Bab 23

96 11 1
                                    

Mahaguru Gyuuki menyerang Daniel. Tetapi Daniel lebih laju daripada sangkaannya. Daniel mampu bergerak selaju cahaya. Tetapi kuasanya ada had. Selepas kelajuan Daniel itu habis, Mys segera menangkap Daniel menggunakan tanah.

"Kau tengah main tanah? Sebab tanah ni lembut sangat." ejek Daniel kepada sihir Mys.

Mys yang geram dengan Daniel cuba membuat sihir bayang tetapi dibatalkan oleh cahaya Daniel.

"Cuba kamu buat sihir baru tu." kata Mahaguru Gyuuki.

Mys mengambil tongkatnya dan membuat sihir besi. Semua besi di situ berkumpul dan bertukar menjadi golem besi. Golem itu mennyerang Daniel.

"Golem lagi. Kalau nak sangat main golem aku pun boleh." kata Daniel sambil membuat sihir kepada kristal-kristal di dinding.

Semua kristal itu menjadi golem dan kristal itu lebih keras daripada besi.

Golem mereka berlawan antara satu sama lain. Golem Mys lebih lemah kerana Mys baru sahaja mahir dalam sihirnya itu. Mahaguru Gyuuki cuba membantunya mengalahkan golem kristal itu. Tetapi golem kristal itu mengeluarkan kristal yang tajam dari badannya lalu menikam Mahaguru Gyuuki.

"Mahaguru!!" Mys pergi ke arah mahagurunya dan cuba melakukan pemulihan tetapi gagal.

Mys melakukan sihir salji dan membekukan golem itu. Golem besi mengumpul seluruh tenaganya lalu menumbuk golem kristal sehingga pecah.

"Mys... Saya nak bagitau sesuatu kepada kamu tentang kamu dan Ain." kata Mahaguru Gyuuki.

Ain datang dengan membawa Fikh bersama tekejut melihat Mahaguru Gyuuki yang sudah terbaring.
Mereka segera pergi ke arahnya.

"Kamu dan Ain ialah adik beradik seibu... Ibu kamu menukar namanya menjadi Akasha... Dan Fikh... Kamu membesar sungguh cepat... Saya ingat lagi semasa kamu kecil..." kata-kata terakhir Mahaguru Gyuuki sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Fikh menangis di pangkuan ayah angkatnya. Mys teringat sihir yang baru diajarinya. Dia menoleh ke arah Daniel dan melakukan sihir itu. Semua bayang-bayang yang ada di istana itu berkumpul dan menyerang Daniel satu demi satu. Daniel tidak mampu menyentuhnya kerana semuanya bayang.

Mys melakukan satu lagi sihir bebola api. Ain mengambil panahnya dan mensasarkan anak panah kilat ke arah Daniel. Fikh menambah sedikit kilat itu menggunakan kuasanya.

Bebola api dan kilat bergabung lalu ditembak ke arah Daniel.

Daniel yang terkenanya terbakar hangus. Seluruh istana itu diterangi dengan api yang membakar Daniel itu. Api itu dipadam oleh Mys kerana Mys tidak mahu istana itu terbakar.

Mereka mengeluarkan mayat Mahaguru Gyuuki dan ditanam di sebuah tempat yang dilindungi. Abu Daniel itu diletakkan di dalam sebuah botol yang besar dan ditanam di dalam tanah di dasar sungai.

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now