Bab 18: Friend!!

9.4K 550 10
                                    

Permaisuri Celidra terkejut apabila mendengar cerita daripada puterinya itu. Raja Sihir Kegelapan kan sudah dipenjara. Bagaimana ia boleh keluar.

"Betulkah kata temanmu itu?" Soalnya. Andra mengangguk laju.

"Betul bonda. Diaorang minta Dhia tolong mereka lawan raja tu. Ermm, bonda.. kuat ke raja sihir kegelapan itu?" Soal Andra. Permaisuri Celidra ketawa kecil.

"Bonda rasa itu bukan raja yang sebenar. Itu adalah keturunannya. Sama seperti kita. Keturunan Sihir Hitam memang kuat. Dan yang paling kuat adalah keturunan kedua yang berlawan dengan keturunan kita yang kedua. Malang nasib, raja itu telah dikurung hingga kini. Bonda tak sangka masih ada keturunannya yang masih hidup. Okey, keturunan ini memang dilahirkan jahat dan memiliki kuasa kegelapan tapi dia juga dapat dijadikan sebagai cahaya." Ujar Permaisuri Celidra panjang lebar.

"Cahaya? Apa maksud bonda?" Soal Andra pelik.

"Dhia.. keturunan itu memang jahat tapi dia juga dapat dijadikan kawan. Mungkin juga jodoh kamu." Gurau Permaisuri sambil ketawa kecil. Andra mencebik.

"Alaa bonda.. cerita la lagi". Ujar Andra.

"Okey... dulu bonda juga pernah diceritakan oleh nenek kamu yang keturunan itu dilahirkan sebagai kegelapan tapi dia juga boleh bertukar kepada cahaya. Maksudnya, dia boleh menjadi musuh bahkan menjadi seorang lawan. Keturunan itu adalah keturunan yang dijadikan sebagai setia pada yang satu. Jika dia berkawan, dia akan berkawan sampai bila bila dan apabila dia suka, dia akan suka sampai bila bila. Jaga jaga, dia boleh mati tau kalau orang yang dia sayang, suka mati atau sakit. Dan dia juga boleh menjadi musuh. Ingat Dhia, jadikan dia kawan bukan lawan." Cerita Permaisuri Celidra. Andra yang tekun mendengar terfikir.

"Bonda, adakah dia juga keturunan ke 100?" Soalnya.

"Ya,mungkin keturunan ke 100 ataupun keturunan ke 99. Sama seperti kita juga. Kitaran keturunannya hampir sama dengan kita". Ujar permaisuri itu lagi. Andra mengangguk.

"Jadi, bonda rasa Dhia patut tolong mereka mencarinya?" Soal Andra lagi. Kepala Andra yang ditutup hood digosok sehingga menampakkan rambutnya dan matanya yang berwarna warni. Matanya sahaja yang berwarna biru oren manakala rambutnya ada pelbagai warna yang berkilauan. Sama dengan bondanya.

"Ikut gerak hatimu.. pasti kamu akan dapat jawapannya. Jika kamj memilih untuk pergi, bonda izinkan. Ingat, hatimu lah yang paling berharga untuk keturunan Ndra." Kata Permaisuri Celidra sambil tersenyum. Andra mengangguk.

"Terima kasih bonda". Ujarnya membalas senyuman bondanya.

"Sama sama.. dah, pergi la jumpa kawan Dhia. Bonda izinkan Dhia keluar". Ujar Permaisuri Celidra disambut senyuman lebar Andra.

"Thanks bonda. Dhia pergi dulu". Ujarnya lalu menghilangkan diri. Permaisuri Celidra mengeleng kepala.

REZZA memandang Amyl. Amyl memandang Rezza. Dan serentak mereka mengeluh.

"Sampai bila kau nak duduk sini semata mata nak lari dari Haryial. Aku tak larat la nak menipu dia lagi". Keluh Amyl. Rezza tersengeh.

"Maaf la menyusahkan kau. Ni, macam mana tentang sihir hitam tu. Aku.. arhhggg" Amyl dan Rezza terkejut apabila satu orang muncul tiba tiba di antara tengahnya.

