Bab 44: Pertemuan semula

7.5K 427 11
                                    

King Frast termenung jauh memikirkan tawaran Karlos itu. Quien Klra pula membantah habis habisan tawaran itu tetapi hatinya sedikit tertambat pada tawaran itu.

"Kalau aku terima tawaran tu, aku akan kekal hidup selamanya. Dan kuasa aku makin bertambah kuat. Tapi..." King Frast bercakap seorang diri. Dia tertanya tanya, kenapa Quien Klra membantah sedangkan dia juga ingin kuasa yang kuat? Atau dirinya sendiri membuat keputusan yang salah?

"Relex.. Puteri keturunan Ndra sekarang sudah tenat dengan racun XX. Dan mungkin mereka sedang mencari penawarnya. Dan masa yang di tinggal adalah selama 9 hari." Ujar Karlos.

"Habistu? Apa kaitannya? Dia keturunan Ndra, dan sudah pasti dia dapat menyembuhkan racun itu sendiri". Jawab King Frast. Quien Klra mengangguk setuju. Karlos ketawa besar.

"Memang dia akan berjaya tetapii, dia takkan berjaya jika kita kacau perjalanan diorang". Karlos tersenyum jahat.

"Macam mana caranya?" Tanya Quien Klra.

"Anak kau dan puteri keturunan Ndra itu akan ke dunia manusia. Dan itu memang ramalan aku dan ramalan aku tak pernah silap. Cuba kau fikir, kalau dia tersekat di sana? Apa berlaku?"

"Tak boleh kembali ke sini la.. apa kaitannya?" Karlos mengeluh berat.

"Kau lembab. Isteri kau kan mampu menyekat potral. Jadi, kau sekat laa potral dari dunia manusia untuk ke dunia nii". Kata Karlos. Dalam hatinya sudah ketawa jahat.

"Takk.. kalau dia tersekat itu bermakna Raykal juga tersekat. Dia itu anak aku". Bantah Quien Klra.

"Heyy.. anak kau takkan kahwin dengan Andra la sebab dia akan mati. Lepas perempuan tu mati, kau buka la balik. Apa susah". Hasut Karlos lagi. Quien Klra mengeleng kepala lalu melangkah keluar.

King Frast mengusutkan rambutnya kasar.

'Bagaimana aku nak pujuk Klra tutup potral tu.. arhhhh.. apa sayang sangat dia dekat anak tak kenang jasa tuu'. Bebel hati King Frast serabut. Apa apa pun terjadi, dia harus memaksa isterinya menutup pintu potral dari dunia manusia. Dia tak boleh kehilangan kuasa yang dibangga banggakan selama ni begitu saja.

RAYKAL terkelu tak tahu apa apa tentang apa yang dikatakan oleh lelaki berseragam di hadapannya itu.

"Habistu, macam mana sekarang? Dah dapat apa apa petunjuk?" Soal Raykal. Andra mengeleng lemah. Polis itu telah mengatakan yang banyak mayat mangsa karam kapal itu tidak dijumpai. Dan kemungkinan kecil, ada yang terselamat dan tinggal di pulau pulau. Tapi, mana dia nak cari jika laut itu besarrrrr!! Urhh.

"Polis tu cakap mayat banyak tak dijumpai. Ada dua kemungkinan sahaja, dimakan ikan atau terselamat. Kes ni dah lama tutup". Keluh Andra. Raykal mengangguk faham.

"So, macam mana? Hari dah gelap ni." Ujar Raykal. Andra terfikir. Di mana dia mahu mencari rumah. Rumah sewanya dulu sudah lama tidak berbayar. Pasti tuan rumah sudah memberi sewa kepada orang lain.

'Ermmm.. mana aku nak tidur err'. Fikir Andra. Tiba tiba satu idea muncul di mindanya. FIONA!!

"Jom ikut aku". Ajak Andra. Tangan Raykal ditarik.

"Erhh.. kau nii kan sakit. Nanti kau makin lemahh". Kata Raykal.

"Aku okey la.. jom". Raykal mengeluh sebelum mengikuti sahaja langkah Andra. Beberapa minit sahaja mereka sampai di sebuah kedai runcit 24 jam.

"Kau nak buat apa kat sini?" Soal Raykal. Andra tidak langsung menjawab pertanyaan Raykal. Dia masuk ke kedai runcit itu dan...

"Can I meat Miss Fiona?" Soal Andra. Penjaga kaunter itu tersentak. Mana tak terkejut jika seorang yang memakai hood menutupi wajahnya datang ingin bertemunya. Dah la menyeramkan. Ada dua orang pulak tu.

