Bab 1- Find Dimon

17.3K 897 15
                                    

Ini first time author buat novel fantasi. Selamat membaca...

Sudah 3 tahun kematian ayahnya. Andra hanya termenung sendirian sambil mengingati kenangan bersama ayahnya. Sungguh tidak menyangka yang ayahnya sudah 3 tahun meninggal.

"Andraaa". Panggil Fiona. Andra tersedar dari lamunannya. Topi di kepala dibetulkan.

"Yes, me?" Sahut Andra. Fiona mengeleng kepala melihat rakannya itu.

"Malam ni kau tolong gantikan aku ya. Aku ada kerja. Maaf menyusahkan kau." Ujar Fiona. Andra mengangguk sambil tersenyum.

"Relex la.. aku pun bosan je kalau balik awal. Lagipun kau tu perempuan. Bahaya balik sorang sorang." Andra tersengeh.

"Habistu kau tu bukan perempuan. Banyak la kau bosan, kau tu macam la aku tak tahu. Kau tu pemalas mengalahkan beruang tahu tak. Asyik tidur yang kau tahu. Satu lagi, kau gantikan aku pun sebab kau nak bonus kan. Aku kenal kau la Andra." Bebel Fiona panjang lebar.

"Aku ni perempuan lain sikit arr.. jangan risau pasal aku. Aku boleh jaga diri".

"Ikut kau la Andra.. Aku pergi dulu erh. Ingat pesan aku jangan sesekali kau pakai lorong tepi sekolah tu. Orang cakap ada benda kat situ." Pesan Fiona. Andra menggaru kepalanya.

"Habistu kau nak suruh aku pakai jalan jauh tu?" Tanya Andra. Fiona mengangguk laju.

"Haah.. baik guna jalan jauh dari nyawa kita hilang. Kau tak dengar ke cerita, Hena tuu.. dia lalu jalan tu la. Sampai sekarang hilang. Entah ke mana. Polis pun tak dapat kesan". Cerita Fiona. Andra hanya mengangguk.

"Tengak lah macam mana. Kalau aku hilang, kau jangan risau er. Mana la tahu aku terrrr lalu kat situ". Ujar Andra. Fiona memandang Andra tajam sebelum mengeluh.

"Jangan buat kerja bodoh Ann.. aku chaw dulu. Bye". Selepas daripada itu, terus Fiona berlalu dari situ. Andra duduk di kerusi yang disediakan. Andra bekerja di sebuah kedai runcit yang dibuka 24 jam. Tak hairan lah dia overtime sampai pukul 1 pagi.

TERGOPOH gapah Andra keluar dari kedai. Tak sangka dia tertidur hingga pukul 2 pagi. Nasib baik rakannya, Lefy mengejutkannya. Tiba tiba teringat kata kata rakannya itu.

"Haah.. baik guna jalan jauh dari nyawa kita hilang. Kau tak dengar ke cerita, Hena tuu.. dia lalu jalan tu la. Sampai sekarang hilang. Entah ke mana. Polis pun tak dapat kesan".

Andra mengaru kepalanya. Berfikir jika dia lalu jalan jauh, pasti sampai ke rumahnya begitu lambat. Kalau dia lalu jalan lorong maut yang Fiona katakan, mahu seram dibuatnya.

"Arhh, itu hanya cerita mengarut. Baik aku lalu ke lorong tu daripada guna jalan jauh, mahu sampai ke rumah tu jam 3 pagi." Getus Andra sendirian lalu berlari memasuki lorong yang diceritakan Fiona tadi.

Andra berlari pantas apabila berasa ada sesuatu yang mengekorinya. Bulu romanya sudah tegak. Seram dia dibuatnya.

Arhhggggg.. bunyi gauman sesuatu membuat Andra berhenti berlari. Ketar seluruh badannya. Tiba tiba dia terlihat satu makhluk berupa serigala mendekatinya. Andra mengundur ke belakang.

"Jangan kacau akuu". Jerit Andra ketakutan. Makhluk itu makin mendekat. Gigi taringnya yang amat tajam itu menggerunkan Andra.

Sringg....

Seorang gadis berbaju biru tiba tiba muncul di hadapan Andra. Satu pedang dipegang gadis itu lalu menyerang makluk serigala itu.

Srett

Srang

Beberapa minit sahaja makluk itu sudah menjadi debu. Andra yang melihatnya bagai tidak percaya.

"Ermm.." Gadis berbaju biru itu berjalan mengelilingi Andra perlahan lahan.

