Bab 69: Teruskan!

6.7K 402 2
                                    

Andra menepis ranting ranting pokok yang menghalang jalannya. Sekarang kuasa cahayanya hilang. Kini hanya tinggal kuasa kegelapan.

Ya, Andra sekarand berada di Dunia Kegelapan. Setelah berjumpa dengan lelaki tua itu semalam, dia bertekad untuk meneruskan perjalanannya. Kata kata lelaki tua bernama Vedemiar itu sedikit sebanyak memberi kepercayaan kpadanya dan yang paling mngembirakan adalah Raykal dalam keadaan selamat.

Gembira hatinya apabila mendengar keadaan Raykal dan perubahan Raykal. Dia yakin apabila Raykal sudah sedia, Raykal akan mncarinya sendiri. Dia yakin akan hal itu.

Flashback..

Apabila tangannya ditarik, serta merta badannya masuk ke dalam satu dimensi baru. Andra membuka matanya perlahan. Silau cahaya putih menusuk masuk ke dalam matanya.

"Hai Diandra". Ucap lelaki tua di hadapannga. Andra teragak agak untuk menjawabnya. Walaupun aura ancaman langsung tidak dikesan, dia juga kekok untuk berbicara dengan lelaki tua di hadapannya itu.

"H.. hai". Lelaki tua itu tersenyum.

"Namaku Vedemiar. Aku datang berjumpa denganmu ini kerana ingin berbicara sebentar denganmu. Sudikah kamu?" Andra mengangguk perlahan lalu mengekori Vedemiar menuju ke satu tempat.

Cantik..

Andra terpegun melihat permandangan di situ. Terdapat satu tasik dan sebuah bangku di situ. Buaian juga turut tersedia.

"Duduklah.." Jemput Vedemiar. Andra hanya menurut.

"Tempat apa ni? Tidak pernah aku lihat tempat sedamai ini. Udaranya juga segar". Vedemiar tersenyum.

"Ini adalah tempat ciptaan aku. Aku yang menubuhkan tempat ini untuk keturunanku. Perkenalkan ini keturunan ke 100 aku. Namanya Kyle". Vedemiar memperkenalkan seorang lelaki kepada Andra. Andra mnunduk hormat kpada lelaki di hadapannya itu.

Rambutnya berwarna emas berkilau manakala matanya berwarna ungu.

"Aku Kyle, keturunan cahaya putih." Ujar Kyle. Andra tersenyum.

"Aku Andra. Ermm, kamu juga keturunan bangsawan?" Soal Andra. Kyle tersenyum sambil mengangguk.

"Aku juga sepatutnya perlu menghadirkan diri ke istana tapi aku ingin merahsiakan identiti aku. King Qyba juga tahu. Dia juga turut membantuku untuk menyembunyikan identitiku". Terang Kyle. Andra mengangguk faham. Rupa rupanya keturunan lagenda sebenarnya wujud.

Lagenda yang dianggap mitos oleh masyarakat sebenarnya wujud. Andra juga terkejut.

"Sebnarnya, aku ingin memberitahumu hal yang penting. Soal Raykal". Andra tersentak. Kata kata Vedemiar membuatkan Andra kaku.

"Kau tahu soal Raykal?" Soal Andra. Matanya berkaca kaca.

"Ya... kamu jangan risau. Dia selamat. Cuma dia perlukan masa untuk kembali." Andra tersenyum lega. Pengkhabaran tentang Raykal itu sudah cukup membuatkan hatinya tenang.

"Ada sesuatu yang harus aku beritahu Andra". Ujar Vedemiar lagi. Andra memandang ke arah Vedemiar. Kyle yang faham maksud Vedemiar itu berdehem seketika.

"Kamu harus meneruskan perjalanan kamu ke dunia kegelapan. Raja kegelapan harus segera dihapuskan. Ydra keturunanmu juga dalam bahaya. Raja kegelapan merancang untuk menghapuskan ydra mu". Ujar Kyle. Andra terdiam.

Dia ingin meneruskan perjalanannya dengan Raykal. Tapi...

"Kamu jangan risau Andra..  aku akan pastikan Raykal akan menyusuli kamu. Buat masa ini, biarlah Kyle menemani kamu." Ujar Vedemiar seperti tahu apa yang bermain di fikiran Andra.

"Baiklah.. aku akan ke sana. Tapi, kuasa kegelapan aku masih belum cukup untuk menentang kuasa raja kegelapan". Jawab Andra.

"Jangan risau tentang hal itu.. aku akan mengajarmu sementara Raykal bertemu kembali denganmu". Ujar Kyle. Dahi Andra berkerut kerut.

"Maksud kau Raykal akan ajar aku?" Soal Andra. Kyle mengangguk.

"Raykal yang kamu kenal tak sama seperti dahulu Andra. Dia dah banyak berubah malah lebih kuat dari dulu. Dia banyak pelajari tentang banyak perkara termasuk dengan diri kamu". Ujar Vedemiar.

"Diri aku?"

"Ya, diri kamu. Dia lebih kenal diri kamu berbanding kamu sendiri. Teruskan perjalananmu ke istana kegelapan. Dan pada masa yang sama, latihlah diri kamu mengenali kuasa kamu. Latih diri kamu untuk mengendalikan kuasa kamu. Ingat Andra, kamu keturunan terpilih. Keturunan hebat." Ujar Vedemiar.

"Terima kasih Vedemiar". Ucap Andra. Vedemiar mengeleng kepala.

"Sepatutnya aku yang berterima kasih denganmu Andra. Dulu, kamu telah membantuku dan kini giliran aku membantumu. Pergilah bersama Kyle. Dia akan mmbantumu apa yang patut. Hati hati dan jaga diri". Ujar Vedemiar lalu menghilangkan diri meninggalkan Andra yang terpinga pinga.

"Mari Andra.. kita harus mulakan perjalanan kita sekarang". Ujar Kyle. Andra mengangguk lalu mengekori Kyle masuk ke potral yang dicipta oleh Kyle.

End flashback..

Kyle memandang Andra yang dari tadi tersenyum senyum. Entah apa yang difikirkan gadis itu.

"Apa yang kau fikirkan? Nampaknya kau gembira saja". Soal Kyle. Andra tersenyum.

"Aku gembira kerana aku bakal berjumpa dengan Raykal kembali. Sudah lama aku mencarinya dan kini aku akan bertemu dengannya kembali". Kata Andra teruja. Kyle tersenyum hambar.

"Baguslah.. err, boleh aku tahu macam mana Raykal boleh berpisah dengan kau?" Soal Kyle. Senyuman Andra mati.

Ada watak baru.. huhuuu.. Hope enjoyy.. Thnks sudi baca. Abaikan typo. Commenr and vote...

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now