Bab 59: Perubahan yang mengejutkan!

7K 423 8
                                    

Sringgg..

Bomm..

"Raykall.. lari". Jerit Ezyiril apabila badanya ingin menyerang Raykal.

"Abang, Raykal tak dapat kawal la. Fikir la jalan untuk keluar dari permainan bodoh ni". Raykal geram apabila tubuhnya bergerak sendiri.

"Rafa.. jaga jaga". Kata Andra.

Sringgg..

Rafaral jatuh terseret ke belakang.

"Apa kau buat Andraa". Marah Raykal.

"Aku tak buat apa apa. Badan sku dikawal". Marah Andra kembali. Raykal memandang kakaknya yang tidak sedarkan diri. Kenapa kakaknys begitu lemah? Takkan terseret sikit je dah pengsan?

"Pestt.. Rafaral tak pengsan. Dia hanya buat buat pengsan. Tengok, makhluk yang mengawal Rafaral sudah mengamuk sebab kalah. Kita buat buat kalah. Pengsan". Ujar Ezyiril. Raykal mengangguk.

"Apa semua ni? Pengsan? Arhh? Lemah". Marah makhluk yang mengawal Andra. Andra tersengeh.

'Tu ke kelemahan kau. Kau la yang lemah. Mudah tertipu'. Bisik hati Andra. Setelah alat yang mengawal mereka dibuang, mereka pun bangun.

Riuh sekali tempat perlawanan itu apabila Andra, Rafaral, Raykal dan Ezyiril bangun.

"Dia belum pengsan. Kita tertipu". Jerit salah satu penjaga di pintu penjara yang menghalang mereka keluar.

"Panggil pasukan berlawan untuk lawan mereka". Arah salah satu puak Plips.

"Ini baru pertempuran sebenar". Ujar Rafaral sambil mengesat darah di tepi bibirnya. Ramai Puak Plips bersorak apabila pasukan lawan puak mereka masuk ke gelanggang pertempuran.

"Andra.. kuasa kau dah dapat semula?" Soal Raykal. Andra mengeleng kepala.

"Korang lawan la dulu.. aku nak kembalikan kuasa aku sekejap". Ujar Andra lalu mengapungkan diri. Matanya bertukar putih. Di sekelilingnya muncul cahaya putih terang sebelum kembali malap.

"Pergi lawan.. aku akan lindungi Andra sementara dia mendapatkan kuasanya semula". Ujar Raykal. Rafaral dan Ezyiril mengangguk.

"Arhh.. kau tak kenal aku siapa laa". Marah Rafaral apabila satu makhluk menyerang hendapnya. Ezyiril mengeleng kepala melihat isterinya berlawan. Itu lah Rafaral yang sebenar. Kejam dan kuat.

Sringg..

Raykal menggunakan kuasa kegelapannya untuk menghalang makhluk puak Plips itu daripada menyerang Andra.

Di satu sudut, ada seseorang memerhatikan pertempuran itu.

"Keturunan Ndra.. amazing". Bisik orang itu sambil memerhatikan Andra yang terapung itu. Aura yang kuat itu dapat dirasai oleh Puak Plips. Semua yang bersorak terdiam.

Andra kembali ke tanah. Dia mengeluh lega.

"Kenapa kau tengok aku macam tu Raykal? Jom la lawan". Pelik Andra apabila melihat Raykal kaku.

"Mana semua orang?" Soal Andra apabila melihat seluruh dewan pertempuran itu kosong. Semua dah larikan diri? Pelik.

"Andra.. aura kau?" Terkejut Rafaral melihat perubahan Andra. Andra memandang dirinya.

What? Pakaian hitam?

Kenapa?

"Kenapa aku pakai pakaian macam ni? Bukan ke pakaian aku warna merah? Dan rambut aku? Whyyyyy?" Jerit Andra bagai tak siuman.

"Relex okey.. pakaian kau hanya berubah dan rambut kau... err, hanya bertukar warna. Yang kau risau tu buat apa". Sebenarnya Raykal juga terkejut melihat perubahan Andra. Macam keturunan kegelapan dah kalau sekali tengok.

"Apa kau kata? Tu je? Hei, rambut aku ni warna hitam jalur jalur putih. Kau tak pelik ke?" Soal Andra geram. Ezyiril memandang Andra. Ya, memang sekali lihat Andra seperti keturunan kegelapan. Atau mungkin Andra juga mempunyai kuasa kegelapan tapi itu tak mungkin. Andra adalah keturunan bangsawan baik. Takkan ada kuasa kegelapan.

"Kau ada bawa buku purba keturunan kau?" Soal Raykal. Andra mengangguk lalu mengeluarkan tongkat magic nya. Dan dia mengeluh. Kenapa tongkatnya juga bertukar warna hitam.

"Ni". Ujar Andra lemah. Penat memikirkan kenapa dengan perubahan dirinya. Apa yang berlaku sebenarnya? Mana dirinya yang dahulu. Sekarang, dirinya penuh dengan kuasa kegelapan. Mana kuasa cahaya dan mungkinkah dia sudah berubah kepada keturunan jahat?

'Serabut nyaa.. kenapa dengan aku?'. Bisik hati Andra. Raykal menyelak helaian demi helaian buku tersebut. Rafaral juga turut membaca begitu juga dengan Ezyiril. Andra menguis nguis tanah dengab kakinya.

"Aku tak nak jadi keturunan kegelapan.. aku nak diri aku balik". Bisik Andra sendirian. Raykal yang mendenga keluhan Andra itu memandang ke arah Andra.

"Kak, pegang jap buku ni". Buku bertukar tangan. Rafaral tahu Raykal ingin pergi memujuk Andra.

"Pujuk dia elok elok. Kata dekat dia, dia bukan keturunan kegelapan". Ujar Rafaral. Raykal mengangguk lalu mendekati Andra.

"Apa yang kau risaukan Andra?" Soal Raykal. Andra tersentak dengan kehadiran Raykal di sebelahnya.

"Kau pun tahu kan, aku ni inginkan keamanan tapi sekarang ada kuasa kegelapan. Entah entah aku ni memang jahat ke apa ke? Apa aku nak buat. Aku taknak kuasa ni. Aku takut kalau aku cederakan orang dengan kuasa ni. Aku risau Raykal". Luah Andra.

"Kuasa kegelapan tak semestinya jahat Andra. Macam aku. Aku juga ada kuasa kegelapan malah kuasa kegelapan aku lebih banyak berbanding kuasa cahaya aku. Tapi tak semestinya kuasa kegelapan digunakan untuk kejahatan. Dan kau juga perlu ingat, kuasa cahaya juga ada yang digunakan untuk kejahatan. Itu semua bergantung pada hati orang mengawal. Jangan menyalahgunakan kuasa yang kau ada. Kuasa kegelapan dapat juga digunakan untuk kebaikan." Terang Raykal panjang lebar. Andra terdiam.

"Benarkah?" Soal Andra. Raykal mengangguk sambil tersenyum.

"Raykal, Andra.. akak dah jumpaa". Jerit Rafaral. Andra dan Raykal tersentak. Adakah Rafaral sudah menjumpai sesuatu tentang perubahan Andra?

Hah.. kenapa Andra berubah agaknya. Kenapa Puak Plips lari bila tengok Andra berubah.. apa yang ada dalam buku purba itu tentang perubahan Andra. Next update ada jwpannya. Abaikan typo. Vote and comment.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now