Dugaan

276 20 0
                                    

   Nak kata bila berubah tidak ada dugaan, memang tipulah! Saya sendiri pun pernah alami dugaan. Orang kata, bila kita nak berubah, Allah akan bagi dugaan pada kita. Dugaan itu bukan nak sengsarakan kita. Dugaan itu kerana Allah sayang kita. Dengan cara ditimpa musibah atau dugaan, kita banyak menyebut namaNya. Ni, saya nak cerita dugaan yang pada mulanya saya rasa berat untuk saya pikul. Tetapi sekarang saya mula sedar bahawa ia tiadalah berat mana pun.

   Saya percaya, ramai dalam kalangan kita pernah ada seorang kawan yang paling kita rapat dan rasa dialah BFF segala-galanya. Saya pun ada juga. Al-kisahnya bermula begini.

   Saya dulu pendiam. Saya tiada ramai kawan. Kalau ada yang hendak kawan dengan saya, saya rasa amat dihargai. Saya mula rapat dengannya tetapi sehingga satu tahap, dunia mula berubah. Kami sudah tidak rapat. Saya pun tak tahu kenapa. Tetapi itulah kehidupan realiti. Semua manusia tidak sempurna. Ada yang baik dan ada yang disebaliknya. Namun, yang disebaliknya itu juga kita tidak patut pinggirkan tetapi kita doakan yang terbaik untuk mereka.

   Ingatlah, apa yang Allah uji ke atas kita itu bukan suatu berbentuk bencana tetapi ia adalah dalam bentuk kebahagiaan. Kita mungkin rasa penat untuk tempuhinya tetapi ingatlah bahawa:

Allah sayangkan kita. Dia tidak pernah tak tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Apa yang kita perlu buat adalah sabar, sabar, dan bersabar.

Insha Allah, kita akan rasa nikmat dugaan ini. Berusahalah untuk THINK POSITIVE dengan PERANCANGAN ALLAH.

Berubah Kerana AllahWhere stories live. Discover now