Bab 65: Serangan mengejutkan

6.7K 403 10
                                    

King Frast membaling kesemua barang yang ada di hadapan matanya. Meja ditumbuk kuat untuk melepaskan amarahnya yang terpendam. Zain dan Zella pula hanya menunduk tidak berani untuk memandang rajanya yang sedang mengamuk.

Zain dan Zella gagal membawa Raykal ke istana kerana Raykal ada pelindung. Hampir saja dia menewaskan Raykal tapi orang tua itu menghalang. Teruk Zain dan Zella dibelasah.

"Tenang Frast.. Zella, Zain.. betul ke kau berdua dibelasah sampai macam ni oleh pelindung Raykal. Raykal bukan bangsawan hebat mana pun. Dia belum kahwin. Kuasanya masih lemah. Mana mungkin dia mempunyai pelindung sekuat itu". Karlos juga aneh. Setahunya Raykal masih lemah. Bukan kuat hingga boleh ada pelindung begitu. Atau mungkin itu pelindung Andra?

"Betul.. kami ingat dia hanya orang tua kerepot saja. Rupanya amat tua. Rambut dan janggut semuanya putih. Dan kuasanya sudah dijangka". Ujar Zain. King Frast memandang ke arah Zain.

"Ceritakan". Tegas King Frast.

Flashback..

Sedang Zella dan Zain ketawa melihat Raykal dalam kesakitan, tiba tiba muncul seorang lelaki tua. Zella dan Zain berhenti ketawa.

"Siapa kau?" Soal Zella dengab senyuman sinis. Orang tua itu mengusap janggut putihnya perlahan lahan. Sekilas dia memandang Raykal yang menahan sakit.

"Aku pelindung Raykal.. anak keturunan ke 100 bangsawan cahaya hitam". Ujar orang tua itu. Serentak dengan itu Zain dan Zella ketawa besar.

"Pelindung? Weii, sedar la diri tu dah tua. Nak lindung orang sedangkan diri tak terlindung. Dengan tongkat bagai. Dah tak larat nak berdiri ke pakcik". Sinis kata kata Zella. Orang tua itu memandang Zella dan Zain tanpa perasaan.

Tang.. tongkat itu diketuk ke lantai. Tiba tiba ada satu gegaran muncul. Zain dan Zella berhenti ketawa. Badan mereka cuba diimbang supaya tidak jatuh.

"Kamu sungguh sombong anak muda... kamu berdua patut diberi sedikit pengajaran supaya kamu jaga sikap kamu". Ujar orang tua itu menghalakan tongkatnya ke arah Zain dan Zella lalu...

Bangg...

Satu cahaya putih muncul...

Zain dan Zella terseret ke belakang beberapa meter. Mereka terbatuk batuk dek kerana serangan orang tua itu. Darah di bibir keluar perlahan dikesat kasar.

"Dasar orang tua.. kau tak kenal aku siapaa". Jerit Zain lalu menyerang orang tua tersebut tetapi pantas saja pergerakan orang tua itu mengelak.

"Lembab". Ujar orang tua itu sejurus menyerang Zain dengan satu kuasa. Zain jatuh. Darah keluar membuak buak dari mulut. Zella memandang abangnya yang terbaring lemah itu membutangkan mata. Diapandang orang tua itu bengis.

Belum sempat menyerang, orang tua itu sudah menyerang Zella. Dan akhirnya kedua dua terbaring lemah.

"Itu baru sedikit anak muda.. " bisik orang tua itu lalu menghilangkan diri bersama Raykal.

"Arhhh.. dasar orang tua". Jerit Zain. Zella memegang perutnya. Darah membuak buak keluar.

"S.. sia..siapa orang tu.. tua itu". Tergagap gagap Zella berkata. Perutnya terluka. Begitu juga badannya. Hanya dengan satu serangan, mereka ditewaskan. Keturunan pahlawan kerajaan cahaya hitam ditumpaskan dengan mudah?? Ajaib.

"Aku tak tahu.. dik, kau lukaa". Jerit Zain apabila tersedar darah membuak buak keluar dari perut adiknya.

End flashback..

King Frast yang mendengar cerita Zain terkejut. Begitu juga dengan Karlos.

"Satu serangan? Korang tewasss?" Soal King Frast meninggi akibat terkejut.

"Ya.. tapi kuasa yang digunakan itu memang susah untuk diketahui. Sepertinya kuasa yang tiada dalam dunia ini lagi. Belum pernah aku menjumpai kuasa sehebat itu". Ujar Zain. Zella mengangguk setuju.

"Hurm.. aku akan siasat nanti Frast. Aku yakin ini ada kena mengena dengan Andra. Aku tak pasti dia itu betul betul pelindung Raykal. Yang aku fikirkan adalah pelindung Andra.. keturunan Ndra". Ujar Karlos. King Frast terdiam.

"Aku mahu kau siasat sekarang.. dan kau berdua.. aku mahu kamu mencari kedudukan Raykal sekarang". Tegas King Frast. Karlos terfikir dalam hati.

'Adakah itu kuasaa... tapi itu tak mungkin. Kuasa itu hanya mitos. Tapi, ada kemungkinan Andra tahu hal ini'. Bisik hati Karlos sendirian. Dia terkejut dengan khabar berita ini. Jika benar kuasa itu wujud dan bersama Raykal dan Andra, itu akan menjadi halangan besar bagi melaksanakan rancangannya.

Done.. huh, ni author paksa buat jugak hari ni.. kelmarin author dh tk update.. busy sikit. Sorry.. abaikan typo.. comment and vote.. thnks yg sudi baca.. sorry pendek sikit.. nak tahu siapa 'orang tua' tu.. next update akan ada jawpnnya.. ada kena mengena dengan Andra? Author pun tk thu..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now