Bab 87: Kemunculan Ydra

6.7K 358 6
                                    

Andra hanya memerhatikan orang orang di hadapannya itu. Kenapa Vedemiar membawa orang orang ini?

"Andra.. sebelum kamu membuka kuasa yang kecil, kamu harus menguatkan dulu kuasa yang telah ada. Karlos bukan untuk dibawa main. Sudah hanya kuasa yang diserapnya. Jadi, aku membawa orang ini untuk melatih kamu." Ujar Vedemiar.

Shima, kuasa spirit dan flora
Youl, kuasa api dan air
Hendry, kuasa kegelapan
Pony, kuasa cahaya
Aley, kuasa tanah dan kilat
Hamizon, kuasa angin dan fauna

"Aku akan mengajarmu kuasa cahaya putih. Cuma, aku tidak tahu siapa yang dapat mngajarmu mengendalikan kuasa cahaya hitam. Sepatutnya, kuasa itulah patut kamu kuasai kerana... erm, baik kamu lupakan itu". Andra menunduk sahaja.

"Andra.. kau jangan bersedih ya. Nama aku Shima. Aku akan melatih kau menguasai kuasa spirit dan flora." Ujar Shima. Andra mengangguk lemah.

"Tapi bukan hari ini.. aku ada urusan yang perlu aku selesaikan. Ved, aku pergi sebentar". Kata Andra. Vedemiar hanya mengangguk. Dia tahu ke mana Andra ingin pergi.

'Pergilah tenangkan diri kau.' Bisik hati Vedemiar.

Andra membuka potral lalu masuk ke dalam. Hatinya sayu. Baru sekarang dia tahu apa perasaan kehilangan semua orang yang dia sayangi. Rakan rakan, cinta, kasih sayang dan segala galanya. Kesunyian dan kesepian.

Andra termenung di tepi tasik. Ya, tempat inilah yang dia tuju. Tasik Alls. Teringat kata kata Raykal. (Kalau ingat bab 23)

"Kau sepatutnya bertuah Andra. Aku ni terlahir dalam kejahatan. Aku harus mencari takdir aku untuk terlepas dari segala galanya. Terlepas dari kegelapan. Kau? Dilahirkan saja, kau dah dapat takdir kau. Aku harus mencarinya."

Ya.. bertuah.

"Aku bertuah Raykal.. aku bertuah. Tapi bagi aku, aku langsung tak bertuah. Kadang kadang aku ingin menjadi keturunan biasaa Raykal. Keturunan yang tiada masalah. Tak perlu memikirkan apa apa. Tapi mengapa jika aku di sini, aku seperti lain. Aku.. aku.. aku merasakan tenang.". Kata Andra. Air matanya menitis perlahan.

"Takdir sudahpun memilih kau Andra. Jika kau mahu aku tunjukkan kepada kau bagaimana menjadi keturunan biasa, aku akan tunaikan". Andra mengesat air matanya. Dipandang empun suara tadi. Terlihat seorang lelaki.

"Siapa kau?" Soal Andra kasar.

"Aku adalah Ydra mu.. berterima kasihlah kepada kawanmu, Raykal yang telah melepaskanku." Ujar lelaki itu. Kening Andra berkerut kerut.

"Ydra aku berbentuk naga. Bukan orang". Kata Andra. Lelaki itu ketawa lalu rupanya berubah. Andra tersentak apabila melihat seekor naga yang besar berdiri di hadapannya. Ya, inilah bayangan yang dia nampak ketika berjumpa dengan Sang Pokok di istana Cahaya Hitam. Bayangan naga terseksa.

"Apa nama kau?" Soal Andra. Naga itu kembali ke bentuk manusia.

"Nama aku adalah Ferris." Kata Ferris. Andra mengangguk saja. Tiba tiba dia rindu dengan Raykal. Tak sangka Raykal melepaskan Ydra nya diam diam.

"Apa maksud katamu tadi? Tunjukkan kepada aku menjadi keturunan biasa?" Ferris mengangguk. Tangannya dihulurkan kepada Andra.

"Ya... aku akan tunjukkan kepada kau". Andra teragak agak menyambut huluran tangan Ferris.

Tiba tiba saja, Andra berada di alam lain.

"Aku dekat mana?" Soal Andra. Ferris tersenyum.

"Lihat di sana Andra.. itulah keturunan biasa. Ditindas dan dipukul oleh keturunan yang lebih kuat. Adakah kau membiarkan keturunan lemah itu sentiasa ditindas?" Andra mengetap bibirnya. Baru sahaja dia ingin membantu, Ferris menghalang.

"Kenapa kau halang aku?" Marah Andra. Ferris mengeleng kepala.

"Aku cuma ingin kau berfikir Andra. Kau sudah ditakdirkan terlahir dalam keturunan kuat. Seharusnya kau bersyukur dengan itu kerana kau dapat menggunakan kekuatan yang kau ada untuk menyelamatkan semua orang. Dan dapat mengembalikan keamanan. Cuba kau fikir, jika kau berjaya mengembalikan keamanan, berapa banyak orang yang gembira dengan ini. Lihat di sana Andra". Andra kaku kemudian berpaling perlahan lahan ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Ferris.

"Itu adalah raja pemerintah negeri ini.. patutkah dia bergelak tawa melihat orang ditindas?" Andra mengeleng kepala. Selama ini di langsung tidak ketahui perkara ini berlaku. Dia ingat hanya di dunia kegelapan ada penindasan seperti ini.

"Jika aku berjaya memerintah kedua dua alam, adakah perkara ini akan berlaku lagi Ferris". Ferris hanya terdiam sebentar.

"Berpihak kepada kau. Jika kau salah memimpin, ini akan terus terjadi. Jika kau berjaya memimpin dengan betul, hanya kau yang tahu apa yang akan terjadi". Kata Ferris kemudia mengebalikan semula mereka ke tempat asal.

Andra mengeluh berat. Dipandang tasik di hadapannya.

"Sekarang baru aku tahu apa makna kata kata Raykal sebelum ini". Ujar Andra sambil tersenyum. Ferris yang sedang mengambil air merah itu turut tersenyum.

"Aku akan terus bersama kau Andra.. kerana itu adalah sebahagian tugasku. Iaitu berjuang terus dan setia dengan keturunan mu". Bisik Ferris sambil melihat air merah yang diisi ke dalam botol kaca kecil.

"Ferris.. kau rasa dapat ke aku menyelamatkan semua orang?" Soal Andra sambil berbaring di atas rumput.

"Bergantung kepada diri kau sendiri". Jawab Ferris.

"Hurm.. macam mana kau dulu ya? Ketika bersama dengan bonda aku?" Soal Andra lagi. Ferris tersenyum.

"Sama seperti kau.. dulu bonda kau selalu ingin terlahir di dalam keturunan biasa biasa. Tapi, dia bertekad untuk mengamankan dunia setelah melihat apa yang terjadi kepada keturunan lemah. Waktu itu, semua demon tidak berani muncul kerana kekuatan bonda kau." Cerita Ferris.

"Hebatnya dia kan.. aku rindu sangat dia sekarang". Kata Andra sayu.

"Andraa". Tiba tiba satu suara memanggil namanya membuatkan dia tersentak. Suara yang pernah dia dengari sebelum ini.

Double update for today.. thnks for reading. Abaikn typo. Vote and comment.

Siapa agaknya yng panggil Andra tu dan kenapa Ferris mengambil air merah tasik Alls err? Next chap ada jawapannya^_^

Gambar atas tu gambar Ferris.. 😊

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now