Bab 17

113 8 2
                                    

Zul dan Iq berasal dari kampung yang sama seperti Mys, Edolas. Zul dan Iq bukanlah daripada keluarga yang senang juga. Tapi mereka mempunyai ibu bapa. Sehinggalah pada usia mereka 5 tahun.

Suasana pagi yang dingin dan berselimutkan salji, Zul dan Iq seronok bermain salji bersama-sama. Ayah mereka terut serta dalam permainan itu manakala ibu mereka hanya melihat kerenah anak-anaknya.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi tiupan trompet yang menandakan amaran perang. Ayah mereka yang dengar bunyi itu terus mengangkat kedua-dua anaknya masuk ke dalam rumah.

Ayah mereka mengambil pedangnya untuk menentang musuh yang datang ke rumah mereka. Mereka berdua hanya duduk dalam pelukan ibu mereka.

Ramai musuh yang menyerang ayah mereka. Namun semuanya tewas. Sehinggalah ayah mereka terleka sedikit kerana terlepas seorang musuh yang memasuki rumahnya.

Ibu mereka mengambil panah yang ada di bawah katil. Dia menembak musuh yang masuk ke dalam rumah tepat di atas kepala.

Ayah mereka masuk ke dalam rumah untuk melihat apa yang berlaku. Sayangnya ada orang yang sempat menikamnya dari belakang. Iq berlari ke arah ayahnya sambil menangis. "AYAH!!"

Ibu mereka mahu menghalang Iq tetapi dipanah oleh 2 orang pemanah. Zul pergi ke arah ibunya untuk membantu.

Iq sampai ke tempat ayahnya terbaring. Dia cuba menyuruh ayahnya bertahan. Ayahnya sempat berkata, "Ambil pedang ni dan lindungi adik kamu."

Musuh yang tikam ayah mereka itu mahu membunuh Iq. Belum sempat dia menyentuh Iq, dia tidak boleh menggerakkan badannya.

Iq menoleh ke belakang dan anak mata kanannya berubah dari bulat kepada bintang. Dia mengambil pedang ayahnya lalu menikam orang itu secara perlahan-lahan.

"Ini untuk ayah..." kata Iq.

Orang itu mati dengan penuh seksa. Dia tidak boleh baring bahkan kekal berdiri di situ selamanya.

Zul sedang menangis di sisi mayat ibunya. Dalam hatinya penuh dengan dendam. Dia mengambil panah ibunya dan memanah 2 orang pemanah itu. Tepat terkena mata setiap sorang.

Seorang musuh pergi ke arah Zul dan menghunus pisaunya. Mata Zul berdarah terkenanya. Orang itu mahu menyerang Zul tetapi dihalang oleh Iq.

Orang itu menahan gerakkan Iq. Iq sudah tidak berdaya untuk bergerak. Zul pegang panah itu dengan fikiran yang bercelaru.

"Kalau kau bergerak aku bunuh budak ni." kata orang itu kepada Zul.

"Panah... Zul..." kata Iq.

Zul yang geram dengan orang itu mengambil 2 anak panah lalu memanah tepat ke arah kedua-dua mata orang itu.

Orang itu mati di situ dengan keadaan yang mengerikan. Suasana yang putih bertukar menjadi merah. Mereka diselamatkan oleh Mahaguru Gyuuki dan itulah hari pertama mereka mengenalinya dan Mys.

Dan kini...

"SSSSAAAPPPP!!" bunyi panah terkena mata Kit. Kit menjerit kesakitan.

Iq yang tidak mahu membuang masa, mengangkat pedangnya lalu menikam Kit.

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now