Bab 19

111 8 1
                                    

Keesokkan harinya, Mys, Ain, Iq, dan Zul berkumpul untuk mengdengar arahan Mahaguru Gyuuki untuk menyelamatkan Fikh.

"Kita akan berlatih selama 5 hari, dan selepas itu kita akan pergi ke Empayar Dire untuk selamatkan Fikh." kata Mahaguru Gyuuki.

"Kalau itu yang terbaik, saya setuju je." kata Mys.

Yang lain mengangguk tanda setuju.

"Huhuhu. Budak kecik menangis..." ejek Ain kepada Zul.

"Kau nak mati keeee!!??"

"Baik lah. Kamu berempat boleh berlatih sekarang. Iq pergi ke luar daripada kawasan ni. Lepaskan segala geram yang ada di hati kat kawasan hutan sana. Zul dan Ain pergi kat kawasan biasa. Dan Mys bersama saya di dalam ni. Bersurai sekarang." kata Mahaguru Gyuuki.

Iq pergi di tengah-tengah hutan untuk melepaskan geramnya. Dia mengangkat pedangnya setinggi yang mungkin dan mencucuknya ke tanah. Hanya 300 meter kawasan yang menerima kesan. Dia terus ulang dan ulang.

Ain memanah pokok-pokot yang berbatang kecil dan susah untuk disasarkan. Tetapi dia tetap mencubanya sehingga berjaya.

Zul mencari batang pokok yang boleh dijadikan panah seperti miliknya untuk diberikan kepada Ain. Pokok itu sukar untuk ditemui. Tetapi tiada yang mustahil bagi Zul.

Mahaguru Gyuuki mengajar Mys sihir yang baru. Sihir ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang dianggap Raja Sihir.

Hari kedua mereka lebih mencabar apabila berlaku ribut yang sangat kuat. Iq susah untuk menggerakkan kakinya kerana kesejukkan. Tetapi jarak kuasanya sudah mencapai 1000 meter.

Ain tetap berlatih sambil memakai jubah hitam. Tetapi sasarannya makin baik. Dia mampu mensasarkan tepat walaupun angin ribut mengganggunya.

Zul masih lagi membuat panah untuk Ain. Tetapi kali ni dibantu oleh Mys. My menggunakan sihirnya untuk memindahkan kilat yang menyambar kepada panah itu. Sihir ini telah menggunakan banyak tenaga Mys.

Hari ketiga semakin mudah bagi mereka. Iq mampu melakukan kuasanya sejauh 2 batu walaupun matanya tertutup. Jika dia membuka matanya mungkin lebih jauh.

Ain sudah menerima panah barunya. Tetapi dia perlu menjaga Mys yang demam. Zul gelak di sebelah Ain. Ain menyiku perutnya. Zul senak...

Hari keempat sudah mendebarkan hati mereka. Iq dan Zul tidak mahu berlatih lagi. Mereka mahu berehat.

Ain dan Mys berlatih di luar. Ain mencuba panah baru dan dia sudah selesa dengannya. Mys sudah semakin pantas menggunakan sihirnya. Dia sengaja mengapungkan Ain yang sedang berlatih. Ain menyiku perutnya. Mys senak...

Tibalah hari yang kelima. Mereka sudah bersiap sedia untuk menyerang. Dan kali ni, Mahaguru Gyuuki menyertai mereka.

Mys mendapat topeng yang baru dan tidak lagi koyak di tepi-tepinya.

Ain memakai jubah hitam dan menutup kepalanya. Memiliki panah emas yang baru dan anak panah yang berduri-duri.

Iq mendapat pedang samurai dan diletakkan di tepi pinggangnya. Dia akan menggunakannya jika perlu.

Zul mendapat pakaian yang baru dan sebuah topeng yang berbentuk seperti kucing. Apabila memakainya, matanya bertukar menjadi merah.

Kini mereka bersedia dan berjalan berlima untuk ke sana.

"Fikh..."

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now