Bab 28: Merah??

8.3K 515 21
                                    

Andra mencebik geram. Raykal pula sudah kelu.

"Kau tahu tak berapa sakitnya hati aku niiii. Kau memang tak ada hati perut tau. Aku terpekik melolong suruh kau lepaskan aku tapi kau? Arhh". Bebel Andra.

"Kau sendiri yang pesan kat aku kan jangan buka walau apa yang terjadi. And one more thing, benda dah jadi. Rantai tu pun dah melekat dekat kau. Apa susah. Lupakan je laa". Sudah perit telinganya mendengar bebelan Andra yang tak henti henti macam bertih jagung. Bertih jagung pun berhenti, dia? Tak henti hentiii!!

"Banyak la kau lupa errr.. kalau ikutkan hati aku, nak saja aku campak kau dalam lautt". Marah Andra. Tiba tiba Raykal tersengeh.

"Dalam laut boleh la aku jumpa ikan duyung yang cunnn.. wahhhh". Teruja Raykal dibuatnya. Andra membutangkan matanya. Dengan perasaan geram, Raykal dihumbang ke dalam kolam ikan yang busuk.

"Whattt.. euwwww". Jerit Raykal kegeliaan.

"Gatal sangat. Padam muka". Kata Andra lalu pergi meninggalkan Raykal yang terkebil kebil keluar dari kolam yang busuk itu.

Krakkk..

"Keturunan Ndra.. ada pesanan untuk muu". Langkah Andra terhenti. Botol yang terbang itu diambil lalu dibuka perlahan.

Wahai keturunan Ndra...

Beta adalah Raja dari kerajaan bunian putih ingin menjemputmu ke istanaku untuk majlis tari menari sempena kepulangan putera beta di tanah air. Beta amat berharap kamu sudi menolong beta untuk memeriahkan lagi majlis ini. Kedatangan keturunanmu amat dialu alukan.

Untuk pengetahuanmuu, banyak lagi keturunan bangsawan sejarah lain yang akan datang. Beta menjemputmu bukan sahaja untuk memeriahkan majlis sahaja tetapi ada tugasan yang penting..

Beta mengharapkan kesudianmu datang pada malam ini. Beta tidak kisah jika kamu menyembunyikan identitimu. Kehadiranmu sudah cukup bagi beta. Sekali lagi, beta mohon kamu datang ke istana beta.

Yang benar..

KING QYBA

Andra membaca surat itu teliti. Hatinya tertanya tanya, siapa King Qyba?

"Kau dijemput ke istana bunian putih?" Soal Raykal dengan tiba tiba. Andra tersentak.

"Mana kau tahu?" Soal Andra pelik. Raykal mengangkat suratnya. Andra membutangkan matanya. Raykal juga mendapat surat itu.

"Aku rasa King Qyba menjemput seluruh keturunan bangsawan sejarah ke 100 untuk ke istana itu. Aku yakin, pasti ada sesuatu yang tak kena. Aku rasa kegelapan akan menimpa dunia ini". Ujar Raykal. Nalurinya mengatakan itu.

"Kau juga kegelapan tetapi bagaimana kau boleh dijemput?" Soal Andra pelik.

"Kau lupa? Aku adalah keturunan Cahaya Kegelapan. Ulang semula cahaya kegelapan. Aku punya 50% kuasa cahaya dan 50% kuasa kegelapan". Terang Raykal menekankan perkataan 'cahaya'.

"Kiranya.. kau half dark?" Raykal mengangguk. Andra termenung.

"Aku nak pergi macam mana Raykal? Aku kena sembunyikan identiti akuu". Kalut Andra dibuatnya.

"Relex.. di sana semua keturuna yang dijemput akan menyembunyikan identiti mereka. Kau pakai je la dress dan topeng. Aku yakin semua di sana pakai macam tu". Ujar Raykal. Andra mengangguk setuju.

MALAM itu, Raykal terpegun dengan penampilan Andra yang berdress labuh berwarna merah. Rambut disanggul dan topeng permata dipakai cantik oleh Andra.

Raykal pula bertuxedo hitam merah. Sepadan dengan Andra. Topeng berwarna merah dipakai kemas oleh Raykal. Mereka tidak memerlukan kenderaan untuk ke sana kerana kuasa teleportasi dapat digunakan untuk ke kerajaan bunian putih. Jika pakai kenderaan, mungkin seminggu baru sampai. Jauh sangat.

Tingg..

Sekelip mata mereka sampai. Istana tersergam indah di hadapan mata membuatkan Andra terpegun.

"Nama encik dan cik?" Soal pegawai. Andra menyiku lengan Raykal.

" Diyan dan Ilent". Ujar Raykal. Pegawai itu mengangguk lalu mengumumkan ketibaan Raykal dan Andra.

"Mengumumkan ketibaan Prince Diyan dan Princess Ilent masuk ke istana". Jerit pegawai itu. Semua memandang ke arah Andra dan Raykal. Terpegun dengan penampilan mereka.

Andra dan Raykal sudah mendapatkan tempat. Menunggu raja bercakap sahaja.

"Beta amat gembira dengan kehadiran kamu semua ke sini.. Kenalkan ini putera diraja beta iaitu Jaylf Owy Plyht." Ucap King Qyba. Jayl menundukkan tubuhnya. Tepukan gemuruh diberikan para tetamu.

"Peastt.. handsome kann putera diraja tu". Puji Andra. Raykal diam.

"Hurmm".

"Raykalll.. rambut kauu". Jerit Andra takut. Rambut Raykal berubah merah. Tiada jalur putih lagi. Raykal hanya diam.

'Kenapa dengan dia ni. Tak pernah lagi aku baca tentang rambut dia jadi merah.. biru putih ada laa.. dia sakit ke?" Pelbagai persoalan di minda Andra.

"Maafkan betaa.. beta harus pergi. Para tetamu, jemputlah menikmati majlis. Dan kepada jemputan khas beta, sila masuk ke bilik pintu hijau di sebelah kanan beta. Beta menunggu kalian". Ujar King Qyba lalu menghbiskan ucapannya. Andra faham maksud raja itu terus menarik tangan Raykal menuju ke pintu itu.

"Jangan la tarikk.. sakit kau tahu". Marah Raykal. Andra terkejut dengan tengkinan Raykal. Tidak pernah lagi dia ditengking sebegitu oleh Raykal.

"Kau ni kenapa.. nak tengking tengking kenapa". Balas Andra tidak puas hati. Raykal langsung tidak melayan Andra. Dia hanya meninggalkan Andra lalu masuk ke dalam bilik itu. Andra menahan geram lalu mengikuti Raykal.

Apa ada dalam bilik tu agaknya.. kenapa rambut Raykal bertukar.. bab seterusnya ada jawapannya..

Abaikan typo..

Comment and vote..

Thnksss

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now