Kot ye pon...

148 10 2
                                    

   Kita nak marah boleh, tapi kena bertempat jugak. Ada orang, sikit-sikit nak marah padahal benda kecil je pun. Benda kecil boleh dibawa bincang. Jangan ikut kata hati sangat untuk marah orang dengan cepat. Contohnya, ada orang kata si C tu pergi tu malukan awak. Lepas tu, tanpa selidiknya awak pi marah-marah dia. Bila dah lama, barulah tahu bukan C punya kerja tapi si D. Tak ke tak pasal-pasal si C tu dah tawar hati tengok muka kita?

   Apa-apa pun, sebelum kita lakukan sesuatu, fikir dulu. "Patutkah aku marah dia? Padahal memang tu salah aku. " Kadang-kadang, hati ni terlalu ikut sangat perasaan sampai akhirnya termakan dengan godaan syaitan. Akhirnya berlakulah perkelahian. Ish, ish, ish!

   Jadi, macam mana kita nak hilang kebangkitan perasaan negatif itu? Caranya adalah beristighfar. Memang bila kita dah marah tu, kita sampai tak fikir keadaan sekeliling dah. Tapi bila kita sedar akan kesalahan kita, remind pada diri: lain kali sebelum aku bertindak, aku kena iatighfar dulu. Jangan hentam orang ikut pakai mulut je.

Berubah Kerana AllahWhere stories live. Discover now