Pernah tak rasa hati ni kosong sangat? Bila buat sesuatu, tak rasa apa-apa. Malah, kamu sendiri sedar akan rasa tersebut sehinggakan rasa seperti hati ini barangkali makin mengeras. Cuba check pada diri kita: perkara apa yang membuatkan kita makin lalai pada Allah? Mungkin oleh kerana itu, air mata taubat telah semakin kurang menyinggahi pipi kita.
Mungkin sudah tiba masanya untuk kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Malah, hati kita perlukan rawatan segera sebelum ia makin mengeras sehingga tiada satu cahaya pun yang dapat menembusinya.
First sekali, kita harus sedar bahawa kita ini adalah hamba Allah dan sememangnya layak untuk kita sembah Allah. Allah ini bukan hanya ada bila waktu susah sahaja. Allah sentiasa dekat dengan hambaNya. Maka, bacalah kalam Allah dengan penuh penghayatan. Ingatlah akan kasih sayang dan rahmatNya kepada kita. Even dapat peluang untuk hidup hari ini adalah atas kehendakNya dan Dia amat sayang dengan hambaNya. Mungkin dengan cara ini, Allah nak berikan kita peluang untuk bertaubat kepadaNya. Sesungguhnya, Dia adalah Penerima Taubat.
Kasihnya Allah kepada kita adalah kita masih sedar akan kesilapan diri dan cuba sedaya upaya untuk kembali ke fitrah. Ya Allah, mudah-mudahan kami berada dalam kalangan hambaMu yang sentiasa bersyukur. Allahumma aamiin.
Nak bangkit ni memang kadang-kadang susah kerana kita sudah sebati dengan dosa yang kita biasa buat. Orang yang nak berhijrah biasanya akan mengalami perasaan itu. Namun, janganlah berputus asa dalam berhijrah. Berterima kasihlah kepada Allah kerana Dia yang membuka jalan untuk kita berubah. Itu tandanya bahawa Allah sayang kepada kita.
Dalam berhijrah ni, kita kena berusaha bersungguh-sungguh. Apa yang membuat kita makin jauh pada Allah, maka tinggalkanlah dengan segera. Tapi...nak tinggal ni, kita tak dapat nak tinggalkannya dalam sehari, lepastu terus dah tak buat. Tak! Kita tinggalkannya secara berperingkat. Apa yang dimaksudkan secara berperingkat? Ia adalah kita cuba kurangkankannya daripada kerap buat kepada zero buat.
Makanya, perlulah ada checklist untuk diri kita. Misalnya, kalau sebelum ni kita banyak meluangkan masa di facebook dan instagram lebih daripada 6 jam, maka cuba targetkan diri untuk kurangkan menjadi 3 jam. Catat masa setiap kali kita buka media sosial. Berapa lama kita membukanya. Contohnya, sehari target 180 minit sahaja boleh buka media sosial. Daripada 180 minit itu, masa berbaki hanyalah 50 minit. Untuk keesokannya, kita lihat. Daripada 180 minit, mungkin masa yang berbaki kita akan menjadi lebih banyak, yakni 100 minit. Sedar tak sedar, kalau kita membuat perancangan masa, semuanya akan menjadi teratur.
Dalam langkah perubahan ini juga, targetkan juga untuk luangkan masa berzikrullah. Mungkin, penyebab hati kita berasa keras adalah kerana kurangnya mengingati Allah SWT. Makanya, targetkan diri: sebelum makan atau sebelum belajar atau sebelum melakukan apa jua perkara, mulakanlah dengan berzikir. Selain itu juga, kita boleh terapkan membaca apa-apa doa yang kita hajatkan sebelum memulakan sesuatu kerana doa itu adalah senjata orang mukmin. Allah juga suka apabila hambaNya meminta kepadaNya, meluahkan segala kepadaNya. Sesungguhnya, yakinlah bahawa Allah akan mengkabulkan doamu dan memberikanmu yang terbaik.
Selain itu, jangan lupa untuk membaca Al-Quran setiap hari. Ya, SETIAP HARI. Kenapa perlu baca setiap hari? Kerana kita setiap hari memerlukan petunjuk dari Allah. Tanpa Allah, kita bukanlah sesiapa. Targetkan diri untuk membaca 1 muka surat sehari. Setelah istiqamah, tambah pula bilangan muka surat. Nak lagi menghayati Al-Quran, bacalah sekali dengan maknanya. Ingatlah, antara perkara yang berharga yang telah Rasulullah tinggalkan adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam surah Ali-Imran, ayat 31 yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