"Apa yang Mahaguru nak?" tanya Mys.
"Kami pun tak tahu tapi kau pergi je la jumpa dia." balas Zul.
Mystogan tidak mahu membuang masa lalu menggalas beg tongkatnya.
"Baik cepat. Sebab aku nak jumpa Mahaguru." kata Mys.
Semasa mereka berjalan menuju ke Gory Land, mereka perlu melalui sebatang sungai yang sangat luas. Tetapi untuk melaluinya, mereka memerlukan kenderaan yang boleh terbangkan mereka kerana air sungai itu beracun.
Mys mencari seekor rama-rama dan 3 ekor burung untuk dijadikan tunggangan mereka.
Mys mengambil sepaket serbuk daripada poketnya lalu mencampakkan sedikit serbuk itu kepada haiwan-haiwan tersebut.
Haiwan tersebut menjadi besar dan mendengar arahan yang diberikan oleh Mys.
"Aku dah lama tak tengok magik. Aku nak burung yang tu." kata Zul.
Iq pergi ke arah mana-mana burung kerana dia tidak suka memilih.
"Rama-rama ini akan membawa awak ke sana." kata Mys sambil mengangkat Ain menaiki haiwan tersebut.
Ain tidak berkata apa-apa sebaliknya mukanya merah kerana malu.
"Ceh. Sepatutnya aku yang angkat dia." kata Zul.
Setelah mereka bersedia menaiki haiwan tersebut mereka pun berlalu terbang dengan keadaan yang tidak terlalu rendah mahupun tinggi.
Selepas semuanya tiba di pulau itu mereka terdengar satu suara dari dalam gua itu.
Mys tahu akan suara itu milik siapa. Mys menunjukkan salah satu tongkatnya kepada orang itu.
Orang itu keluar dari gua itu dan rupanya diperlihatkan.
"Kalau betul kau Mystogan tunjukkan kepadaku kuasamu. Hehehe." kata lelaki itu sambil gelak perlahan.
YOU ARE READING
Edolas And Troe
AdventureCerita ini mengisahkan tentang seorang puteri cantik yang bernama Nurul Ain yang telah bertemu dengan seorang pengembara. Ikuti kisah mereka untuk menewaskan ancaman yang akan menimpa Ain. (First Story maa... Sorry kalau byk salah...)