Bab 100: Ending(Spesial)

10.4K 414 25
                                    

Andra memerhatikan anaknya, Anderella Advilosy dan Rydeny Adiyan. Nama Adiyan diambil sempena nama Raykal pertama.

"Bondaa.. tengok nii, Deny buat kuasa cahaya warna hitamm". Rydeny menunjukkan kuasanya. Anderella hanya memerhati. Ya, anak gadisnya itu masih tidak dapat mengeluarkan kuasanya. Pelik Andra dan Raykal dibuatnya.

Sedangkan jiwa Anderella langsung tidak terkunci.

"Menunjuk jee kerja diaa". Kata Anderella lalu pergi dari situ. Andra tersentak.

"Aku tahu la kau tu tak pandai guna kuasa. Cemburuuu". Andra berlari ke arah anak kembarnya yang bergaduh.

"Rella, Dany.. kenapa bergaduh niii... tak elok la. Rella, kenapa cakap adik macam tu." Tegur Andra. Anderella mencebik. Manakala Rydeny memeluk tubuhnya.

Andra mengeleng kepala.

"Rella.. ikut bonda". Tangan Anderella ditarik oleh Andra. Rydeny menjlirkan lidahnya kepada kakak kembarnya. Anderella hanya mampu menahan sabar.

"Duduk". Arah Andra. Anderella hanya menurut. Dia hanya tertunduk. Tidak mahu memandang wajah bondanya.

"Kenapa Rella macam tak suka je dekat adik". Soal Andra lembut. Anderella menunduk sahaja. Air matanya menitis.

"Rella bencii semua orang. Dany suk menunjuk kuasa dia. Semua orang suka Dany sebab Dany ada kuasa hebat. Cikgu cikgu semuanya puji Dany. Tapi Rella hanya dapat perliann. Kenapa Rella tak dapat guna kuasa Rella". Luah Anderella. Andra memeluk erat anaknya.

Dia juga tidak tahu apa terjadi kepada anaknya itu. Kuasa Anderella langsung tidak dikunci tetapi tidak dapat digunakan. Seperti ada yang menyekat.

"Kau patut bawa Rella pergi jumpa orang tertentu. Mana tahu ada sumpahan". Kata Ferris. Rella terus memeluk Ferris. Anderella memang rapat dengan Ferris kerana Ferris sering memberinya nasihat dan tak putus putus mengajarnya menggunakan kuasa.

Ferrris juga banyak bercerita tentang ayahanda dan bondanya ketika dia belum wujud ke dunia ini. Cerita bonda memang sedih. Tapi bonda tetap semangat.

"Jangan nangis la. Nanti kat comel. Rella kan kuatt". Pujuk Ferris. Andra terkedu. Mungkin benar kata Ferris, dia perlu membawa Anderella berjumpa Vedemiar. Kemungkinan benar kata Ferris, ada sumpahan ke atas Anderella. Tapi dia berharap sangat anaknya itu tidak apa apa.

"Kenapa kecoh sangat ni. Rella, kenapa nangis. Sini sayang". Raykal memanggil anaknya. Laju sahaja Anderella berlari memeluk Raykal.

"Raykal.. kita bawa Rella jumpa Ved boleh? Saya takut Rella kena sumpahan atau apa apa yang buruk. Boleh kan?" Raykal berkerut.

"Sumpahan? Kenapa pula?" Soal Raykal.

"Rella kan tak dapat guna kuasa dia. Saya takut la kalau..." kata kata Andra dipotong laju oleh Raykal.

"Sayang.. Rella baru je umur 8 tahun. Sayang kan umur 18 baru dapat guna kuasa. Mungkin kuasa Rella boleh digunakan ketika berumur 18 tahun. Kan Rella hebat bermain pedang". Kata Raykal. Andra tertunduk. Ada benar juga kata kata Raykal.

"Rella sabar ya sayang. Rella kena yakin yang Rella ada kuasa yang kuattt sangat. Okey?" Anderella perlahan lahan mengangguk. Raykal tersenyum lalu mengosok kepala anaknya itu.

