Bab 21

97 9 0
                                    

Iq mengambil pisau Luff tanpa menghiraukannya. Sebelum dia pergi selamatkan Zul dia sempat menendang kepala Luff.

"Lain kali jangan lawan dengan aku kalau tak mampu." kata Iq kepada Luff yang sudah rebah itu.

Zul cuba memanah mata Nikko tetapi tidak berkesan. Iq datang ke arah Nikko lalu cuba menghentaknya. Namun masih tiada kesan.

"HAHAHA!! Ada lagi serangan?" tanya Nikko.

"Ada. Ni la masanya untuk aku bawak keluar pedang kedua aku." kata Iq sambil mengeluarkan pedang samurainya.

Iq menyerang Nikko dengan pantasnya. Tetapi masih tiada kesan yang kelihatan.

"Huhuhu. Tiada kesan la." kata Nikko.

Iq tersenyum sambil membilang, "3,2,1,0."

Badan naga Nikko terbelah sekecil-kecilnya. Nyawa Nikko terus melayang.

Iq dan Zul berehat di sebuah pondok. Mereka sudah letih berlawan. Tiba-tiba muncul Daniel di hadapan mereka.

"Syabas kerana berjaya bunuh mereka." kata Daniel.

Iq dan Zul segera menyerangnya.

Mys dan Ain berjaya mengalahkan tentera timur. Tiba-tiba muncul seorang lelaki dari sebuah sudut yang gelap.

"Kau tentu rakan kepada budak yang ditangkap hari tu, betul?" tanya Leo.

"Di mana dia!?" tanya Mys.

"Sabar. Aku akan bagitau kalau kau berjaya kalahkan kami."

"Kami?" tanya Ain.

Seorang perempuan muncul dari atas dan menyerang Ain dari jarak dekat. Perempuan itu kembali ke arah Leo.

"Kalau boleh hapuskan mereka cepat. Aku malas nak lawan dengan mereka yang lemah ni." kata Samara.

Mys menggunakan sihir tanah dan cuba menangkap Leo dan Samara. Tetapi sihirnya dibatalkan oleh Samara.

"Aku rasa kau bukan lawan aku yang sebenar." kata Samara.

Tiba-tiba muncul sebuah anak panah menghala ke arah Samara. Dia sempat mengelaknya.

"Yup. Dia bukan lawan kau. Tapi aku." kata Ain.

Mys pergi ke arah Leo dan mencampakkan tongkat-tongkatnya ke arah Leo.

Tongkat-tongkat itu tercucuk pada tanah dan tersusun seperti bentuk bintang. Mys menggunakan sihirnya. "Mikagura"

Leo yang berada di dalam tu terbakar oleh api hitam. Badannya jatuh dan rebah.

Mys menoleh dan cuba untuk menyelamatkan Ain. Tiba-tiba kakinya dipegang oleh Leo.

"Jangan ingat senang-senang kau boleh bunuh aku." kata Leo.

Mys terkejut lalu manarik kakinya dengan segera.

Tetapi Leo tidak boleh bangun. Kesan daripada sihir Mys itu terlalu kuat.

Leo merangkak mengejar Mys. Mys cuba menenangkan fikirannya. Mys mengangkat salah satu tongkatnya lalu mencucuknya ke atas badan Leo.

Leo menjerit kesakitan tetapi dia masih hidup. Mys mengunakan sihirnya. "Paradise."

Tiba-tiba muncul sebuah lubang dan Leo jatuh ke dalamnya. Tanah itu semakin lama semakin mengecil.

"Woi budak! Kalau apa yang kau buat ni berjaya bunuh aku, kau pergi ke bawah istana. Di situ ada kawan kau." kata Leo.

"Jangan risau. Sebab kau memang akan mati." balas Mys.

"Akhirnya akan pergi dengan aman dan tak perlu lagi hidup di dunia yang kejam ni." kata Leo sambil tersenyum ke arah Mys.

Tanah itu tertutup rapat serapatnya. Mys memandang arah kawasan itu dan sedar bahawa bukan semua orang di dunia hidup mahu menjadi jahat.

Fikirannya itu terganggu apabila Ain meminta bantuan.

"Mys!! Jangan la berangan!!"

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now