"Dhiaa?" Jeritnya serentak. Andra tersengeh.

"Maaf.." ujar Andra. Rezza dan Amyl mencebik. Nasib tak ada penyakit jantung. Kalau tak? Huh, apa nasib.

"Hah, kau ni kenapa muncul tiba tiba?" Soal Amyl.

"Pasal Raja Sihir Hitam. Aku dah buat keputusan yang aku akan tolong kamu berdua". Ujar Andra. Rezza tersenyum.

"Hah, aku pun dah cari maklumat tentang raja itu. Dia..." kata kata Rezza dipotong pantas oleh Andra.

"Dia bukan raja tapi keturunan. Raja telah dikurung dan yang tinggal hanyalah keturunannya." Ujar Andra.

"Bagaimana kau boleh tahu Dhia?" Soal Amyl pelik.

"Ibuku memberitahuku. Dia sekarang berada di gunung tertinggi iaitu di Gunung Pranyl." Terang Andra lagi. Mereka berdua tersentak.

"Gunung tu kan gunung yang tertinggi dan bahaya untuk didaki." Ujar Rezza. Amyl mengangguk setuju.

"Ya, betul. Tapi kita boleh je daki. Tiga orang sudah mencukupi. Lagipun keturunan sihir hitam itu patut kita jumpai. Ibuku juga ada mengatakan yang sihir hitan boleh dijadikan kawan dan juga musuh. Mahupun err, jodoh.." Ujar Andra teragak agak untuk berkata ayat di belakang itu. Jodoh? Ouchh.. haha.

"Sepertinya ibumu hebat orangnya. Dia dapat tahu semuanya". Puji Amyl. Andra tersenyum malu. Walaupun hood yang dipakai menutupi wajahnya, dia tetap tersenyum sedangkan dia tahu orang pasti tidak dapat melihat riak wajahnya. Pasti orang semua menganggapnya sebagai seorang yang cool.

(Hood itu ringkasan kepada hoodie.. hrap fhm. ^_^ sambung kepada cerita..)

"Dhia.. kau sudi ke mengembara bersama kami. Ya la, kau orang baru. So, kau tak rasa macam tak selesa ke?" Soal Rezza.

"Tak.. aku selesa je. Aku pun rasa macam dah lama kenal korang. So, apa plan kita daki gunung? Jadi tak?" Tanya Andra lagi.

"Jadii.. aku pun nak juga tengok keturunan sihir hitam. Lagipun aku suka mengembara". Ujar Amyl gembira.

"Kau suka mengembara? Kalau demon datang kau la orang pertama lari kan? Dah la kecik ,pendek pulak tu.." kutuk Rezza. Amyl tersenyum sinis dan mengikat Rezza dengan akar pokok.

"Kecik er?" Soal Amyl menakutkan. Seram dorr.

"Maaf Amy.. aku gurau je. Lepas la.. sakit". Ujar Rezza. Amyl tersenyum sinis lalu meninggalkan Rezza yang tergantung di pokok dengan keadaan terbalik.

"Kau okey?" Soal Andra.

"Kau nampak aku okey ke? Wehh, tolong aku Dhiaa". Jerit Rezza. Andra hanya memandang kosong sebelum pergi juga meninggalkan Rezza.. jahat nyaa.. haha. Tu la, siapa suruh kutuk orang.

Fakta.. orng pendek ni kbnyakan garang walaupun nmpak kecil dan comel.. hahaha.. betuk ke tidak author tak tahu.. btw, last for today.. sis double untuk hri ini. Maaf lmbt siap sikit. Buat novel masa tengok tv. So, mata pun ke tv. Huhu. Enjoyy!! Tunggu bab seterusnya. Sorry bab ni tak ada fight. Bab seterusnya ada bnyk cbran ktika mendaki gunung apa enth tdi tuu.. jumpa esokk.. sis ngntuk. Gudnite or mornite semua.. abaikan typo yg belambak..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now