Bab 79: Kenangan

6.7K 379 7
                                    

Andra makan dengan penuh selera sekali. Puak Poln memandang Andra tanpa berkelip.

"Sedap la Orm. Thanks tau tolong aku. Biar padan mula dua orang tu. Biar dia insaf sikit". Andra meneruskan kembali aktiviti makannya itu.

Orm merupakan makhluk dari Puak Poln. Dia juga merupakan rakan kepada Andra. Andra pernah menolongnya dulu ketika dia terjatuh ke dalam lubang. Maklumlah, puak mereka memang kecil sahaja. Lemah.

"Tak apa Puteri Diandra.. dulu puteri kan sudah membantu patik. Kini giliran patik pula membantu tuan puteri". Ujar Orm. Andra tersengeh saja.

"Mari la makan sekali. Banyak ni. Mari mari". Ajak Andra. Apa lagi, meja makan diserbu oleh makluk puak itu. Mereka bergembira makan sambil bercerita.

"Tuan puteri, betulkah tuan puteri ingin ke istana raja kegelapan?" Soal salah seorang makluk dari Puan Poln.

"Haah.. demi keamanan aku akan pergi ke sana. Takkan kamu taknak keamanan kan? Takkan kamu semua ingin selamanya ditindas oleh golongan kegelapan yang lain. Kita harus bangkit. Walaupun fizikal kamu semua ni kecil, tapi kita harus kuat okey?" Semua makhluk Puak Poln terdiam.

"Eer.. tuan puteri sudi ke mengajar kami untuk menjadi kuat. Sementara menunggu kawan tuan puteri itu, tolong la kami memperbaiki kampung kami. Kampung kami sering diserang. Makanan dan harta yang kami kumpul semuanya habis dirampas". Ujar Orm. Andra terdiam seketika kemudian tersenyum manis.

"Boleh.. tapi janji dengan aku yang korang kalau jadi kuat jangan lupa diri. Dan jangan sekali kali menindas dan membuat kejahatan. Okey?" Puak Poln mengangguk laju.

"Kami janjii". Kata semua makhluk Puak Poln serentak. Andra ketawa kecil. Makhluk puak ini hanya sekecil paras bawah lutut Andra. Kecil saja. Rupanya seperti orang biasa malah comel sahaja. Di kepalanya ada tanduk kecil dan telinga.

SEHARIAN mereka berdua mencari Andra tetapi langsung tidak berjaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEHARIAN mereka berdua mencari Andra tetapi langsung tidak berjaya. Mereka mengeluh berat. Sepanjang perjalanan juga mereka tak henti henti menyalah antara satu sama lain.

"Ray.. aku minta maaf". Ujar Kyle. Raykal tersentak.

"Apa kau cakap aku tak dengar laa.. ulang sekali lagi". Kyle berdegus geram.
Mulutnya didekatkan ke telinga Raykal.

"Aku minta maafffff". Jerit Kyle. Habis cair tahi telinga Raykal.

"Kau gila ke? Sakit telinga aku la gila". Marah Raykal. Kyle menjeling ke arah Raykal yang mengusap telinganya.

"Dah.. kau yang pekak". Balas Kyle.

"Hurm.. aku pun minta maaf. Aku rasa salah kita la. Kalau kita tak gadih Andra takkan hilang". Ujar Raykal. Kyle mengangguk setuju.

"Kau suka Andra?" Soal Kyle. Raykal memandang Kyle aneh.

"Eemm.. aku dah lama suka dia. Sejak aku pertama kali jumpa dia lagi". Ujar Raykal sambil menunduk.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now