Kita...duduk leka di dunia ini seolah-olah masih lama lagi tinggal di bumi...
Tangan asyik saja memegang telefon, cari sesuatu untuk hiburkan hati. Tapi akhirnya....semua keseronokan itu hanyalah sementara. Pernah terfikir tak, "Untuk apa aku buat semua ni? Adakah perkara ini membuatkan aku makin dekat pada Allah?"
Kadang², buka media sosial berjam-jam, entah kenapa hati berasa gelisah, lemas dengan perkara dunia. Makin lama mencari kepuasan di media sosial, hati rasa semakin berkarat. Hati...berasa tenat...
Sedarlah wahai empunya badan. Tanda demi tanda telah Allah tunjukkan di alam ini. Kenapa masih buat² bisu dan pekak, seolah-olah tak diberi peringatan?
Barang kali terfikir: mungkin depresi ini muncul kerana hubunganku sama Allah semakin jauh.... Al-Quran sudah kurang dibaca. Padahal, jika ingin keluar dari segala masalah, kita perlu berbalik semua pada Allah, baca kalam²Nya.
Sedarlah....
Jangan biarkan dunia bertakhta di hati...
Kita hamba Allah, bukan hamba dunia 😢Keluarlah dari segala masalah hati. Jangan buat Allah murka... Kerana azabNya terlalu perit dan pedih...
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
ActionJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