Kini suasana sudah menjadi aman. Tiada lagi musuh yang cuba mengancam Ain. Fikh tinggal seorang diri di Gory Land. Tetapi apa yang menarik ialah dia sukakan Ain.
Iq dan Zul menjadi Pegawai Tertinggi di empayar Dire sekarang. Mereka mengajar beberapa pahlawan yang baru.
"Iq, ingat lagi masa kita berdua mula-mula belajar dengan Mahaguru Gyuuki?" tanya Zul.
"Ingat. Tapi kenapa kau tanya?" balas Iq.
"Sebab aku nak budak-budak ni rasa macam mana kita rasa. Hahahaha. Tapi yang penting mana-mana perempuan yang cantik tu aku akan ajar dengan lembut."
Iq pergi ke Zul lalu menumbuk bahunya. Zul membalas dengan menumbuk perut Iq. Mereka berdua bergaduh di dalam bilik mereka di istana itu.
Seorang pengawal mengetuk pintu lalu masuk untuk menyampaikan pesanan. Dia terkejut melihat Iq dan Zul itu.
"S..Saya datang sebab nak bagitau yang Permaisuri Ain panggil tuan berdua..." kata pengawal itu.
Iq dan Zul segera keluar dari bilik itu untuk berjumpa dengan Ain.
"Mana abang?" tanya Ain.
"Kami tak tau. Tadi dia cakap dia ada hal." balas Iq.
"Tak pe la. Kalau boleh awak berdua iringi saya untuk majlis ini." kata Ain.
"Boleh je."
Ain keluar dari langsir dan melihat ramai rakyat jelata yang menunggu kehadirannya dari atas itu. Semuanya bersorak tanda gembira atas pemerintahan yang baru.
Mys memandang Ain dari jauh di bawah. Dia tersenyum sambil berkata, "Akhirnya awak memerintah jugak, adik."
Pada petang harinya Mys berjumpa dengan Iq dan Zul. Mys mahu mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Mys akan memberi surat jika memerlukan bantuan mereka.
Mys berjumpa dengan Ain untuk mengucapkan selamat tinggal. Ain menampar Mys.
"Abang nak tinggalkan adik? Macam mana adik nak memerintah empayar ni tanpa abang?" tanya Ain.
"Jangan risau. Iq dan Zul kan ada. Mereka bagus dalam hal-hal macam ni." balas Mys.
"Adik mesti sunyi nanti..." kata Ain.
"Adik takkan keseorangan. Abang nak pergi mengembara. Ini memang takdir hidup abang. Abang akan balik kalau adik perlukan bantuan abang. Lagipun adik kan ada Fikh."
"Abang ni!! Dia tak de kat sini la."
"Adik sukakan dia kan?"
"Hmm... Sikit..."
Mys memandang Ain sambil senyum.
"Abang rasa adik patut tukar nama empayar ni. Dire terlalu menakutkan orang sebab sejarahnya." kata Mys.
"Tapi adik nak tukarnya jadi apa?" tanya Ain.
"Hmm. Apa kata adik tukar jadi... 'Troe'."
"Boleh la. Lagipun adik memang nak abang yang bagi nama.
"Ok la adik. Abang pergi dulu." kata Mys sambil berjalan menuju keluar.
Ain menangis sedikit lalu mengesat matanya. Dia senyum sambil berkata seorang diri.
"Hmm... Troe... Edolas dan Troe..."
~TAMAT~
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)