Bab 39: Taruhan

7.6K 471 7
                                    

Raykal memerhati keadaan sekeliling. Dunia Ferrisshy sememangnya cantik. Memang patut ramai yang ingin berhijrah ke dunia ini. Dunia ini adalah dunia berkembar dengan Stellantra. Tetapi, jika ingin memasuki dunia ini, hanya teleport yang tinggi sahaja boleh membuka potral ke sini.

"Raykal.. kita kat mana?" Soal Andra mamai. Raykal tersenyum apabila melihat gelagat Andra.

"Kita dekat Ferrisshy sayang.. Kita akan dapatkan ubat racun tu". Ujar Raykal. Muka Andra membahang dan baru dia tersedar yang dirinya digendong oleh Raykal.

"Raykal.. saya berat laa.. lepas la. Saya boleh jalan sendiri. Kesian awak". Andra cuba turun tetapi Raykal tetap dengan posisinya.

"Awak tu sakit. Dah, duduk diam." Andra mencebik. Rafaral hanya mengeleng kepala melihat gelagat Andra dan adiknya Raykal itu.

"Jom la kita teruskan perjalanan. Sekejap lagi kita akan sampai di sebuah bandar. Kat sana boleh la kita cari maklumat tentang wira purba". Ajak Ezyiril sambil mendukung Exraf yang lena diulit mimpi. Maklumlah, 5 jam perjalanan. Siapa tak letih.

"Kak.. Abang Ezy ni macam kenal sangat je tempat ni. Dia pernah pergi ke?" Bisik Raykal. Andra mengetuk kepala Raykal.

"Dia tu keturunan bunian lah. Ini tempat tinggal dia. Semestinya dia tahu jalan di sini". Terang Andra. Raykal mencebik.

"Mana Dhia tahu?" Soal Raykal pelik. Andra tersengeh.

"Mestilah.. ni kan Diandra. Di..." kata kata Andra terhenti apabila Rafaral mnyampuk.

"Akak yang cerita kat dia. Dah, cepaf jalan. Nanti terpisah pula". Raykal tersenyum sinis. Muka Andra cemberut.

'Baru nak berbangga sikit'. Bisik hati kecil Andra.

Beberapa jam perjalanan, akhirnya mereka sampai di sebuah bandar.

"Ini bandar Fmli. Hati hati tau, orang di sini banyak mencuri sikit. Baik jaga barang barang berharga korang". Pesan Ezyiril.

"Okey la.. kak, aku nak makan jap dengan Dhia. Nanti jumpa dekat sini balik ye. Kita cari hotel untuk menginap". Ujar Raykal.

"Okey, hati hati tau". Jerit Rafaral apabila kelibat Raykal mula mnghilang.

"Tak penat ke dukung saya. Saya boleh jalan laa". Bebel Andra.

"Mmang la boleh tapi bahaya tahu. Awak sakit. Nanti kalau jadi apa apa macam mana?" Andra meletokkan kepalanya di atas bahu Raykal.

"Lapar". Bisik Andra. Raykal mengeleng kepala. Tidak menyangka Diandra yang dia kenal dahulu manja sebegini.

"Kau tengok tu.. ada budak baru laa". Ujar seseorang. Raykal hanya buat tak endah sahaja.

"Cantik giler gadis kat belakang dia tu? Agak agaknya tahanan kut. Nak dijual".

"Takkan la.. kalau tahanan mesti kena rantai. Ni dukung? Apa kes?"

"Jom tanya.. mana tahu jual ke".

Berasap telinga Raykal mendengar bualan lelaki lelaki di pinggir jalan itu.

"Broo.. nak tanya sikit. Perempuan kat belakang tu, untuk dijual ke?" Soal seorang lelaki. Raykal tersenyum sinis.

"Raykal.. jom la pergi. Jangan cari pasal". Ajak Andra risau.

"She is my girlfriend". Tegas Raykal.

"Girlfriend dia la Fang.. jom ar blah". Ajak lelaki lain tetapi ditepis oleh Fang.

"Apa kata kita lawan? Siapa menang dapat perempuan tu?" Ajak Fang. Raykal menggenggam penumbuknya.

"Aku takkan pertaruhkan diaaa". Marah Raykal. Fang ketawa sinis.

"Takkan pertaruh ke takut?" Soal Fang sinis.
"Aykal.. lepaskan aku kejap". Arah Andra. Raykal teragak agak untuk menurunkan Andra.

"Ehem.. maaf ya pakcik. Saya lapar sekarang dan saya nak makan. Apa kata pakcik lawan saya. Kalau pakcil kalah, pakcik kena belanja kitaorang makan. Deal?" Raykal ternganga.

"Aku muda lagi perempuan. Okey, deal. Kita lawan. Kalau kau kalah, kau akan jadi milik aku. Deal?" Andra tersenyum sinis sebelum tangannya ditarik oleh Raykal menjauhi kumpulan Fang.

"Apa ni Dhia.. You are pain. Mana boleh berlawan macam ni. Biar akuu je lawann wehh. Kalau kalah macam mana?" Risau Raykal dibuatnya. Andra memegang kedua dua belah bahu Raykal.

"I will be fine. Aku lapar ni. Aku nak makan. Kalau aku menang kan boleh makan free. Aku ni Keturunan Ndra. Takkan orang macam tu aku tak boleh lawan". Jelas kelihatan riak wajah Raykal yang risau itu.

"But..." kata kata Raykal dipotong laju oleh Andra.

"Tak ada tapi tapi. Trust me okey?" Terpaksa juga Raykal mengangguk. Mereka menuju ke arah kumpulan itu semula.

"Okey.. kami dah bincang dan kami setuju. So? Mana tempat fight?" Soal Andra. Fang tersenyum sinis.

"Kafe sana. Kat sana ada gelanggang fighting. Kalau kau menang boleh makan sana. Kalau menang". Andra tersenyum.

"Okey.. let's who will be a winner?" Bisik Andra tetapi masih jelas di telinga Fang. Raykal mengeleng kepala. Tak kira sakit, Andra tetap Andra.

Haaa.. macam mana? Siapa agaknya menang? Huhu.. sis suka update cerita malam malam buta kan? Sorry, mesti ganggu korang tidr.. haha.. kepada semua reader setia sis, thank sudi baca. Dan kepada semua penyokong cerita ni, thnks dan kepada orng yg setia comment dan vote cerita ni, sis amat berterima kasih. Sebab korang la, sis ada semangat nak update laju laju walaupun kadang kadang masa tak menentu. Okey lahh.. sekarang dah malam dah. Gudnite semua.. abaikan typo. Dan beri comment anda kalau nakkan flashback bagaimana Rafaral dan Ezyiril boleh jumpa.. haha..

#DIANDRAADVILENT..
#ENJOY ^_^

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now