Bab 15

115 8 1
                                    

"Sssaaappp!!" bunyi anak panah terkena sebatang pokok.

"TAK TEPAT!! LAGI!!" jerit Zul kepada Ain yang sedang berlatih memanah.

"Huh! Jangan la marah-marah! Cakap la baik-baik kan senang." balas Ain.

"Masalahnya kau tu asyik-asyik selalu tak kena."

"Mys!! Tengok Zul ni. Selalu marah saya." kata Ain.

"Zul. Jangan buli dia. Kalau tak aku bagitau Iq." kata Mys kepada Zul.

Selepas mendengar amaran daripada Mys, Zul terus takut. " Ok ok..."

Ain yang berasa malas untuk berlatih lagi pergi ke arah Mys. "Boleh saya tanya 1 benda?"

"Tanyalah." balas Mys.

"Awak berasal dari mana?" tanya Ain.

"Saya berasal dari sebuah perkampungan yang dinamakan Edolas."

"Siapa keluarga awak?"

"Ayah saya bernama Faust. Tapi saya tidak tahu nama ibu saya. Ayah saya kata selepas ibu saya melahirkan saya, ibu saya terus lari sebab tak tahan dengan kemiskinan hidup kami. Walaupun membesar tanpa ibu, tapi saya gembira dibesarkan oleh seorang ayah yang penyayang. Sehinggalah suatu hari...."

"Apa yang terjadi seterusnya?" tanya Ain.

"Sehingga satu hari, ayah saya mati dibunuh semasa peperangan berlaku. Saya melarikan diri ke sebuah kampung berdekatan. Dan di situ saya berjumpa dengan Mahaguru Gyuuki yang baru terselamat daripada dibunuh. Ayahnda awak yang selamatkannya. Ayahnda awak juga yang suruh Mahaguru untuk membela saya yang masih berusia 5 tahun. Dia mengajar saya tentang magik dan dia juga yang lukiskan tatu di pipi saya ni."

"Oh. Fikh tu siapa pula?"

"Haish kau ni. Banyak tanya pulak." kata Zul kepada Ain.

"Biarlah."

"Fikh tu bukan anak kandung kepada Mahaguru. Dia dijumpai di Dicota Field, tempat yang kita singgah dulu. Tapi dia dijumpai semasa saya berusia 8 tahun."

Sedang mereka rancak berborak, muncul Iq dari semak yang kecil dengan penuh luka di muka dan badannya.

"Lari... Korang...."

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now