Pemuda itu tanpa berkata apa-apa terus mengambil kelima-lima tongkat yang ada di belakangnya lalu mencampakkannya ke arah Danish. Tongkat itu tersusun cantik seperti 5 bucu bintang.
Pemuda itu menggerakkan tangannya dan membuat satu simbol.
"Mikagura." suara lelaki itu yang menyebut sesuatu perkataan.
Danish yang berada dalam kawasan tongkat itu terbakar oleh api berwarna hitam. Danish yang kepanasan tadi tumbang dan mati.
Ain yang sedang menangis di pangkuan ayahndanya terdengar suara ayahndanya. "Pergi ke empayar Dire dan bunuh Daniel. Dia pasti akan membalas dendam atas kematian adiknya." kata ayahndanya.
Suasana yang kacau bilau dan keadaan raja yang hampir mati itu telah membuatkan Ain pengsan.
Pemuda misteri itu mengambil tongkatnya dan pergi ke arah raja. "
Wahai pemuda. Aku ingin membuat 1 permintaan. Lindungilah puteriku dan tolong bunuh putera Daniel sebelum dia membunuh anakku."
Pemuda itu menganggukkan kepalanya tanda setuju. Raja sudah tidak berdaya lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan terakhir. Sebelum itu raja berkata, "Beta harapkan kamu."
Keesokkan harinya Ain terjaga daripada pengsannya dan terkejut kerana dia berada di kawasan yang tidak diketahuinya.
"Di manakah saya? Di manakah ayahnda? Siapakah kamu?" tanya Ain.
Perbuatan Ain yang terlalu banyak bertanya dan bising itu tidak disenangi oleh pemuda itu. Pemuda itu pergi ke arah Ain dan berkata, "Raja Radiant sudah tiada lagi."
Ain dengan rasa begitu sedih baring semula dan tenangkan diri dengan tidur.
![](https://img.wattpad.com/cover/78744479-288-k822978.jpg)
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)