"Ouh ya.. sayang nak pergi rumah bonda kejap nanti. Lama tak melawat bonda". Raykal mengangguk sahaja.

"Bawa lah. Mungkin Rella dan Dany pun rindu nenda dia". Kata Raykal. Andra memandang Ferris yang khusyuk termenung. Entah apa yang difikirkannya.

RYDENY berlari menuju ke arah nendanya. Anderella hanya berdiri di sebelah bondanya.

"Rindunya nenda dengan kamu ni. Mana Rella?" Soal Permaisuri Celidra. Rydeny menunjukkan ke arah Anderella yang muka monyok sahaja di sebelah Andra.

"Ha.. kenapa muka dah macam bonda kamu tak dapat makan je?" Soal Permaisuri Celidra. Sempat juga dia menyindir Andra. Andra, kalau tak dapat makan apa yang dia nak memang satu hari takde mood.

"Takde la nenda.. rindu nenda". Kata Anderella lalu memeluk nendanya. Permaisuri Celidra tersenyum.

"Kamu berdua pergi la main dulu, bonda nak cakap dengan nenda sekejap". Kata Andra. Anderella dan Rydeny hanya mengangguk lalu menuju ke belakang. Bukan nak bermain tapi nak mengendap tuknda nya mandi. (Jangan kecam)

"Apa yang kamu nak cakapkan Andra?" Soal Permaisuri Celidra. Andra menunduk.

"Rella bonda.. dia tak boleh guna kuasa dia". Kata Andra. Permaisuri Celidra hanya tersenyum.

"Seperti yang telah diramalkan... memang itu akan terjadi. Rella akan mendapat kuasanya jika dia sudah... nah, baca ni sendiri". Satu buku tebal diberikan kepada Andra. Andra tersentak.

'Ingat nak terangkan'. Bisik hati Andra.

Buku setebal 5 inci itu dipandang sekilas. Kena baca semuany ke?

"Kuasa bukan segala galanya.. Rella akan jadi kuat suatu hari nanti. Percayalahh.. jangan dirisaukan sangat. Ingat Andra, kita keturunan Ndra tak hanya bergantung kepada kuasa tapi hati. Jika kita riak dengan kuasa yang kita ada apa gunanya. Ada sebab semuanya berlaku." Kata Permaisuri Celidra ringkas tetapi amat padat.

Ya, kenapa harus dia risaukan tentang kuasa sendangkan kuasa bukan segala galanya.

Yang penting adalah...

Jiwa yang kekal bercahaya!!

Itulah yang sentiasa ada dalam diri seorang pahlawan naga, DIANDRA ADVILENT.

Yang telah berjaya mencari diri sebenarnya.

Tapi... semuanya masih belum berakhir.. banyak lagi perkara yang mendatang menunggu.

Inilah akuu!!

Diandra Advilent, A True Self of Princess Diandra.

Diri aku sebenarnya!! Memang berkuasa tapi satu hal aku ingat adalah, jangan pernah membanggakan kuasa.

Kerana keharmonian hidup lebih penting. Jika kita berkuasa tetapi hidup penuh dengan kucar kacir buat apa kan? Yang penting hati!!

Kisah aku? Diri aku.

END

Author akan fikir balik untuk buat versi dua.. thnks yg membaca. Ending memang tak best.. kn.. huhu. Author ucapkan ribuan terima kasih kepada reader. Tk sangka author ada juga yang nak baca cerita ni. Thnks ya. Ampunkan salah silap sy. Kalau ada terkasar bahsa mohon maaf.

Cerita ni dah habis.. author nk tumpukan perhatian dekat novel ketiga author pulak. MR VS MISS INTAFAMOUS 2. Semua novel yang dipublish dah 5. Dua baru siap. Thniah kepada author. Hahaha. Buat kerja separuh jalan. Okey la. Bye. See you again.

Kalau ada masa rajin rajin la messege author.. haha. Just kidding. Bye.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now