Sempadan kita

192 10 4
                                    

Sempadan apa yang aku maksudkan ni?? Sempadan yang cuba ku sampaikan adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bila bercakap tentang pergaulan ini,ia banyak dikaitan dengan ikhtilat. Apa maksud ikhtilat?

Ikhtilat bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Asalnya,hukumnya adalah haram. Namun,atas sebab-sebab yang tertentu,maka ia dibenarkan. Masa bila ia dibenarkan? Sini, aku sertakan yang boleh:

1. Ada urusan penting seperti urusan
perkahwinan dan etc.
2. Darurat seperti kemalangan
3. Urus niaga

Ya,aku tahu bahawa korang juga susah nak jaga ikhtilat,termasuklah saya juga tetapi tidak mustahil untuk kita sama-sama berusaha menjauhinya. Bagaimanakah caranya? Meh kita sama-sama muhasabah semula...

Kita semua mempunyai matlamat yang sama,iaitu ingin menjadi muslimah yang solehah. Ya, daripada solat tak penuh,sekarang sudah dipenuhkan. Tudung juga sudah dilabuhkan dan kaki serta lengan juga sudah dijaga dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah! Itu langkah yang bagus! Namun, apa yang ku perhatikan yang susah untuk korang dan juga aku untuk jaga adalah ikhtilat. Sememangnya, bagi saya, jaga ikhtilat ini tidak mudah. Kenapa saya kata susah? Inilah sebabnya...

Sebagai contoh, A adalah perempuan. B adalah lelaki. Pada mulanya, A give friend request kat B dan B pun accept. Pastu, bila setiap kali A upload gambar, B like gambar tu. Lama2, timbullah rasa nak chat. Chat2 biasa, pastu mesra, and then mesranya macam lain dan akhirnya dah merepek dah perbualan. A tersenyum bila chat dengan B, begitu juga dengan B. Lama2, rasa macam susah nak kurangkan chat dengan B/A. Ia macam ketagih. Apabila kau dah cuba berapa kali untuk bergelumang dengan situasi ini, maka kau akhirnya akan terpaut juga. Jadi tak heranlah kenapa perokok juga susah untuk cut down pengambilan rokok.

Hmm... mungkin kita rasa macam tiada harapan lagi untuk berubah dan akhirnya kita jatuh rebah ke lembah maksiat itu. Ish3, jangan begitu! Kita masih ada harapan lagi untul mengubahnya. Tapi bagaimanakah caranya? Nantikan part yang seterusnya.

Berubah Kerana AllahWhere stories live. Discover now