Bab 93: Naga jadi Kucing?

6.7K 402 15
                                    

Andra berdiri tegak di hadapan kelima lima orang yang telah membantunya itu.

"Kau betul ke nak serang sarang istana Karlos seorang diri Andra. Pengawal dia ramai tau". Ujar Shima. Andra tersenyum.

"Kita kan dah buat plan. Urusakan ya pasal orang perang tu nanti. Sekarang, aku hanya lengahkan masa Karlos je dulu. Aku tunggu korang semua datang, terutama para reader." Kata Andra. Shima memeluk erat Andra. Dia antara kelima lima itu, Shima lah yang rapat dengan Andra. Sikap cerianya membuatkan Andra senang berteman dengan gadis itu.

"Jaga diri tau.. lagi tiga hari aku dan para pasukan perang sampai. Ya la.. perjalanan ke sana dua hari." Andra mengangguk saja.

"Aku dah sediakan kuda tunggangan. Harap kau hati hati di jalan." Kata Youl dingin. Andra tersenyum lalu mengangguk.

"Ferris.. jom! Korang, aku pergi dulu. Aku tunggu korang di sana. Ingat perancangan kita ya. Aku percayakan kau". Kata Andra lalu berlalu pergi.

"Kau yakin rancangan ni akan berhasil? Dia mampu ke bertahan?" Soal Pony apabila kelibat Andra mula menghilang.

"Aku yakin Andra berjaya. Dan rancangan ini akan berjaya. Andra bertindak awal kerana dia tak ingin lebih banyak nyawa yang terkorban disebabkan Karlos. Sepanjang aku kenal dia, dia seorang yang terlalu banyak berfikir. Kadang kadang perkara di luar kotak". Kata Shima. Semua mengangguk setuju kecuali Youl. Ada sesuatu yang mengangguk pemikirannya.

"Youl.. kau fikirkan apa lagi? Jom la kumpulkan orang". Ajak Hamizon. Youl tersentak dari lamunan.

"Aku risau Vedemiar akan ganggu rancangan ni la". Kata Youl. Hendry tersenyum.

"Jangan risau la Youl.. anything will be fine. Aku akan uruskan Si Vedemiar tu la. Jom la cari orang". Ajak Hendry. Lambat lambat Youl mengangguk juga. Tapi bukan itu yang dia takutkan sebenarnya.

Dia takut jika Vedemiar berjaya mengambil mutiara cinta itu daripada Andra. Jika mutiara itu tiada, bagaimana Andra ingin membangkitkan jiwa yang telah lama hilang.

KARLOS tersenyum melihat Andra di dalam bebola sihirnya.

"Nampaknya perang akan bermula huh". Bisik Karlos dengan penuh sinis.

"Tuan.. kami sudah membawa tawanan untuk tuan. Semuanya  tiga ribu". Kata seseorang sambil menunduk.

"Bawa kesemuanya kepada aku.. dan jangan lupa sediakan pahlawan peperangan hari ni juga". Tegas Karlos.

"Tapi bukankah tuan sendiri kata yang peperangan berlaku lambat lagi?" Soal orang itu lagi. Karlos pernah menyatakan peperangan akan terjadi beberapa minggu lagi.

"Lakukan saja. Pergii". Marah Karlos. Cepat cepat orang itu keluar dari bilik istana Karlos. Karlos kembali melihat pantulan Andra.

"Aku tak sangka kau mulakan perang dengan cara begini DIANDRA ADVILENT". Sinis kata kata Karlos. Dia melihat Ermi yang sedang tergantung di satu sudut. Begitu lemah gadis itu.

"Ermi.. kau telah mengkhianati aku. Lebih baik kau beritahu aku di mana Mutiara Cinta tu kau sembunyikan jika kau taknak kuasa kau hilang". Kata Karlos sambil mendekati Ermi. Rambut Ermi ditarik kuat.

"A.. aku t.. takkan bagitahu o.. orang macam kau b.. odoh. Aku rela matiii laa". Jerit Ermi. Karlos tersenyum jahat.

"Jika itu yang kau inginkan... aku akan tunaikan". Kata Karlos lalu menyedut kuasa Ermi. Muka Karlos berkerut apabila hanya sedikit kuasa yang ada dalam diri Ermi. Dilepaskan tubuh Ermi yang sudah mula menghilang.

"Kenapa dengan dia? Kenapa hanya sedikit kuasa yang dapat aku serap. Arhh". Jerit Karlos marah. Dia merasakan ada sesuatu sudah terjadi.

"Bily..." jerit Karlos. Bily yang menjaga pintu istana tergopoh gapah masuk.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now