Bab 49: Penat

7.2K 413 1
                                    

Adreald membaca buku di hadapannya itu dengan teliti.

"Macam mana uncle?" Soal Raykal menanti nanti jawapan. Adreald melepaskan keluhan.

"Andra.. hanya kamu boleh memecahkan kuasa penutup potral itu. Raykal, apabila kau membuka potral itu apa yang terjadi?" Soal Adreald.

"Ermm.. biasanya ada cahaya putih tetapi semalam ada cahaya hitam. Bila cuba masukkan tangan kita, cahaya hitam itu menghalang". Cerita Raykal. Adreald mengangguk.

"Macam mana Andra nak buka? Andra masih belum pelajari sepenuhnya tentang kuasa kuasa yang ada pada diri Andra". Soal Andra. Adreald tersenyum lalu memandang Raykal. Raykal yang faham maksud Adreald itu mengangguk.

"Kuasa kau tu datang dari hati. Kepercayaan paling pnting yang harus ada dalam hati kau. Kalau kau ada kepercayaan, dan keyakinan, aku yakin kau akan berjaya. Kita kena cepat. Aku rasa macam ada benda yang tak kena. Bonda yang aku kenal tak macam ni. Walaupun dia bunuh orang, tapi dia pentingkan keselamatan anak anak dia. Aku tak rasa bonda aku sanggup tutup potral ni. Satu lagi, macam mana dia dapat tahu aku ke dunia manusia?" Terang Raykal. Andra mengangguk sahaja.

"Aku pun ada terfikir jugak pasal tu. So, sekarang macam mana?" Soal Andra.

"Raykal.. buka teleportasi ke sana". Arah Adreald tegas. Raykal hanya menurut lalu membuka satu potral. Beberapa saat sahaja, satu potral hitam tercipta.

"Andra.. giliran kamu". Andra tersentak.

"Ayah.. Andra ta..." kata kata Andra dipotong oleh Raykal.

"Kau kena yakin Andra". Kata Raykal memberi semangat. Andra gugup.

Tiba tiba tangannya digenggam erat oleh Raykal. Adreald tersenyum lalu berlalu dari situ untuk memberi ruang kepada Raykal dan Andra berbicara.

"Trust me, you can do it. Kau keturunan yang hebat dan aku yakin kau boleh buat. Tengok mata aku Andra dan tenang. Yakin dan percaya yang kau boleh buat". Ujar Raykal memberi semangat. Andra menunduk lalu mengeluh. Dan dia mulakan misinya untuk menghancurkan benteng potral itu.

Satu jam kemudian...

Arhhhgggg...

"Susahh laaa". Keluh Andra. Raykal mengeleng kepala. Adreald dari jauh duduk santai sambil minum teh. Cool!!

Dua jam kemudian..

Raykal meraup ksar rambutnya. Andra memang degil.

Tiga jam kemudian..

Adreald tertidur. Raykal bengang.

Empat jam kemudian..

Raykal sudah jadi orang gila. Andra pula beriak selamba. Muka dicebikkan.

Lima jam kemudian..

Tahap kesabaran Raykal sudah hilang. Dipegang bahu Andra kuat. Andra meringis perlahan.

"Auchh.. sakit laaa". Bentak Andra tanda protes. Raykal memandang mata Andra dalam dalam.

"Diandra Advilent Adreald....." Nama Andra disebut penuh oleh Raykal. Adreald tersedar dari tidur. Terpisat pisat dia bangun.

'Lahaiii.. tak siap lagi kee'. Keluh hati Adreald.

"Kau kenapa?" Soal Andra marah.

"Kau tanya aku kenapa? Hah? Kau tak pernah ambil serius dengan apa yang kau buat. Kau tak fikir orang di sekitar kau. Rafaral pasti tengh risaukan kita kau tahu tak. Kau taknak balik? Hah? Aku mohon sekali je Diandra, tolong fokus tujuan kita". Andra kaku.

"Ingat prinsip kita, kekuatan kita adalah untuk orang orang yang kita sayangi. Jangan pentingkan diri sendiri Diandra. Apabila kita mahu melakukan sesuatu, buatlah bersungguh sungguh.. ingat orang orang yang ada di samping kita. Jangan ingat diri sendiri sahaja. Tujuan kita hanya satu iaitu untuk melindungi orang orang yang kita sayangi..".

Kata kata bonda diingat kembali. Memang betul, dia lalai. Buat semuanya sambil lewa tanpa fikir orang lain. Hati perasaan orang.

'Maaf bonda.. pasti bonda kecewa dengan sikap Dhia sekarang. Dhia janji bonda untuk berubah. Dhia cuba. Dhia akan ingat pesanan bonda ini sampai bila bila. Maaf sekali lagi bonda'. Bisik hati Andra.

"Maaf.. aku janji akan fokus kali ni". Ujar Andra. Raykal mengeluh sebelum mengangguk.

'Kalau kita dah dapat pulang ke sana, aku janji pada diri aku Diandra.. aku akan latih kau jadi keturunan Ndra yang sebetulnya. Tanpa alasann'. Bisik hati Raykal. Perangai Andra harus diubah.

"Dah.. sambung". Kata Raykal malas. Andra mengangguk laju. Semangat gila.

"One".

"Two".

"Three".

Sorry lambat update.. abaikan typo. Maaf skrng author sibuk sikit. Author akan update lambt sikit ya. Maaf. Bila lepas exam nanti, cuti sk pnjang nanti.. author akan update banyak banyak. Cum skrng la updte lmbt lmbt sikit. Hope korang faham. Vote and comment. Thnks yg sudi baca.. sorry pendek T_T

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now