Bab 36: Minta!

7.7K 445 7
                                    

King Qyba membaca surat yang dihantar oleh Raykal melalui seekor burung.

Maafkan aku King Qyba kerana tidak meminta izin untuk keluar.. Maafkan aku juga jika aku membuatkan kau risau. Jangan bimbang, aku akan kembali setelah aku mendapatkan ubat untuk Dhia.. Dhia terkena racun ketika berlawan dengan raksaksa kelmarin. Aku janji aku akan kembali secepat mungkin.

Untuk pengetahuan kau, aku kini selamat berada di rumah kakak aku. Dhia sedang berehat. Esok aku akan berjumpa dengan Wira Sejarah. Maaf jika menyusahkan kau. Aku selamat di sini..

Yang benar..
Raykal Adiyan

King Qyba mengeluh.

"Apa berlaku? Di mana mereka?" Soal Amyl.
"Dia hanya keluar sebentar. Mereka akan kembali nanti. Jangan risau". Ujar King Qyba.

"Bukankah kau melarang kami untuk keluar? Mereka keluar engkau langsung tidak marah?" Luah seorang gadis tidak berpuas hati.

"Mereka keluar ada sebabnya. Jika kamu semua ingin keluar, aku benarkan tetapi hanya untuk hari ini. Jaga diri kamu ya. Jangan berjalan seorang diri. Pastikan ada teman bersamamu". Pesan King Qyba. Semua orang bersorak keriangan kecuali seorang lelaki iaitu Jayl.

'Mana mereka pergii?'. Bisik hati Jayl.

RAYKAL memandang kakaknya yang sedang memasak. Ezyiril dan Exraf pula sedang berbual di ruang tamu.

"Kak.. aku nak minta tolong boleh?" Soal Raykal. Rafaral memandang adiknya berkerut.

"Apahal?" Soal Rafaral.

"Aku nak minta tolong kau teleport aku dan Dhia ke Ferrisshy." Ujar Raykal teragak agak. Bahu Raykal dipegang oleh Rafaral.

"Kau nak buat apa ke sana? Bahaya tau. Dah la Dhia tu sakitt". Kata Rafaral tegas.

"Tak.. sebab Dhia sakit aku nak ke sana. Racun dalam badan di tu makin merebak. Aku harus jumpa wira purba di sana. Hanya dia boleh tolong aku berjumpa dengan orang yang boleh buka kuasa cahaya Dhia dan itu satu satunya cara untuk Dhia sembuh". Terang Raykal. Rafaral melepaskan pgangannya.

"Aku boleh tolong tapi aku, Ezyiril dan Exraf kena ikut". Ujar Rafaral. Raykal mengangguk sambil tersenyum..

"Okey". Jawab Raykal. Rafaral tersenyum lalu manggil suaminya.

"Sayanggg". Panggil Rafaral. Ezyiril pun muncul di dapur.

"Knapa?" Soal Ezyiril.

"Boleh tak esok sayang teleport ke Ferrisshy. Raykal nak jumpa wira purba untuk ubati Dhia.. kita pun akan ke sana. Boleh kita mengembara". Ujar Rafaral. Raykal membulatkan mata. Dia minta tolong Rafaral tapi kenapa Ezyiril pula yang kena?

"Boleh ke sayang.. anything for you". Ujar Ezyiril. Exraf memandang sinis ke arah Raykal yang buat aksi muntah.

"Dah la korang ni.. nak buat romantik pulak. Dah la kak, masakan kau tu dah hangit. Aku nak tengokkan Dhia jap". Ujar Raykal membuatkan Rafaral berlari ke arah masakannya.

"What? Tak hangit pun. Arhh, Raykalll". Jerit Rafaral.

"Uncle.. nak ikut". Ujar Exraf lalu mengekori Raykal.

Wajah Andra yang lena itu ditatap. Lena sungguh Andra tidur. Mungkin penat.

"Uncle.. Kak Dhia okey ke?" Soal Exraf.

"Okey.. dia penat je kut". Ujar Raykal. Exraf memegang lengan Andra yang terkena racun itu.

"Racun XX.." Sebut Exraf. Raykal yang tersedar lengan Andra dipegang oleh Exraf cepat cepat menepis.

"Jangan pegang lahh.." Marah Raykal. Exraf mencebik.

"Aku tahu racun tuu.. Ubat yang hanya boleh disembuhkan dengann....." kata kata Exraf sengaja diperlambat lambatkan. Raykal menjeling Exraf.

"Diubat dengan apaa?" Soal Raykal. Exraf tersengeh.

"Kuasa cahaya keturunan Ndra laa.. Raja kegelapan yang letak racun ni pelik lahh. Dah tahu ini keturunan Ndra, pergi letak jugak racun ni. Dah sah sah nanti boleh sembuh". Exraf mengeleng kepala. Raykal tersentak.

'Betul juga.. tapi kenapa? Apa yang dirancangkan sebenarnya? Mungkinkah dia mahu kuasa cahaya Dhia terbuka.. tapi tak mungkin. Takkan Raja Kegelapan sendiri ingin menolong musuh sejatinya sendiri'. Fikir Raykal.

"Exraf... betul juga kata kau". Raykal masih tertanya tanya. Betulkah Raja Kegelapan yang letak racun ni? Tapi racun ini hanya boleh didapati pada Raja Kegelapan. Hanya Raja Kegelapan yang dapat hasilkan racun ini.

"Aku rasa kann,, ada orang lain yang curi racun ni kat istana raja kegelapan kuttt". Ujar Exraf. Raykal tersentak.

'Siapa yang berani mencurinya di istana kegelapan. Ingin masuk pun susah. Dijaga ketat. Apa sebenarnya berlaku?' Pelbagai soalan di mindanya. Apa sebenarnya tujuan orang itu meletakkan racun ini pada Andra?

Tiba tiba...

Banggggg!! Mereka semua tersentak.

Bersambung.. huhu.. nak tahu jawapannya? Next update ada jawapannya.. teruskan membaca cerita mengarut sis.. kepada yang menyokong sis, terima kasihhh..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now