tanya siapa dua orang yang berjaya kalahkan Fikh tadi?"
"Huh. Itulah Leo dan Samara. Sebenarnya dalam empayar kami ada 5 orang yang dikatakan mempunyai kuasa yang sangat kuat. 2 daripadanya ialah mereka berdua. Lagi 3 sedang berehat dalam istana. Kau tidak ada peluang untuk menang lawan mereka." kata pemanah itu.
"Bagitahu aku tentang 3 orang lagi dan aku akan lepaskan kau." kata Iq sambil bersila di atas tanah lapang itu.
"Jangan harap aku akan bagitahu kau. Aku tak kisah walaupun nyawa aku hilang."
"Ok. Kalau itu yang kau minta..." kata Iq sambil berdiri dengan pantas lalu menghayunkan pedangnya ke arah kaki pemanah itu.
Kedua-dua kaki pemanah itu terputus dan pemanah itu merangkak untuk cuba melarikan diri.
Iq mengangkat pedangnya tinggi lalu menghayunkannya ke arah pemanah itu. Perbuatannya itu telah menyebabkan 200 meter kawasan itu menjadi lapang tanpa sebatang pokok yang tinggal termasuk pemanah itu.
Iq segera melarikan dirinya sebelum disedari oleh orang lain sambil berkata dalam hatinya, "Akhirnya kau dah jadi debu dan kau telah membuang masa aku selama 80 saat."
Semasa Iq melarikan diri, seorang lelaki misteri yang memakai jubah sedang duduk di atas sebatang pokok.
"Nampaknya 'lauk' aku takut nak lawan Dire...."
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)