Aku dulu Jahil

617 38 5
                                    

Pernah tak anda buat dosa tetapi anda tak rasa apa? Pernah tak? Dulu, saya pon pernah rasa macam tu.

Dulu, time sekolah rendah, saya selalu jugak bertepuk tampar dengan lelaki, gurau dengan diorang. Boleh dikatakan tidak menjaga batasan betul! Ketika itu, saya memang sudah tahu bahawa ia patut dicegah tetapi saya tak cegahkan diriku. Saya rasa pelik sangat.

Bila menjejaki alam menengah pada 2013, barulah saya mula mengerti akan batasan tersebut. Saya mula sedar semenjak melihat banyak perkara sosial yang berlaku di sekeliling saya, terutama di kelasku sendiri. Setiap hari saya rasa makin bersalah dan bersalah. Manakan tidak, saya lihat rakan kelas saya berani menyentuh antara satu sama lain. Yang paling menyeramkan, lelaki berlaga pipi dengan perempuan. Astaghfirullah! Semenjak melihat perkara begini, saya mula menasihati mereka. Saya menasihati mereka di facebook group kelas saya:

Jangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan kerana ia adalah haram!

"Kau ke yang tulis ni?", sapa seorang rakan kelasku kepadaku. Saya pun mengiyakan. Dia kelihatan bengang tetapi sabar sahaja dengan kerenahku.

Boleh dikatakan kerap juga saya menegur mereka. Jika mereka memperlekehkan kelemahan orang lain, saya memarahi mereka tetapi mereka tidak menghiraukannya.

Saya ketika itu baru berjinak-jinak untuk mengikuti hukum Islam dengan lebih terperinci. Jadi, kadang kala ada juga saya membuat silap. Namun, bagi saya ia adalah perkara yang paling gelap dalam hidup saya kerana ia mengubah diri saya. Saya kelihatan sahaja seperti kucing yang baik tetapi hati, masya Allah! Tidak dapat dibayangkanlah bahawa ia merupakan diriku yang dulu. Cerita bermula begini semenjak orang bertanya kepada kembar saya.

"Awak ada bf, adik awak tak ada ke?",perasaan ingin tahu timbul dalam diri Manisah(bukan nama sebenar) untuk bertanya kepada kepada kembarku. Dia pon mengatakan bahawa saya tidak mempunyai bf. Pada waktu itu, saya cemburu dengan kembar saya kerana tiada siapa yang menyimpan perasaan terhadap saya. Saya rasa, semenjak itu saya mula rapat dengan seorang kenalan lelaki di internet. Mula-mula kenal, lama-lama lebih daripada berkawan. Kami mula jatub cinta antara satu sama lain.

   Saya tak mahu cerita panjang-panjang sangat pasal cerita ini tapi nak dipendekkan cerita, bila mula cinta seseorang lebih daripada segalanya, ia mengubah hidup kau sepenuhnya. Ia mengubah anda ke jalan belakang semula.

Bagiku, ia merupakan pengalaman yang paling gelap dalam hidup saya. Mengapa? Kerana di saat ibu saya sudah tahu bahawa saya menyukai kawan kenalanku itu, ibu saya suruh kami putus hubungan. Namun, saya hanya mengatakan ya sahaja tetapi hakikatnya, saya tidak beputus hubungan dengannya. Saya berbohong dengan ibu saya. Itulah perkara paling kejam yang pernag saya buat! Saya berasa diri ini amat bodoh sombong dan zalim! Namun saya bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan saya daripada gejala sosial ini.

Suatu hari, rakan saya memberitahu saya tentang rahsia di sebalik lelaki yang saya sukai. Rupa-rupanya, dia mempermainkan saya. Dia sudah ada orang lain. Pada mulanya, saya tidak percaya perkara ini. Namun apabila saya stalk Facebooknya, maka benar apa yang diberitahu oleh rakan saya. Dia mempunyai scandal dengan orang lain. Dia menggunakan ayat-ayat manis kepada gadis yang lain. Boleh dikatakan ketika itu hatiku berasa amat remuk.

Lebih kurang beberapa hari saya menangis kerana dia mempermainkan perasaan saya. Saya berasa amat sakit hati.

Kebetulan pada suatu hari, saya lihat rancangan TV alhijrah. Ia memang bertepatan dengan diri saya. Dalam rancangan tersebut, ia mengatakan bahawa hubungan ini adalah haram. Baru saya sedar bahawa selama itu saya telah hanyut ke lemah zina, iaitu zina hati... Pada ketika itu, barulah saya berasa bahawa pentingnya nasihat ibu bapa dalam membimbing kita untuk ke jalan yang betul...

Jadi, buat remaja di luar sana, ikutlah nasihat yang baik. Janganlah degil apabila mak bapak kata jangan couple kerana couple itu hubungan yang haram. Mungkin anda akan kata bahawa anda tidak bersentuhan tetapi ingatlah. Di celah-celah perhubunganmu itu terdapat yang ketiga, iaitu syaitan. Sekali dia sudah menghasutmu, dia akan cuba berkali-kali sehingga kamu akhirnya terhanyut ke lembah maksiat. Astaghfirullah! Berubahlah wahai diri!

Berubah Kerana AllahWhere stories live. Discover now