Bab 9: Will be safe!!

9.7K 653 12
                                    

Hampir 20 minit, baru mereka jumpa sebuah gua yang sesuai untuk perlindungan.

"Apa kita harus lakukan ini.. bagaimana kita ingin berhubung dengan Dewa dan Dewi Pancawanlakar?" Tanya Haryial gusar.

"Aku tak tahu.. Avera hanya menyuruhku cuba berhubung. Tetapi bagaimana kita hendak membuka potral teleportasi." Andr buntu. Kata kata Harry tadi terngiang ngiang di mindanya.

"Hanya orang yang tertentu dapat membuka Potral Teleportasi ke dunia Angels."

Dia layakkah? Dia hanya manusia yang datang daripada dunia manusia. Mana mungkin di mendapat kuasa. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Kamu dilahirkan dengan kuasa hebat anaknda ku. Bangkitlah daripada tidurmu. Buka kunci kuasamu. Percaya yang dirimu."

"Kau bukan Avera". Andra pelik mendengar suara itu. Yang pasti itu bukan suara Avera.

"Ya.. kata katamu betul. Ingat wahai puteri,buka kunci kuasamu seperti mana kamu membuka kunci kuasa tanah dalam dirimu. Bangkitlah. Darahmu adalah darah kekuatan. Carilah cahaya daripada kegelapan. Maka, potral itu akan terbuka. Kuasamu akan terbuka."

Andra tersedar dari lamunannya. Dia memejamkan matanya semula.

"Mencari cahaya daripada kegelapan". Bisik Andra. Rakan rakannya sudah buntu memikirkan jalan penyelesaian.

"Kau tengak Andra? Aku rasa macam aura kuat ada padanya. Dan sekarang auranya makin kuat". Ujar Haryial. Harry mengangguk sambil memerhatikan Andra. Tiba tiba mata Andra terbuka. Matanya mengeluarkan cahaya dan badannya terapung.

"Andraa". Panggil Rezza terkejut. Aleena menghalang Rezza mendekati Andra.

"Dia bukan mempunyai kuasa biasa. Jangan dekat. Aku yakin di cuba berhubung dengan Dewa dan Dewi". Ujar Aleena. Semua memandang Andra.

"Tapi, hanya golongan tertentu yang dapat membuka potral teleportasi itu ke dunia Angels". Ujar Harry. Syilly terdiam kaku.

"Adakah kau merasa Andra tidak termasuk dalam golongan itu? Ingat apabila di berlawan dengan Haryial? Masihkah kau tidak sedar yang banyak kuasa terkunci dalam dirinya. Aura yang kuat itu? Adakah kau merasa dia hanya biasa biasa? Rambutnya yang mempunyai jalur jalur itu adalah bukti dia membuka kuasanya. Dan Andra bukan hanya keturunan biasa". Ujar Syilly panjang lebar.

"Kau ada ketika dia berlawan?" Tanya Rezza. Syilly mengangguk.

"Pada mulanya, agak mustahil tetapi aku makin faham. Andra bukan keturunan biasa". Ujar Syilly.

"Tapi dia dari dunia manusia". Ujar Aleena. Semua terkejut besar.

"Apa?" Jerit mereka semua.

"Aku yang membawanya datang ke sini. Saat Pintu Averra rosak, banyak demon yang keluar dan aku ditugaskan membunuh demon yang berjaya keluar. Dan aku berjumpa dengannya di sana. Aku agak terkejut apabila manusia dapat melihat aku sedangkan manusia tidak dapat melihat bangsa Stellantra. Aku tipu padanya yang dia akan dibunuh jika tidak mengikutiku dan saat itu lah dia masuk ke dunia ini. Aku tipu padanya kerana aku dapat rasakan dia adalah bangsa kita. Maafkan aku sebab aku tidak berterus terang". Ujar Aleena sayu.

"Jadi dia dari dunia manusia? Bagaimana dia dapat kuasa jika dia manusia. Betul kata kau Aleena.. Andra bukan manusia tapi dia adalah bangsa sama seperti kita. Ini amat misteri. Aleena, boleh aku tahu nama penuh Andra dan dengan siapa dia tinggal di sana?" Tanya Syilly.

"Dia telah kematian ayahnya sejak umur 17 tahun dan tinggal seorang diri selama 3 tahun. Nama penuhnya Diandra Advilent". Ujar Aleena.

"Advilent? Macam pernah dengar tetapi aku tidak ingat di mana". Ujar Syilly. Semua memandang ke arah Andra. Andra sudah pun jatuh dan matanya sudah tidak bercahaya.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now