Bab 81:Amukan Si Puteri

6.6K 387 12
                                    

"Bolehh.. boleh sangat tuan puteri. Tuan puteri amat dialu alukan di sini tapi kenapa tuan puteri ingin ke kerajaan kegelapan? Bukan kah di sana amat berbahaya?" Soal Orm.

"Aku ada urusan di sana. Terima kasih untuk aluannya." Orm mengangguk faham. Tiba tiba...

"Tuan puteri.. Tuan Orm.. kampung kita diserangg". Jerit salah seorang puak poln. Andra, Raykal dan Kyle bangun dari duduk.

"Aku bau aura Ermi di sini". Ujar Raykal.

"Ermi?" Raykal mengangguk.

"Ya, Ermi tu salah seorang pahlawan terkenal di kerajaan cahaya putih. Tapi sekarang sepatutnya di dipenjara. Takkan la ayahnda aku melepaskannya. Kerana dulu Ermi tu hampir hampir membunuh keluarga aku". Terang Raykal pelik. Hatinya kian aneh.

"Pasti ada sesuatu yang berlaku. Aku dapat rasakan ini semua ada kaitan dengan Karlos." Ujar Kyle. Andra mengangguk setuju.

Bommm...

"Elakkk". Andra menolak badan Raykal.

"Andra.. kau tak apa apa?" Soal Raykal kalut.

"Tak.. aku tak apa apa.. tujuannya ke sini bukan sahaja untuk menangkap kita tetapi untuk memusnahkan tempat ni. Kita kena halang". Andra dapat melihat puak poln bersusah payah melawan makhluk yang menyerang kampung ini.

"Tuan puteri.. macam mana ni." Orm sudah kalut. Melihat kampung mereka hampir musnah. Selama ini tiada lagi makhluk yang menyerang kampung mereka seteruk ini. Biasanya, tujuan mereka hanya harta tetapi sekarang tidak.

"Selamatkan semua penduduk dahulu. Arahkan mereka ke tempat rahsia kita. Bawah tanah". Arah Andra serius.

"Tapi.. kampung ni macam mana?" Soal Orm

"Just do that". Tegas Andra. Orm mengangguk lalu cepat cepat berlalu pergi.

"Raykal.. kau pergi cari mana si jembalang Ermi tu. Aku ada urusan penting dengan dia". Aura kegelapan Andra sudah mula menyelubungi dirinya.

"B.. baik". Tergagap gagap Raykal apabila melihat muka marah Andra. Seram. Kyle tersenyum sinis.

'A Real Andra is back. Habis la kau Ermi. Kau gatal sangat kacau dia siapa suruh now kau tanggung sendiri". Bisik Kyle sendirian. Dia pernah berlawan dengan gadis bernama Ermi itu. Ya, dia akui yang Ermi memang kuat tapi satu saja kelemahannya. Kyle tersenyum sendiri.

"Ermii.. pergi dari sini. Kau hanya mencari masalah. Pergi sebelum dia n..." belum sempat Raykal menghabiskan kata katanya, mulutnya sudah ditutup.

"Dia apa honey?? I miss you everytime, you know that?" Badan Raykal dipeluk dengan ekornya kemas. Raykal meronta ronta infin dilepaskan.

"No.. nonnte doyo ngomokk". Raykal cuba bercakap. Ermi ketawa kecil.

"What are you say honey?"

Bommm.... Satu serangan membuatkan Ermi tersentak seraya mengelak pantas.

"Lepaskan Raykalll akuu la.. stupid girlll". Ermi menahan geram.

"What? Stupid girl.. you are stupid girl. Raykal is mine. Not youuu". Balas Ermi. Raykal mengeleng ngeleng kepalanya apabila merasakan kuasa aura hitam Andra makin kuat. Masalah besar jika Andra tak dapat mengawalnya.

'Macam mana ni... Kyle ni kau tolong tengok je ke. Tolong la hentikan Andra. Aduhh.. aku kena buat sesuatu'. Bisik hati Raykal sambil memikirkan idea.

"Lepasakan diaa". Ermi tersenyum sinis. Badan Raykal dihayunkan perlahan lahan di hadapan Andra.

"Want him.. get himmm". Kata Ermi seraya melemparkan Raykal ke tanah. Mata Andra membulat besar.

"Raykallll". Jerit Andra lalu berlari pantas ke arah Raykal yang terkulai di atas tanah.

"Raykalll". Jerit Andra lagi sambil menggoncang tubuh Raykal. Mulut Raykal yang mengeluarkan darah mengejutkan Andra.

"Raykal.. k.. kenapa?" Tergagap gagap Andra apabila melihat cecair pekat itu keluar.

"Hahaha.. aku dah letak racun la. Tak lama lagi mati la kut. Opsss.. tercakap pula. Lemah betul la korang ni". Kyle memandang tajam ke arah Ermi. Senyuman sinis Ermi terhapus.

Andra tertunduk. Air mata mengalir. Beberapa minit sahaja, dia mengukirkan senyuman yang susah untuk ditafsirkan. Senyuman yang mengerikan.

Angin ribut datang mengejutkan mereka. Andra bangun dari duduknya.

"Andra.. jadi ini yang Raykal takutkan selama Andra berada di dunia ini. Apa aku patut buat". Kyle mula kalut.

"Ber.. henti". Raykal lemah. Dia tak mampu untuk menghalang Andra. Yang pasti, semua berada dalam bahaya. Angin kencang bertiup. Ermi menghalang pandangan kelamnya dengan tangan.

"A.. apa dah jadi".

Ermi mula rasa aneh. Dan di sudut hatinya.. perasaan kurang enak menguasinya.

Ni last for minggu ni.. esop author ada exam.. doaakan author tk turun klas thun dpn.. thnks yg sudi bca dan support me.. sorry typo and sorry jika story ni x best or apa apa. Btw, thnks yg baca. Vote and comment.. next week author update ya..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now