"Ye.... s.. saya Fiona. Ada apa ya?" Soal Fiona gugup. Andra menahan tawanya apabila melihat rakannya pucat lesi. Raykal pula hanya bersandar di pintu masuk.

Andra menurunkan hoodnya. Dan wajah Andra serta merta tersenyum. Fiona ternganga.

"Alaa.. tak ada hug together kee? Tak rindu aku?" Soal Andra mengusik Fiona.

"Kau.. Andra ke?" Soal Fiona tak percaya. Andra mengangguk sahaja dan sejurus itu juga tubuhnya dipeluk erat.

"Andraa.. aku rindu kau. Dah lama kau menghilang. Kau pergi mana. Dan sekarang balik balik je kau berubah. Rambut dah panjang dan kelakuan kau pun aku dah tahu kau jadi perempuan sekarang nii". Sempat Fiona memerli Andra. Satu cubitan ketam hinggap di lengan Fiona.

"Kau ni kann.. sorry, aku bukan saja saja nak menghilang. Sekarang ni aku nak minta tolong kau sikit". Fiona melepaskan pelukkannya.

"Tolong apa?" Soal Fiona. Tangan Raykal ditarik supaya mendekati mereka. Raykal hanya mengikut.

"Turunkanlahh hood kau tu". Suruh Andra.

"Kenapa?" Soal Raykal. Andra memberikan jelingan maut kepada Raykal. Tadi dah la buat malu aku. Ni nak buat malu aku jugak ke? Dengan pakai hood menyeramkan dia tu.

"Okey fine". Raykal mengalah. Tak tahan dia melihat jelingan maut Andra itu.

Raykal menurunkan hoodnya. Jelas dilihat wajahnya yang putih dan rambutnya yang berwarna putih berjalur biru itu. Mana gadis yang melihatnya tentu cair dan termasuklah Fiona yang sudah feeling in love dengan Raykal.

"Wehh.. tak payah nak terpegun sangat la. Ni, kenalkan Raykal Adiyan. Kawan aku". Ujar Andra. Fiona tersenyum manis apabila perkataan kawan disebut.

"Ehemm.. pembetulan. Saya ni bakal suaminya Miss Diandra. Maaf la. Dia ni malu sikit nak cakap". Selamba badak sahaja Raykal berkata. Andra membutangkan matanya. Senyuman manis Fiona serta merta hilang berganti dengan senyuman pahit.

"Ouhh... tadi kau cakap nak minta tolong? Tolong apa?" Soal Fiona.

"Kami tak ada tempat tinggal sekarang so kami ingat nak tumpang bermalam kat rumah kau satu malam. Boleh?" Soal Andra.

"Erhh.. boleh. Bermalam selama lamanya pun boleh". Ujar Fiona dengan penuh makna. Andra menyedari yang sikap Fiona lain sedikit.

'Aku nak bermalam satu malam je. Esok pun aku dah nak cari ayah aku. Ermm, knapa Fiona tiba tiba baik. Bukankah dia orang yang paling kedekut. Ermm, pelik'. Bisik hati Andra mengesan sesuatu. Dari riak wajah Fiona dia sudah tahu. Dia memandang Raykal yang masih dengan muka selamba dia itu.

'Dia suka Raykal ke? Knapa hati aku tiba tiba sakit semacam je'. Bisik hati Andra. Raykal yang menyedari riak wajah Andra mula pelik.

"Kau sakit ke?" Soal Raykal. Andra mengeleng lemah. Sepatutnya dia tidak harusnya berfikir banyak. Dan sekarang badannya mula lemah kembali.

"Ermm.. Fanona kan? Boleh tak kami ke rumah kau sekarang. Aku rasa kawan kau ni sakit la". Ujar Raykal. Fiona mencebik.

"Bukan Fanona tapi Fiona. Sure. Shift aku pun dah habis. Kejap aku kemas". Raykal mngangguk lalu mndukung Andra di belakangnya. Sementara menunggu Fiona, Andra sudah lena tertidur. Raykal mengeluh.

"Apa nak jadi laa dengan kau Dhia. Makin lama tubuh kau makin lemah. Aku janji Dhia yang aku akan cari ayah kau sampai jumpa. Aku yakin dia masih hidup". Bisik Raykal sendirian. Tanpa dia sedari, ada seseorang mendengar bisikan Raykal.

'Andra sakit? Peluang aku untuk dapatkan Raykal. Aku akan pastikan dia akan tinggal lama dengan aku esok'. Getus hati Fiona sambil tersenyum jahat. Idea jahat mula muncul di mindanya.

Donee.. hope enjoy. Abaikan typo. Thnks yng baca. Vote and comment..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now