"Thanks selamatkan aku". Ujar Andra. Gadis itu tersentak lalu memegang bahu Andra. Andra sedikit terkejut tapi cuba mengawal riak.

"Kau boleh lihat aku?" Tanya gadis itu. Andra sudah berkerut tapi dianggukan saja.

"Wow, menajubkan. Tapi macam mana kau dapat lihat aku?" Tanya gadis itu lagi.

"Sudah tentu aku dapat lihat kau. Kau kan ada depan mata aku nii". Ujar Andra hairan. Gadis itu memandang Andra sebelum tersenyum.

"Makhluk yang kejar kau tadi tu adalah Demon Ammande. Pintu Averra telah rosak jadi Demon Ammande dapat datang ke sini." Terang gadis itu. Makin berkerut Andra dibuatnya.

"Apa kau merepek ni? Demon apa benda yang aku cakapkan? Pintu?" Tanya Andra tidak faham.

"Nama aku Aleena Fannedella dari Stellantra World. Pintu Averra adalah pintu yang menghubungkan dunia manusia dan Stellantra World. Pintu itu telah rosak dan banyak Demon telah berjaya keluar. Sebab itu aku ditugaskan ke sini untuk memusnahkan semua Demon yang berjaya keluar melalu Pintu Averra.. tapi aku pelik bagaimana manusia seperti kau dapat melihat kami?" Terang gadis bernama Aleena itu.

"Apa yang kau cakapkan ni? Maksud kau, kau ni dari dunia lain? Bukan manusia?" Tanya Andra bingung.

"Ya, aku dari Stellantra World. Kamu, manusia yang dapat melihat kewujudan kami patut dihapuskan". Mata Alenna bertukar warna daripada merah ke putih.

"Sabar.. Aleena, tolong jangan hapuskan aku." Pinta Andra. Aleena mula menyerang Andra tapi dielak oleh Andra dengan mudah.

"Aku dah cakap sabar.." Tegas Andra. Dia malas untuk berlawan. Mata Aleena bertukar kembali. Terbahak bahak Aleena ketawa. Andra berdegus geram.

"Kenapa kau ketawa?" Tanya Andra tidak puas hati.

"Maafkan aku. Aku cuma bergurau. Sebenarnya aku ingin minta tumpang di rumah kau. Sudah 2 hari aku tidur di jalanan. Bolehkah?" Tanya Aleena dengan muka comelnya. Andra menjeling menyampah sebelum mengeluh.

"Harap saja kau selamatkan aku. Jom". Ajak Andra. Aleena bersorak riang lalu mengekori Andra.

"Aku masih tertanya tanya bagaimana manusia seperti kamu dapat melihat kami. Apa apa pun, nama kau apa?" Tanya Aleena.

"Diandra Advilent". Ujar Andra. Aleena terngaga luas.

"Kau perempuan?" Tanya Aleena. Andra hanya mengangguk.

"Wahh, aku ingat kau lelaki. Maafkan aku". Ujar Aleena. Ditilik tubuh badan Andra. Ya, memang betul Andra seorang gadis tetapi penampilannya persis seperti lelaki.

"Rambut kau? Warna biruuu?" Makin terkejut Aleen dibuatnya. Setelah berada di tempat terang, baru Aleena perasan yang rambut Andra bewarna biru dan matanya bewarna oren.

"Sudahlah.. jom ke rumah aku". Malas berbahas tentang rambutnya dan matanya. Memang sejak lahir mata dan rambutnya begini. Orang ramai selalu menegurnya. Rakan rakannya juga menyangka yang dia mewarnakan rambut. Sebab itu dia memotong rambutnya pendek dan memakai topi.

"Ini la rumah aku". Ujar Andra apabila sampai di rumahnya. Tidak lah besar sangat.

"Mana bilik aku?" Tanya Aleena. Andra tersenyum nakal.

"Maaflah, aku hanya ada satu bilik jadi bilik kamu hanyalah stor". Ujar Andra. Aleena ternganga.

"Apaa?? Takk, taknak aku. Kau duduk stor aku duduk bilik kau. Deal?" Mana boleh dia tinggal dan tidur di stor. Jatuh maruah seorang pahlawan hebat.

"Ini rumah aku jadi aku yang tetapkan. Selamat menikmati tidur yang indah ya." Ujar Andra sambil ketawa terbahak bahak. Balas dendam kerana Aleena mengenakannya tadi. Puas hatinya...

Jangan lupa vote and comment.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now