Bab 12

115 8 0
                                    

Keesokkan harinya, Ain terdengar bunyi yang mengganggu tidurnya. Dia bangun lalu mencari bunyi itu datang dari mana. Akhirnya dia tiba di sebuah tasik di luar gua itu.

Ain terlihat seorang lelaki sedang melakukan magik kepada sebuah batu dan lelaki itu Mys.

"Awak tengah buat apa tu?" tanya Ain.

"Saya cuba untuk tukarkan batu ni jadi golem." balas Mys.

"Golem tu apa?" tanya Ain lagi.

"Golem ni sejenis hidupan yang hidup dari batu dan tanah. Boleh dikatakan sebagai askar yang agak kuat."

"Wow! Macam menarik. Ini ke magik yang Mahaguru mahu ajarkan kepada awak?"

"Ye"

"Oh. Awak nampak Zul dan Iq tak?"

"Zul ada di sana. Iq pulak tak balik daripada malam tadi."

Selepas berborak Ain pergi mencari Zul lalu meminta Zul untuk mengajarnya cara-cara untuk memanah.

"Buat apa aku nak ajar kau? Baik aku ajar orang-orang yang kaya. Aku akan untung nanti." balas Zul.

Ain pergi ke arah Zul lalu mencubit hidungnya sambil berkata, "Baik ajar saya atau hidung awak akan patah."

"SAKIT WOII!! OK OK AKU AJAR!!" jerit Zul.

Ain melepaskan cubitannya lalu mengheret Zul ke tempat yang sesuai untuk berlatih.

"Kau ni nak suruh aku ajar kau, tapi kau ada tak panah?" tanya Zul.

"Tak." balas Ain sambil senyum gembira. "Tapi saya boleh pinjam awak punya."

"Mana boleh!!"

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now