Bab 62:Jumpa

7K 427 7
                                    

Selama satu minggu perjalanan Andra untuk ke istana kegelapan dan satu minggu juga kehilangan Raykal. Istana kegelapan masih belum ditemui. Satu per satu cabaran yang dia lalui sepanjang perjalanan. Dia rindu akan Raykal.

"Andra.. kamu rindu Raykal ya?" Soal Rafaral tersenyum. Andra lantas menafikannya.

"Tak.. aku cuma terfikir sahaja". Nafi Andra. Rafaral tersenyum.

"Dia akan kembali". Ujar Rafaral. Andra tersentak. Dia memandang ke arah belakangnya. Kaku. Ya, Raykal kembali tetapi rambutnya hitam. Hanya beberapa jalur putih kelihatan. Andra menekup mulutnya.

"Bicara baik baik ya". Pesan Rafaral lalu berlalu pergi. Andra cuba tersenyum tipis. Tanganya dihulurkan pada Raykal.

Tetapi Raykal hanya memandang sepi tangan Andra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tetapi Raykal hanya memandang sepi tangan Andra. Cepat cepat Andra menarik kembali tangannya.

"K.. ke.. kenapa rambut kau?" Soal Andra kekok. Dia hanya tertunduk. Tiba tiba tubuhnya ditarik ke dangkapan Raykal. Andra tersentak.

"Aku rindu kau.." Bisik Raykal. Pelukan terlerai.

"Kenapa rambut kau berubah warna. Adakah kau sudah..." Andra tidak sanggup meneruskan kata katanya. Raykal tersenyum hambar.

"Aku letih.. boleh kah aku tidur sebentar". Ujar Raykal. Andra terkedu. Raykal menariknya duduk lalu kepala Raykal dibaringkan di peha Andra.

Andra tersedar dari mimpinya. Sudah dua kali dia mimpikan Raykal. Perkara yang sama. Hari ini genap 3 hari Raykal pergi dan Andra memutuskan untuk kembali ke dunia mereka. Dia ingin meneruskan perjalanannya bersama Raykal. Dia sedar kesilapannya. Mukanya diraup kasar.

Andra bangun dari tidurnya. Hari ini dia ada perjumpaan dengan King Qyba dan yang lain. Ya, dia sudah pulang ke Istana. Rafaral dan Ezyiril sekeluarga tinggal di dunia di mana pewira sejarah tinggal. Andra hormat dengan keputusan mereka berhijrah. Mungkin mereka ingin tinggal di tempag baru.

Quien Klra? Dia bahagia tinggal bersama Rafaral. Anaknya. Berita kehilangan tiba tiba Raykal amat mengejutkan Quien Klra tetapi setelah dijelaskan oleh Rafaral, sedikit sebanyak risaunya berkurangan.

Adreald? Dia tinggal di istana. King Qyba menerima rakan lamanya itu dengan senang hati. Adreald gembira sangat berjumpa dengan rakan rakan lamanya. Katanya, seperti berada di zaman mudanya dulu. Andra turut tumpang gembira.

RAYKAL menundukkan kepalanya. Permaisuri Celidra mengusap rambut Raykal perlahan. Tak sangka dia Raykal dapat menemui jalan untuk bertemu dengannya.

"Beta tak sangka kamu dapat mencari beta hingga ke sini. Sebelum beta terkurung di sini, beta ingin sekali menemuimu. Nampaknya, rambutmu sudah berubah ya. Siapakah gadis bertuah yang kamu cintai itu?" Soal Permaisuri Celidra lembut.

"Patik ke sini kerana ingin menanyakan hal penting. Dan ini berkaitan dengan Diandra, puteri tuanku". Senyuman Permaisuri Celidra mati.

"Adakah gadis bertuah itu puteriku?" Soal Permaisuri Celidra. Raykal mengangguk perlahan.

"Ya, patik sudah jatuh cinta dengan puteri tuanku. Sejak pertama kali patik melihat dia, patik sudah jatuh hati padanya". Permaisuri Celidra tersenyum.

"Tidak perlulah kamu berformal denganku. Panggil saja aku bonda. Aku sudah menganggapmu sebagai anakku. Lagipun, aku sudah tahu lama tentang hubunganmu dengan puteriku. Apa pertanyaan penting yang kamu ingin tanyakan?" Soal Permaisuri Celidra. Raykal melepaskan keluhan lega.

Dia bimbang jika bonda Andra tidak dapat menerima kehadirannya dan tidak merestui hubungannya dengan Andra. Tapi sangkaannyaa meleset. Permasuri Celidra jauh lebih baik berbanding apa yang dia fikir.

"Ini tentang puterimu..." Raykal menceritakan semuanya yang terbuku di hatinya. Jelas kelihatan riak wajah Permaisuri Celidra yang risau itu.

'Dendam? Adakah Andra berdendam keranaku?' Bisik hati Permaisuri Celidra.

"Aku akan bebas dari sini setelah Karlos terbunuh ataupun dia sendiri melepaskanku. Tentang Andra itu, aku tidak pasti. Aku juga tak sangka yang dia berubah seperti itu. Ini mungkin salahku juga. ANDRA membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Raykal, Andra seorang gadis berhati lembut. Cuma, terlalu banyak rahsia yang terpendam. Andra bukan jenis orang yang suka meluahkan apa yang dia rasa. Kamu harus cuba memahami isi hatinya sendiri". Raykal yang mendengar kata kata Permaisuri Celidra itu terfikir seketika.

"Bagaimana aku ingin memahaminya sedangkan dia langsung tidak mahu aku memahaminya". Sayu kata kata Raykal itu. Permaisuri Celidra tersenyum.

"Dia mengatakan apa disebaliknya. Kamu sendiri tahu bukan, Andra memang pelik. Apa yang mustahil itu lah yang menjadi pilihan dia. Kamu ingat Raykal, hanya kamu yang dapat bongkarkan semua rahsia yang terpendam. Aku harap kamu dapat menolongnys mengembalikan semula semangatnya yang dulu. Kembalikan Diandra yang dulu". Ujar Permaisuri Celidra.

"Baiklah".

"Dan jangan lupa, tolong rahsiakan keberadaan aku di sini. Anggap saja kita tak pernah berjumpa. Dan aku sarankan kamu ke Perpustakaan Sejarah di Bloks. Dia sana banyak perkara yang kamu cari. Dan jangan pergi terlalu lama. Dia sedang merinduimu". Ujar Permaisuri Celidra.

'Perpustakaan Sejarah? BLOKS? Andra rindu aku? Huhh'. Keluh hati Raykal. Mana mungkin Andra merindukannya. Bukankah Andra membencinya?

'Aku harus ke perpustakaan itu segera'. Bisik hati kecil Raykal.

Author nk trngkn sikit laa.. mmng Andra putuskan untuk tidk meneruskan prjlnan tpi lepas Raykal pulang nanti, di situ lah bermulanya pengembaraan mereka. Lawan King Of Darkness.. satu lagi, Raykal dah tak macam dulu lagi.. nak tahu mcm mane? Next update ad jwpan.. vote and comment.. abaikn typo

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now