Bab 72: Flashback 1

6.6K 354 7
                                    

Ramai ke yg nak Kyle dan Raykal berkawan.. haha, I will make it soon. Tapi mula mula tu gaduh gaduh la sikit ye.. haha.. Enjoy.. author dh siap kann beberapa bab.. siapa nak next chap hri ni jugak comment and vote.. ^_^

Pagi yang indah, ada seorang kanak kanak lelaki bawasan usia 12 tahun sedang berlari sambil ketawa nakal. Dia sudah dikejar oleh penduduk kampung setelah ketahuan mencuri emas di satu kedai.

Setelah sampai di hutan, dia berhenti bersembunyi di semak semak. Tercungap cungap dia menahan lelah.

"Mana budak hingusan ituu... arhh, cari sampai dapat. Dasar anak jalanan". Rengus salah seorang penduduk itu.

"Elehh, anak jalanan. Aku ni putera mahkota raja tauuu". Bebel budak lelaki itu selepas penduduk kampung pergi. Dia memandang sekelilingnya.

Putera Mahkota Tunggal Kerajaan Tanah, Adreald Advinter. Dia kanak kanak berumur 11 tahun yang amat nakal. Sering keluar istana tanpa izin dan membuat kacau di bandar.

Prakkk!! Bunyi itu membuatkan Adreald tersentak.

"Tolongg". Sayup sayup kedengaran suara itu. Adreald mula seram. Baru sahaja ingin melangkah pergi, suara itu kedengaran kembali.

"Sesiapa tolonggg.. tolong la sayaaa". Adreald mengeluh. Tidak sampai hati pula dia ingin meninggalkan suara gadis itu. Adreald melangkah perlahan lahan ke arah suara itu.

Apabila sampai saja di satu tempat, Adreald terlihat seorang kanak kanak perempuan tersekat pada batang pokok. Kakinya tidak dapat bergerak kerana dihimpit kayu.

'Nampak macam puteri jer.  Tapi kenapa pakaian lusuh je? Ermm, nampak gaya macam orang kegelapan. Nak tolong ke tak ye? Kan aku tolong dia serang aku pulak'. Fikir Adreald sendirian.

Prak.. bunyi itu membuatkan kanak kanak perempuan itu berpaling ke arah Adreald. Adreald kaku.

"T.. tolong sayaa.. saya tersekat. Tolong". Pinta kanak kanak perempuan itu. Andreald masih di tempat yang sama. Dia berdehem seketika.

"Aku akan tolong kau tapi kau jangan jadi seperti buaya tau. Kalau aku lepaskan kau jangan terkam or serang aku. Janji". Kata kata Adreald membuatkan kanak kanak perempuan itu ketawa..

"Kamu lawak.. saya janji takkan terkam or makan or serang awak". Ujar kanak kanak perempuan itu sambil tersenyum manis. Adreald perlahan lahan mendekati perempuan itu. Kayu yang agak besar itu dilihat sekilas.

Hanya dengan kuasa tanahnya, Adreald dapat mengangkat kayu itu. Kanak kanak perempuan itu sedikit terkejut.

"T.. terima kasih". Ucap kanak kanak perempuan itu. Adreald hanya mengangguk. Baru sahaja ingin berlalu pergi, tangannya ditarik oleh kanak kanak perempuan itu.

"Saya Karlos Awin.. dari keturunan Myls.. awak?" Soal kanak kanak bernama Karlos itu.

"Adreald.. Adreald Advinter..." Ujar Advilent datar.

"Ermm.. boleh kita kawan?" Soal Karlos teragak agak.

Belum sempat Adreald menjawab, sekumpulan orang sudah mengepungnya. Tubuh Adreald dipegang kemas.

"Haa.. mana kau nak lari hah.. bagi emas aku balikk". Tengking salah seorang penduduk bandar. Adreald meronta ronta minta dilepaskan.

"Arhh.. aku akan menghukum kamu semuaa". Jerit Adreald. Penduduk bandar ketawa besar.

"Hukum.. kau siapa nak hukum kamii". Kini Adreald pula ketawa. Karlos pula sudah menggigil ketakutan.

"Aku Adreald Advinter... putera mahkota tunggal kerajaan tanah". Ujar Adreald angkuh. Semua tersentak.

"Penipu.. dasar anak jala..." kata kata salah seorang penduduk itu terhenti apabila satu suara menyampuk.

"Putera? Putera Adreald ke?" Soal seseorang. Adreald tersengeh apabila melihat pegawai istana datang.

"Harith, tangkap mereka ini. Dia telah menuduhku anak jalanan". Ucap Adreald sinis. Penduduk bandar yang tadinya itu sudah pucat lesi.

"Ma.. maafkan patik tuan putera.. tolong jangan tangkap patik. Patik mohon". Ujar penduduk bandar itu. Adreald tersenyum sinis.

"Err.. tuan putera ingin kami menangkapnya?" Soal salah seorang pegawai istana itu.

"Tidak.. dah, kamu semua pergi". Ujar Adreald. Semua penduduk kampung tadi sudah lintang pukang berlari pergi. Adreald tersenyum sinis.

"Mari tuan putera, bonda dan ayahnda tuan putera sedang merisaukan tuan putera". Ujar pegawai istana itu. Adreald memandang gadis tadi sekilas.

"Aku akan bertemu dengan kamu kembali. Aku setuju untuk berkawan denganmu". Ujar Adreald lalu melangkah pergi diekori dengan pegawai pegawai istana. Karlos terpinga pinga sebelum tersenyum.

"Saya akan tungguu". Jerit Karlos sambil melambai lambai tangannya ke arah Adreald yang melangkah pergi dari situ. Hatinya gembira sekali.

Next update adalah sambungan flashback.. vote and comment.. thnks yg sudi baca.. abaikan typo.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now