Terdetik untuk Berubah

386 27 0
                                    

    Jadi, semenjak peristiwa itu, saya tidak berani untuk couple dengan orang lain. Saya takut jika berlaku perkara seperti itu lagi. Saya juga tidak berani membohongi ibu bapa saya kerana saya rasa berdosa sangat dan menyesal yang teramat sangat! Sebab apa? Sebab saya rasa diri saya pada waktu itu tidak menghormati ibu bapa saya. Allahuakbar!

   Mungkin disebabkan itu, saya banyak berubah.

   Bermula pada 2014, aku mula memakai armsocks. Aku tidak ingat mengapa tiba-tiba aku memakainya. Aku rasa disebabkan aku pernah terbaca bahawa lengan juga merupakan aurat. Jadi, aku pakai dengan rela hati. Pada mulanya, aku pakai sekejap-sekejap sahaja. Namun sehingga ada satu tahap, aku berasa pelik melihat lenganku terdedah. Semenjak itu, aku mula menutupi lenganku dengan sepenuhnya.

    Pada penghujung tahun 2014 pula, aku terdetik untuk membeli tudung labuh sekolah. Ketika itu, aku hendak beli tudung labuh kerana aku risau. Orang asyik nak mengorat aku je. Pfft! Tapi yang ini betul! Aku berasa seram apabila mereka hendak berkenalan denganku. Dia siap intro lagi nama dia depan aku. Aku pun apa lagi, cabuuut! Haha! Nampak sangatkan niat ketika itu tidak ikhlas untuk pakai tudung labuh!

    Suatu hari, aku lihat senior aku memakai tudung labuh. Ya Allah! Rupa-rupanya cantik juga memakai tudung labuh! Disebabkan itu, aku terus tertarik untuk memakai tudung labuh. Alhamdulillah, masuk sahaja sesi persekolahan 2015, aku memakai tudung labuh!

    Aku segan juga pada mulanya kerana tudungku amat labuh. Sebelum ni, aku cuma pakai tudung labuh di luar sekolah sahaja. Jadi, aku berasa kekok sedikit. Duduk sahaja di sebelah kawan, saya tanya, "Ok tak bila saya pakai tudung ni?". Dia kata sangat sesuai dan cantik! Dengar sahaja dia berkata begitu, aku terus berasa selesa dan tidak kekok. Bagiku, ia seperti penyunting semangatku.

   Korang yang dah berubah tu, Alhamdulillah! Aku tumpang gembira. Rasa nikmat kan bila berubah? Aku pun rasa macam hati sejuk je bila first time berubah. Jadi, apa yang saya cuba sampaikan di bab ini adalah tentang niat kita berubah.

    Kita nak berubah kerana apa? Penting tau niat kita itu. Sebab apa ia adalah penting? Kerana niat kitalah yang membentuk corak perubahan kita bagaimana. Maksud saya, kita nak berubah, berubahlah kerana ikhlas, kerana Ilahi. Janganlah kita berubah disebabkan insan yang kita suka. Bimbang kalau kita rasa tak larat untuk bertahan lama untuk berubah! Jadi, amatlah penting niat kita untuk berubah.

   

Berubah Kerana AllahWhere stories live. Discover now