Bab 90: Perlawanan 1 VS 5

6.4K 356 7
                                    

Hai guyss.. ni dah masuk bab ke 90. Thnks yg sudi sokong cerita ni selama nii..

Shima, kuasa spirit dan flora
Youl, kuasa api dan air
Hendry, kuasa kegelapan
Pony, kuasa cahaya
Aley, kuasa tanah dan kilat
Hamizon, kuasa angin dan fauna

Andra berdiri di hadapan kelima lima orang yang bakal melatihnya. Ferris pula setia di sisi Andra.

"Hai Andra.. nama saya Shima. Seperti yang saya katakan dulu, saya mempunyai kuasa spirit dan flora. Spirit adalah kuasa semangat yang dapat memberikan kebaikan dan keburukan kepada pihak lawan. Spirit biasanya digunakan untuk kebaikan sahaja tetapi jika terpaksa digunakan juga dalam kekerasan, itu tak jadi masalah tapi hanya boleh bertujuan   melindungi dan mempertahankan. Spirit adalah kuasa yang suci tau. Kalau flora pula, kuasanya adalah alam. Kuasa alam ini banyak kegunaannya. Jika kita mahu menguatkan kuasa ini, kita haruslah memperkuatkan hubungan kita dengan alam seperti merasai kewujudan alam di sekeliling kita". Terang Shima panjang lebar. Shima merupakan gadis periang. Sungguh comel.

Andra hanya mengangguk faham. Sebenarnya dia mengantuk mendengar penerangan kelima lima pelatihnya itu. Kadang kadang Ferris mncubitnya apabila dia hampir tertidur. Selesai sahaja penerangan kelima lima itu, Andra mengeluh lega.

"Ydra kau kuasa Cahaya Air kan? Jadi Youl dan Pony la yang akan melatih kamu mengendalikan ydra kamu. Menggunakan Ydra dalam pertempuran memerlukan keserasian dalam perhubungan. Jika tidak sefahaman, maka pertempuran akan musnah. Kekalahan akan menunggu. Jadi, kamu kena mencari keserasian ya. Kerana Ydra dan kamu adalah satu jiwa". Terang Aley sambil tersenyum.

Andra dan Ferris hanya mengangguk. Andra memandang Ferris di tepinya. Keserasian? Bagaimana dia ingin mendapatkan keserasian jika Ferris keras kepala dan dingin.

Ferris yang sedar Andra mengutuknya menjeling tajam ke arah Andra. Andra tersengeh.

"Kau cakap aku apa tadi?" Mukanya merah menahan marah. Andra kalut. Dia terlupa yang setiap apa yang difikirkannya akan diketahui Ferris. Susah jika begini.

"Mana adaa... aku cuma cakap ada naga tu yang kerasa kepala. Erh.. maksud akuu ularr". Ferris memandang Andra tajam lalu berlakulah aksi kejar mengejar.

Aley mengeleng kepala.

"Baru sahaja aku terangkan.. tapi hampa. Langsung tidak ada sefahaman". Kata Aley. Hamizon ketawa kecil.

"They look so cute". Puji Hamizon.

"Ferris.. Andra. Sudah, jika kau tak ada sefahaman.. bagaimana mahu bertempur bersama". Tegas Youl. Ferris berhenti. Begitu juga Andra.

"Sudah sudah.. bagaimana kita uji saja mereka. Andra, kamu gunakan Ydra dan kuasa kamu untuk melawan kami". Kata Pony.

"Apaa? Kamu semuaa? Mana boleh satu lawan lima. Tak adil laa". Bantah Andra.

"Dalam pertempuran tiada keadilan. Kau rasa adil ke lawan Karlos?" Andra mencebik. Dia tidak suka dengan sikap tegas Youl itu.

"Adil la.. sebab satu lawan satu". Kata Andra. Youl ketawa.

