Bab 64: Sakit-

6.8K 397 5
                                    

Seorang lelaki tua tersenyum melihat wajah seorang lelaki yang terpantul di atas permukaan air. Lelaki itu nampaknya sedang leka membaca.

"Yasmin, kamu aku ingin keluar sebentar. Jagakan ruangan aku". Pesan lelaki tua itu lalu menghilangkan diri.

"Baiklah Dewa". Ujar gadis bernama Yasmin itu.

RAYKAL mengeluh letih. Banyak buku buku yang sudah dia baca. Pening kepalanya. Semuanya tidak menarik minat Raykal. Tiba tiba dia terpandang satu buku yang tiba tiba bercahaya seperti ingin menarik perhatiannya.

"Buku apa tu?" Soal Raykal sendirian lalu berjalan menghampiri buku itu. Diambil buku itu. Tiba tiba dia tersenyum.

Lost book of Princess Ndra..

Raykal membelek belek buku tersebut.

"Huh? Stage terakhir?" Berkerut kerut dahi Raykal apabila cuba mmahami apa yang buku ini sampaikan.

Kuasa keturunan ini akan menjadi semakin kuat apabila kemarahannya memuncak. Dan suatu yang dasyat akan berlaku jika ia tidak dapat dikawal. Dunia kemungkinan akan musnah. Keturunan yang mempunyai dua alam yang mampu menguasai kedua duanya. HINGGA SAMPAI KE STAGE TERAKHIR.

Raykal membelek helaian lain.

Naga muncul.. membawa keamanan dunia dan kemusnahan dunia. Keamanan muncul bagaikan pelangi selepas hujan. Dan apabila terlahir keturunan seterusnya, maka... ia akan diangkat menjadi pewaris seterusnya. Keturunan Ndra... Keturunan kepahlawanan putih hitam.. bergabung demi keamanan. Dan terus berjuang hingga titisan darah terakhir demi orang tersayang.. mampu menguasai kesemua kuasa samaada kegelapan ataupun kedamaian.

Dua dunia bergabung.. muncul keamanan. Raja pembawa kedamaian. Di sudut kegelapan dana di sudut sinaran.

Peperangan dasyat berlaku seperti apa yang diramalakan. Dan....

Pembacaan Raykal terhenti apabila tiba tiba angin muncul. Helaian buku tersebut hampir terkoyak dan diterbang angin. Raykal memegang buku tersebut lalu mencari punca angin tersebut.

Dengan sekelip mata angin reda. Dan muncullah seorang lelaki dan seorang perempuan dengan senyuman sinis.

"Miss me?" Soal perempuan itu. Raykal hanya memandang dengan penuh kebencian.

"Zella.. Zean"... Raykal menjeling ke arah dua orang itu. Itu adalah orang suruhan ayahnya atau lebih dikenali orang kepercayaan kerajaan cahaya hitam.

"Wow.. ingatkan dah lupa nama kitaorang.. kan Zean?". Sinis kata kata Zella.

"Kau nak apa?" Soal Raykal kasar. Mereka ketawa serentak.

"Relex Raykal.. kita kan kawan. Aku cuma menurut perintah untuk angkut kau ke istana. Ayahnda tersayang kau ingin berjumpa". Ujar Zean.

"Aku takkan jejak kaki aku kat istana jahanam tuu laaa.. baik kau lupakan sahaja hasrat kau tu". Kata Raykal tegas dan mendatar.

"Rela atau paksa.. kami takkan lupakan hasrat kami. Raykal.. Raykal... kau ni terlalu naif. Kau tinggalkan kemewahan harta hanya disebabkan perempuan. Sedang adik aku di hadapan kau ni ada. Semuanya kau boleh dapat tapi malang kan, kau tetap pilih jalan sudah". Hasut Zean. Zella tersenyum sinis apabila mengingati kenangan mereka bersama.

Dalam hatinya sedikit marah dengan kenangan itu. Tiba tiba dia ketawa.

"Aku sanggup bagi apa saja kalau kau bersama aku Raykal". Sinis kata kata Zella. Raykal hanya dengan wajah mendatarnya.

"Aku takkan pergi bersama syaitan macam kauuu.. dasar pembohong." Tengking Raykal.

"Malangnya Raykal.. kau memang memilih jalan payah". Ujar Zean lalu melumpuhkan pergerakan Raykal. Raykal tersentak.

'Kuasa pelumpuhan.. tak mungkin Zean menguasainya. Bukankah kuasa itu telah dikunci'. Bisik hati Raykal masih terkejut. Buku di tangannya terlepas.

"Haha.. terkejut huh.. ermm, buku apa ni?" Buku itu diambil dan dia lantas ketawa apabila membaca tajuk yang tentera di muka depan buku itu.

"Jangan jadi naif Raykal.. dia dah lupakan kau la. Dia langsung tak sayangkan kau. Baik kau pilih aku". Pipi Raykal diusap halus oleh Zella. Raykal tidak boleh menepis. Seluruh badannya lumpuh.

Rambutnya ditarik kasar oleh Zean. Satu botol cecair dikeluarkan.

"Kau tahu tak apa ni Raykal?" Soal Zean sinis. Raykal hanya kaku.

'Cecair itu.. takkkk.. tak mungkinn.. Andra tolong aku. Tolong aku. Sesiapaa'. Jerit hati Raykal. Cecair itu akan menghapuskan kuasanya dan kemungkinan besar juga ingatannya.

"Alaa Raykal.. sikit je nanti aku bagi minum. Jangan risau okey sayang". Ujar Zella lembut. Raykal cuba melawan apabila cecair itu disuakan kepadanya.

Hanya satu minit sahaja, cecair itu habis. Zella dan Zean ketawa besar apabila melihat Raykal menahan kesakitan.

'Andra.. tolong aku.. tolongg'. Bisik hati Raykal. Air matanya menitis. Dia sanggup kuasanya hilang tapi bukan ingatannya. Dia taknak kenangannya dengan Andra terhapus begitu saja. Dia taknak. Darah merah keluar dari mulut Raykal.

Tiba tiba...

ANDRA memegang dadanya yang terada sakit. Seperti ada sesuatu yang membakar hatinya.

'Apa sudah berlaku? Kenapa dadaku begitu sakit sekali'. Bisik hati Andra lalu jatuh. Dia menahan sakit yang mnjalar seluruh tubuhnya.

"Adakah itu Raykal?" Bisik Andra sambil menahan sakit.

"Andra.. erhh, kau tak apa apa ke? Kenapa weh? Andraa.. Andra. Tolongggg". Jerit Amyl yang kebetulan lalu di situ. Terkejut dia melihat Andra dalam keadaan begini.

"Amyl.. sakitt". Ujar Andra sebelum tidak sedarkan diri. Dunianya gelap sekelip mafa.

"Andraa". Jerit Amyl kalut.

Huhu.. last for today. Disebabkan oleh ada yang comment nak sambung lagi untuk hari ni.. nah, author belanja satu bab. Author pulak tak sabar nak buat bab seterusnya. Huhu.. apa jadi dengan Raykal dan Andra nanti huh?... hohoho.. next update akan ada jawapannya.. vote and comment.. kalau sempat next update akan dipublish hari ni jugak. Kalau sempat.. thnks yg sudi baca..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now