Bab 5

137 10 1
                                    

  Tangan salah seorang anggota 'bandits' itu terputus. Semua orang di situ terkejut. Kelihatan seekor serigala sedang menggigit tangan itu. 

Serigala itu meludahkan tangan itu lalu menyerang bandits yang lain Mereka semua berusaha melawan serigala itu namun gagal. Ramai antara mereka terbunuh. 

Akhirnya mereka terpaksa mengundur diri kerana tidak mahu lebih ramai terbunuh.

Serigala tersebut menghala ke arah Ain. Ain sangat takut pada masa itu. "Saya dah agak yang awak ni jenis yang degil." kata serigala itu. 

Serigala itu bertukar menjadi manusia dan manusia itu ialah Mys. "Jangan buat macam ni lagi." katanya lagi. 

Ain sangat takut lalu menangis ke pangkuan Mys. Mys pun terpaksa melayan kerenah Ain tu. 

Selepas habis semua drama tu, Ain memulakan pengembaraan pertamanya. Semasa mereka berjalan, Mys menulis surat dan diberikan kepada burung merpati hitamnya. 

"Berikan surat ini kepada Kembar Lagenda. Aku harapkan mereka boleh berjumpa aku dalam tempoh 3 hari." kata Mys. 

Burung merpati hitam itu terbang membawa surat itu. 

"Siapa Kembar Lagenda tu?" tanya Ain. 

"Mereka boleh dikatakan antara orang yang terkuat. Mereka berdua, si abang, Iq mahir dalam menggunakan pedang dan si adik, Zul mahir dalam seni memanah. 

"Memanah? Boleh saya belajar daripadanya cara untuk memanah dengan hebat?" tanya Ain lagi. 

"Kalaulah dia nak. Sebab dia cuma layan orang-orang yang sama taraf dengannya je." balas Mys. 

"Macam mana rupa mereka?" 

"Rupa Iq berambut putih, berbadan tegap, dan mata kanannya tertutup. Pedang dia sangat kuat sampai mampu membelah pokok-pokok di hutan sehingga 2 batu jauhnya. 

"Rupa Zul pula berambut hitam, kurus, dan mempunyai parut di mata kirinya. Saya pernah melihat dia memanah mata burung yang sedang terbang." jelas Mys. 

Setelah mendengar perkara itu, Ain berasa tidak sabar mahu bertemu dengan mereka berdua.  

Edolas And TroeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang