Cinta adalah masalah yang paling besar dalam diri. Cinta itu jugak bagaikan pil khayal. Jika diambilnya, akan berasa hendak lagi. Namun, jika kita meletakkan matlamat utama kita sepenuhnya pada Allah, ia tidak mustahil.
Berpenat lelah serta takut pada cinta ajnabi, bagiku ia adalah amat bermakna. Kenapa? Sebab aku dapati, jika seseorang itu cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Allah, mereka akan berasa hijrah itu berbaloi.
Ku sedar, apabila seseorang itu hanyut terus ke dalam percintaan sebelum nikah ini, kemungkinan peratusan untuk berikhtilat adalah tinggi sekali. Kerana apa? Kerana mereka berasa nikmatnya apabila berbual antara satu sama lain. Yela kan, masing-masing dah tahu perasaan masing-masing. Padahal, secara tidak sedar, ia membuatkan seseorang itu dekat lagi dengan maksiat. Maksiat yang paling hampir dengan mereka adalah maksiat mata dan maksiat hati.
Kenapa saya berani mengatakan begitu? Kerana saya juga begitu pada waktu dulu. Ini bukan untuk memalukan diri tetapi ia sebagai pengajaran buat semua orang. Ini al-kisahnya.
Perasaan penat, takut untuk bercinta serta ragu untuk mencintai seseorang selalu menghantui diriku. Hatiku kuat merasakan bahawa dia bukanlah jodohku yang terbaik. Yang paling memalukanku, disebabkan cinta, aku seolah-olah ditiup angin hasutan yang membuatkan aku berasa mesej dengannya bukannya ikhtilat.
Aku bersyukur pada Allah. Satu persatu Allah membuka mataku dengan ujian demi ujian. Aku berasa kotor dengan diriku ini kerana fotoku sudah berani disimpan oleh seseorang. Dia mengatakan pada waktu dia meng-unfriend aku sementara, dia menyimpannya agar dia tidak lupakanku. Dia kata dia rindukanku. Namun Alhamdulillah, kawannya menasihatinya agar delete gambar itu lalu dia delete. Dari situ, aku sudah mula berasa sedih.
Lagi sedih lagi apabila dia sudah mula berani mengatakan dia merindukanku kepada kembarku beberapa kali. Dari situ, aku berasa diriku semakin lama menjadi seperti kain yang kotor. Aku terfikir-fikir, "Jika inilah jadinya, aku sudah tidak larat untuk mencintai seseorang. Aku malu dan bimbang. Aku bimbang jika diriku seolah-olah bunga yang sudah layu disebabkan sudah lama terhanyut dengan maksiat hati ini, sehinggakan seseorang itu sudah berani merindukanku.", seperti yang aku sudah beritahu sebelum ini, aku banyak merintih.
Satu lagi yang Allah tunjukkan aku adalah apabila persahabatanku semakin berkurang. Aku berasa tidak selesa dengan rakanku lagi. Aku bimbang seolah-olah 2 orang merebutkan satu orang, padahal tidak pun.
Semenjak itu, aku targetkan diriku supaya jaga ikhtilat dengan sebaik mungkin kerana aku sedar selama ini aku seperti mencari alasan untuk mengharuskan berbual dengannya. Malunya aku bila difikirkan semula. Aku fikir, jika aku tidak menjaga ikhtilat, pasti perasaan seseorang itu terhadap aku akan bertambah. Jadi, aku terus membuat perubahan dan seakan-akan bercakap, "Please syaitan, i warn you not to hasut me towards ikhtilat anymore!" Dan Alhamdulillah, setakat ini saya dapat menjaga ikhtilat dengan konsisten.
Yup, bila kita fikirkan semula, faktor yang membuatkan kita susah untuk mengelakkan diri daripada sesuatu perkara mazmumah adalah kerana kita menuruti hawa nafsu kita dan ketagih untuk tidak berhenti melakukan perkara tersebut. Namun tak mustahil untuk kita berubah. Antara tips yang boleh saya beri adalah:
1. Jangan pernah berputus asa untuk bertaubat setiap kali melakukan dosa. Jika mengulangi dosa itu, bertaubat dan bertaubatlah, semoga hidup kita mudah-mudahan berakhir dengan kita sudah bertaubat kepada Allah.
2. Beli dan baca buku motivasi islamik. Tujuannya adalah supaya ia dapat menaikkan semangat kita untuk berubah. Antara buku yang saya rasa bagus untuk berubah adalah seperti Semusim Di Barzakh, Lukisan Tarbiah, Rejuvinasi Hati, Dakwah Sentap dan banyak lagi!
3. Banyakkan rasa bersalah setiap kali selepas kita melakukan dosa. Dengan cara itu juga membuatkan kita bermuhasabah diri serta mengingatkan kita pada Allah.
4. Jika ada berasa riak, sombong dan sebagainya, banyakkan istighfar dan mohon kepada Allah agar dijauhkan sifat tersebut.
5. (nyatakan di ruang komen kalau ada 😉)
YOU ARE READING
Berubah Kerana Allah
Hành độngJadilah insan yang sentiasa memperhambakan diri kepada Allah SWT ☝