BAB 6: MISI BERMULA

11K 685 10
                                    

Hari ini adalah hari pertama Andra menjejakkan kakinya di Gandeloff yang merupakan sekolah di dunia STELLANTRA WORLD.

"Kau satu kelas dengan aku". Ujar Rezza. Andra hanya mengangguk.

"Kau tahu tak, dia tu lah yang menang lawan dengan Haryial".

"Betul ke? Orang cakap dia tu lelaki".

"Haah la.. tapi sebenarnya dia perempuan dor".

Andra menahan sabar mendengar cerita cerita dari mulut pelajar di situ.

"Andra.. sabar". Ujar suara di minda Andra.

"Macam mana kau tahu semua benda yang aku buat?" Tanya Andra pelik.

"Kamu ingat, aku adalah penjagamu. Aku selalu melihatmu dari jauh".

"Eemm, ada apa kau mahu beritahuku? Aku ingin ke kelas".

"Ya, carilah  keturunan terakhir spirit.. dia akan menjadi rakan seperjuanganmu. Petang nanti, kamu datang ke bukit berdekatan Laut Dragonella... aku ingin berbicara dengan kalian". Ujar suara itu lagi.

"Apa maksudmu kalian? Adakah ramai lagi yang ingin datang?" Tanya Andra pelik tetapi langsung tiada jawapan.

Andra mengeluh. Telipatinya terputus.

"Kau okey tak wei?" Tanya Rezza. Riak wajahnya berkerut kerut. Andra tersentak.

"Kau tanya aku ke?" Soalan dibalas soalan. Rezza menahan geram.

"Kau la.. takkan dinding pulak". Marah Rezza. Andra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku okey je.. dah la, jom masuk". Ajak Andra. Rezza mengeluh sebelum mengekori Andra. Dalam fikirannya tertanya tanya, kenapa kuasa pemikirannya terbatas dengan pemikiran Andra. Seperti pemikiran Andra ditakluk dengan kuasa hebat.

Seperti yang dijanjikan.. tepat pukul 5.00 petang, Andra sudah berada di Bukit yang berada di tepi Laut Dragonella.

"Wei, kau Andra kan?" Tanya seseorang tiba tiba. Andra tersentak.

"Haryial?" Haryial mengangguk lalu duduk di sebelah Andra.

"Kenapa kau kat sini?" Tanya Andra. Haryial tersenyum mesra.

"Aku dipanggil ke sini". Ujar Haryial. Andra tersentak.

"Apa maksud ini semua Avera?" Tanya Andra cuba berhubung dengan suara itu. Namanya adalah Avera Dirikson.

"Tunggu dua orang lagi yang belum sampai." Jawab Avera. Andra mengeluh.

"Kau pula buat apa di sini?" Tanya Haryial.

"Dipanggil juga.. sama seperti kau". Jawab Andra.

"Kau penguasa tanah? Aku tak sangka yang engkau adalah seorang perempuan". Kata Haryial gembira. Walaupun kalah, tetapi dia langsung tidak berdendam.

"Ya.. " Andra sedikit kekok.

"Weh korang buat apa kat sinii?" Tanya seseorang. Haryial dan Andra berpaling.

"Rezza?". Ujar Andra dan Haryial serentak.

"Ya aku.. aku dipanggil ke sini.. korang?"

"Sama.." Jawab Andra.

"Hai korang". Sapa seorang lagi.

"Harry"

"Abang".

Ujar mereka serentak. Harry ketawa kecil.

"So, kenapa kita dijemput?" Tanya Harry.

"Entah la. Jadi kau juga dijemput?" Tanya Rezza. Harry mengangguk.

"Aku yang menjemput kalian". Seorang wanita cantik tiba tiba muncul.

"Adakah kau Avera?" Tanya Andra ingin kepastian. Wanita itu tersenyum sambil mengangguk.

"Ya, itu saya". Ujar Avera.

"Apa tujuan kau jemput kami ke sini?" Tanya Rezza.

"Aku ke sini untuk sampaikan sesuatu yang penting. Kalian ditugaskan untuk mengembara untuk mendapatkan PENAWAR ULTINA." Ujar Avera.

"Penawar Ultina? Adakah itu cecair yang berada di Hutan Orkida? Hutan itu sangat jauh. Kenapa kami ditugaskan mencari penawar itu?" Tanya Haryial. Avera tersenyum.

"Maaf.. aku tidak boleh memberitahumu tetapi ada seseorang yang amat membutuhkan penawar itu. Dan kalian terpilih untuk mencarinya. Di dalam perjalanan kamu nanti, banyak perkara yang kamu dapat. Kawan, kuasa dan kekuatan. Di dalam perjalanan, kamu akan berjumpa dengan pelbagai keturunan dan akan mendapatkan kuasa baru. Bersedialah untuk mengembara kalian semua". Terang Avera lalu menghilangkan diri.

"Keturunan?" Tanya Rezza.

"Aku rasa keturunan dan kawan menunjukkan BERSAMA. Mungkin kita akan berjumpa dengan keturunan lain yang akan bersama kita mengembara". Ujar Harry. Andra mengangguk.

"Ya, kuasa dan kekuatan pula adalah mengubahsuaian. Kekuatan kita akan bertambah dan kuasa kita semakin kuat. Dan juga pertambahan kuasa ataupun membukaan kuasa". Ujar Andra.

"Aku pun rasa begitu". Ujar Haryial.

"Jadi? Adakah kita akan mencari penawar itu? Kalian tahu kan yang perjalanan ke sana amat bahaya. Lagipun kita hanya 4 orang. Pasti banyak demon kuat yang muncul". Rezza berfikir.

"Seperti yang aku katakan. Lagi ramai keturunan yang akan mengikuti pengembaraan ini.. tidak perlu kau risau. Kita akan berjaya apabila kita bersama. Esok kita mulakan misi. Aku yakin ini misi bukan misi sebarangan". Ujar Harry.

"Ya, penawar Ultina terletak di Hutan Orkida. Jadi kita perlu melalui 5 hutan dan 3 sungai." Ujar Andra.

"Bagaimana kau tahu?". Tanya Rezza.

"Aleena pernah menceritakan tentang penawar Ultina ini. Penawar ini dapat menyembukan penyakit, sihir mahupun sumpahan. Tetapi perjalanan ke sana perlukan cabaran yang sengit. Terutama di Hutan Alzo." Terang Andra.

"Kenapa dengan hutan itu?" Tanya Haryial.

"Hutan itu dipenuhi kuasa kegelapan dan harta yang melimpah ruah. Orang yang ke sana pasti tidak akan pulang kerana ditawarkan dengan pelbagai harta tetapi harta itu adalah racun. Dan akhirnya akan mati dalam ketamakan". Ujar Aleena yang tiba tiba muncul.

"Aleena.. apa kau buat di sini?" Tanya Andra.

"Aku juga dipanggil". Kata kata Aleena membuatkan semua ternganga.

"Misi bermula?" Tanya Haryial.

"Ya, misi bermulaaa". Sahut semua..

"Tapi, persediaan macam mana? Kita langsung tak ada persediaan?" Soal Andra.

"Relex... aku akan cari maklumat untuk ke sana. Dan esok, kita berkumpul di sini pukul 7.00 pagi. Kita akan mulakan pencarian penawar itu". Jawab Harry. Andra tersenyum.

"Okeyyy".

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now