"Adil? Karlos menggunakan beribu ribu kuasa. Kuasa bonda kau. Ayahnda kau. Kawan kawan kau. Itu bermakna kau melawan beribu ribu orang". Kata Youl. Andra kaku.

"B.. baik.. aku akan lawan korang. Ferris". Ferris mengangguk paksa lalu berubah menjadi tiara kembali. Andra berdiri di hadapan lima orang itu.

"Sedia Andra?" Soal Shima lembut. Andra hanya mengangguk.

Masing masing menyeru Ydra masing masing. Mata Andra bersinar sinar melihat Ydra yang keluar.

'Kau sudah mempunyai Ydra yang comel dan kuat Andra. Jangan memuji yang lain lagi'. Tegas Ferris. Andra mencebik.

"Ferriss... keluar kau wahai naga Keturunan Ndraaa". Seru Andra sambil mengangkat tangannya.

'Ingat Andra.. kau harus berfikiran matang. Baru kita sefahaman.' Bisik Ferris di minda Andra. Cahaya keluar dari tiara milik Andra dan keluarlah seekor naga berwarna putih bercahaya biru.

"Serangggg". Jerit Andra lalu mengeluarkan tongkatnya untuk menyerang mereka berlima.

Bomm...

Kuasa mereka bertemu. Semuanya terseret ke belakang.

"Gunakan Sentrel Ambosh Ferris". Kata Andra tegas. Ferris berkerut.

"Takkan la kau nak gunakan kuasa itu Andra.. musnah la tempat nii". Marah Ferris.

"Gunakan je laaa.. aku dah buat lingkaran di sekitar ini. Hanya dalam lingkaran akan musnah laa". Kata Andra.

"Tapi kalau tak berjaya.. macam mana. Kuasa tu terlalu tinggi. Jika itu tidak berjaya.. maka peratusan peluang kita menang akan tipis".

"Aku cakap guna.. guna je la. Bila aku kata nanti, kau guna ya". Akhir akhir Ferris menurut juga.

Tongkat dihentakkan beberapa kali di atas tanah. Satu belahan mula muncul.

"Dengan kekuasaan Ndra.. aku mnyeru kau wahai Ydra keturunan Ndra. Kekuasaan  Sentrel Ambosh." Jerit Andra seraya mengangkat tongkatnya. Kilat menyambar kuat.

"Nampaknya dia akan menang". Kata Shima. Youl mengetap giginya.

"Serang dia dengan kuasa terkuat korangg". Jerit Youl.

"Tapi itu sia sia". Kata Hendry.

"Buat je laa". Jerit Youl. Mereka mengangguk lalu menyeru kuasa mereka.

Bommmmm...

Bangg.... kuasa bertembung kuasa. Andra menahan kuasanya.

"Arhhhh.. Ferris.. aku tak kuat laa." Jerit Andra.

"Kau kena kuat Andraa.. jangan mengalah. Gunakan sekuat hati kau. Jangan biarkan kuasa mereka mengalahkan kuasa kauu". Kata Ferris memberi sokongan. Andra menolak sekuat hati tongkatnya ke arah mereka berlima.

Tiba tiba dia teringat kata kata seseorang..

"Memang kemenangan dapat mengembirakan seseorang. Tapi kekalahan membuatkan kita matang."

Ya.. kata kata Raykal itu.

"Andra.. jangan fikir benda mengarut la. Aku cakap berfikir matang tadi bukan maksud aku begituu la. Fokus Andra". Marah Ferris. Andra memang susah untuk memahami erti setiap kata seseorang itu. Ferris mengeluh berat apabila melihat kuasa kelima lima pahlawan itu menuju tepat ke arahnya dan Andra.

Bommm!!

Alahai.. Andra kalah ke err? Apa la Andra ni. Dikata lain, dibuat lain. Haha.. thnks yg sudi baca.. hope enjoy. Abaikan typo. VOTE AND COMMENT..

Siapa nak next chap malam ni? Author masih mood rajin. Haha.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now