Author

7.3K 292 19
                                    

Hai guyss.. ni bukan update.. sorry kalau mengganggu.. ni sis ada buat satu novel baru.. tapi baru sinopsis la. Sis nak mintak pendapat korang..

Sinopsis cerita:

Hidup seorang Putera Raja tidak seperti yang disangkakan. Hidup yang senang dan mewah hanya bertukar dengan seksaan. Satu sumpahan yang dianggap, hanya membawa malang sahaja.

"Aku Putera Raja yang diseksa. Salahkah aku apabila dilahir dengan keadaan sebegini? Rambut berwarna merah dan mata berwarna hitam. Salahlah aku sehingga aku dianggap sebagai pembawa malang dan sumpahan. Tidak layakkah aku hidup bahagia tanpa seksaan". ALEX

Kehadiran seorang gadis membuatkan hidup ALEX terubat. Seorang gadis yang datang memberi semangat kepadanya membuatkan hidup ALEX sedikit terubat.

"Hidup kita ini bagaikan roda. Sekejap di atas sekejap di bawah. Jangan katakan kau selalu di bawah kerana suatu hari nanti kau akan di atas. Usahalah untuk membuktikan kau seorang Putera Raja yang gagah dan hebat." BIANCA

Tetapi, semuanya tidak berkekalan. Abang kandung Alex sendiri membunuh gadis yang dia sayangi di hadapan mata. Dan di situlah dia bertekad untuk menjadi hebat.

Dulu dan kini tidak sama lagi. Alex yang dulu lemah dan prihatin tiada lagi. Yang ada hanya Alex yang kejam dan kuat. Tetapi, pertemuannya dengan seorang gadis mirip dengan Bianca membuatkan hatinya tunduk apabila bersama gadis itu.

"Kekuatan bukan segala galanya. Tetapi hati adalah segala galanya. Jangan akibat dendam, kita binasa. Dan jangan akibat kekuatan, diri ditelan bongkak. Walau wajah aku mirip dengan gadis yang kau sayangi, tapi ingat... Aku bukanlah dia. Dia adalah Bianca dan aku, adalah Luna". LUNA.

Siapa sebenarnya Alex? Adakah Luna juga akan dibunuh sama seperti Bianca? Siapa Bianca sebenarnya bagi Luna? Kenapa Luna membenci Alex? Adakah sumpahan itu benar² wujud? Kenapa Luna membenci Alex?

"Sumpahan penderitaan kau akan terjadi saat kau menjejak umur 25 tahun. Dan di situ lahh di mana penderitaan sebenar kau akan berlaku dan aku akan pastikan kau tak akan dapat ubat penawar sebelum umurmu mencecah 25 tahun". KRIFIN.

APA MAKSUD KATA KATA KRIFIN? APA MISTERI SEBALIK INI.

Apa pendapat korang? Ni sis ingt nk buat novel kedua sis untuk fantasy.. comment pendapat korngg..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now