Bab 41: Prawasakti?

7.4K 494 8
                                    

Hai guyss.. bab ni dah genap 40 bab. Cerita nii lah yang kiranya bab terbanyak yang sis buat. Lama lagi nak tamat. Kalau cerita first sis kan, bab 40 je. Kalau cerita ni, sis rasa kejap je, dah 40. Thnks kepada penyokong cerita ni. Kepada pengevote setia, pengomen setia, pembaca setia.. thnkss.

Hari ini, seperti yang dijanjikan.. Mereka bertolak ke hutan di mana atuk Fang tinggal. Clpix tinggal di Hutan Vizlent iaitu hutan yang dikatakan amat indah.

"Tak berat ke asyik kau dukung dia je?" Soal Fang.

"Tak lah. Dia tak pernah berat bagi aku. Asal tanya?" Kening Raykal diangkat sebelah.

"Tak la. Kalau dia berat, aku boleh tolong dukungkan. Kau penat kan. Dah la semalam tidur lewat". Kata kata Fang memang minta penampar sulung Raykal.

"Erhh.. tak pe, aku okey💢". Ujar Raykal menahan geram.

'Lu sapa nak pegang pegang awek gua. Langkah mayat aku dulu laaa'. Bisik hati Raykal geram. Dari tadi dia perhatikan Fang yang asyik memandang Andra sahaja.

'Aku tahu laa awek aku cantik bila tidur tapu jangan la tengok tengok. Aku korek biji mata kau baru tahu'. Sambung Raykal lagi. Tingkah laku Fang diperhati dengan penuh geram. Tiba tiba bahunya ditepuk perlahan.

"Relex ar dikk.. dia kesian kat kau je tuu. Jangan ambil hati. Rambut kau dah berubah tuu". Ujar Rafaral. Raykal tersentak. Tidak sedar rambutnya sudah berwarna merah. Hoodie yang menutupi kepala Andra ditarik untuk menutupi rambutnya.

(Kan hood kan bila jatuh akn terjuntai kat bawah. So, Raykal ambil la tutup kepala Andra yang tengah tidur tu. Kira macam selimut kepala Andra la.. okey, ayat sis berbelit belit. Comment la kalau tak faham. Sis jelaskan balik..)

"Lama lagi ke nak sampai?" Keluh Exraf. Dah la dia mengantuk. Disuruh pula bangun pagi pagi buta untuk masuk hutan. Kau fikir macam mana?

"Sikit je dah. Nanti kita sampai la kat rumah atuk". Jawab Fang. Beberapa minit kemudian, mereka pun sampai.

"Atukkkk.. ooo atukk. Fang datang nii". Jerit Fang. Maka muncullah seorang lelaki tua yang agak berumur di sebalik pintu.

"Hah Fang, tak pernah pernah kamu datang. Ni datang pulak bawa kawan. Kenapa?" Soal Clpix.

"Ni ha tuk, Fang kebetulan jumpa diorang. Diorang ni nak jumpa atuk. Fang hanya tolong hantarkan. Fang pon tak dapat lama lama sebab ada janji dengan kawan". Terang Fang. Clpix mengangguk lalu menjemput Rafaral, Ezyiril, Exraf dan Raykal masuk. Fang pula sudah pergi dari situ.

"Apa tujuan kamu ke sini?" Soal Clpix.

"Kawan saya perlukan pertolongan atuk. Kawan saya sakit dan dia perlu buka kuasa terakhir dia secepat mungkin". Ujar Raykal.

"Letakkan dia di sini". Arah Clpix. Raykal hanya menurut lalu membaringkan Andra fi tempat yang disediakan.

"Racun XX? Bagaimana dia boleh terkena ini? Jarang orang boleh kena racun ni". Ujar Clpix sambil membelek luka di lengan Andra.

"Dia keturunan Ndra tuk. Dia ada lawan dengan raksaksa ni. Nak kata demon, macam terlalu besar je. Saya pun tak tahu macam mana tiba tiba boleh kena". Kata Raykal. Clpix mengusap janggutnya. Rafaral menghulurkan satu buku tebal kepada Clpix. Ya, itu adalah buku purba keturunan Ndra.

"Raykal.. siapa dia?" Soal Andra lemah. Raykal tersenyum.

"Dia lah wira purba yang aku cakapkan tu. Clpix nama dia". Jawab Raykal. Andra mengangguk faham lalu bangun dari baringannya.

"Atuk boleh tolong terangkan apa isi kandungan buku tu?" Soal Andra. Clpix mengangguk lalu membelek helaian buku itu.

"Makan nii". Satu benda dihulurkan kepada Andra. Dahi Andra berkerut.

"Apa ni tuk?" Soal Andra pelik.

"Ini adalah benda yang boleh buat kita memahami bahasa asing. Ia hanya bertahan selama 2 hari". Kata Clpix. Andra mengangguk faham lalu makan 'benda' tersebut.

Andra memandang tulisan yang ada pada buku itu.

Keturunan Ndra adalah keturunan darah pahlawan...

Lahir seorang bayi membuatkan satu sumpahan terjadi.

Nyawa salah satu akan tergadai.

Pengorbanan dan cinta menjadi satu..

Pewaris penyambung keturunan menjadi kuat.

Takdir menentukan...

Satu kuasa terkunci...

Kepahlawanan pewira menjadi saksi..

Prawasakti menjadi penolong..

Orang tersayang bersatu kembali.

Demi keamanan dunia

Dan takdirnya hanyalah seorang PUTERI..

Dahi Andra berkerut apabila membaca helaian buku itu.

"Siapa takdir kau?" Soal Raykal.

'Adakah ini satu ramalan sejak dahulu lagi? Prawasakti? Siapa dia? Dan kenapa aku sepertinya amat mengenalinya. Apa aku tertinggal dalam hal ini'. Jerit hati Andra. Dia cuba mengingatinya.

"Prawasakti?"

Haaa.. sis ni suka update malam malam buta kan.. sorry.. haha, sis memang burung hantu. Btw, bagi yang esok sekolah tuu.. jangan tidur lewat sangat erhh.. ehhh, sis pon sekolah jugak esok tpi still tidur lewat.. haha... pandai nasihat orang jee.. apa apa pun, hope enjoy.. siapa prawasakti? Next update ada jawapan.. vote and comment pendapat korng.. yang menjadi silent reader, thnks sudi baca cerita sis. Cerita sis ni makin lama makin mengarut sikit.. okey, malas nak bebel banyak.. enjoy.. ^_^

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now